Permainan video pertempuran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Permainan video berlawan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kasteroids.svg
Sebahagian siri daripada:
Permainan video aksi

Permainan video pertempuran atau fighting game merupakan genre permainan video yang mana pemain mengawal sebuah watak dan melibatkan diri dalam pertempuran jarak dekat dengan seorang lawan. Ia juga kadang-kadang digelar hanya sebagai berlawan atau lawan-lawan. Karakter-karakter ini biasanya setanding dan perlawanan terdiri daripada beberapa pusingan, yang berlaku di sesebuah arena. Pemain harus menguasai teknik seperti menyekat, menyerang balas dan menggabungkan serangan yang juga dikenali sebagai "kombo". Sejak awal 90-an, kebanyakan permainan berlawan membolehkan pemain untuk menyempurnakan serangan istimewa dengan melakukan kombinasi butang yang tertentu. Genre ini ada kaitan namun berlainan dengan bertumbuk (beat 'em up), yang melibatkan ramai musuh.