Tembak jatuh Ilyushin Il-76 Tentera Udara Ukraine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah Ilyushin Il-76M
Sebuah Ilyushin Il-76M, serupa dengan pesawat yang ditembak jatuh
Tarikh14 Jun 2014
RingkasanTembak jatuh
Tapak kejadianBerhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Luhansk, Luhansk, Ukraine
48°23′40″N 39°27′44″E / 48.3945616°N 39.462204°E / 48.3945616; 39.462204Koordinat: 48°23′40″N 39°27′44″E / 48.3945616°N 39.462204°E / 48.3945616; 39.462204
Pesawat
Jenis pesawatIlyushin Il-76MD
PengendaliTentera Udara Ukraine
Kod pendaftaran76777[1]
Asal penerbangan?
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Luhansk
Penumpang40
Anak kapal9
Kematian49 (semua)

Pada 14 Jun 2014, sebuah Ilyushin Il-76MD milik Tentera Udara Ukraine ditembak jatuh oleh pasukan Republik Rakyat Lugansk semasa suatu operasi "anti-keganasan" Ukraine terhadap Republik Rakyat Lugansk dan Republik Rakyat Donetsk, di oblast timurnya Luhansk dan Donetsk. Pesawat tersebut sedang menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Luhansk untuk mendarat, dan membawa askar dan peralatan dari lokasi yang tidak didedahkan. Kesemua 49 orang di dalam pesawat itu terbunuh.[2]

Kejadian ini ialah kehilangan terburuk yang dialami tentera Ukraine dalam satu peristiwa sejak konflik pro-Rusia bermula pada Februari 2014.[2] Ia juga merupakan kejadian keempat paling dahsyat melibatkan pesawat Il-76 dan kesepuluh terdahsyat melibatkan mana-mana pesawat di Ukraine.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "76777 Criminal Occurrence description". Aviation Safety Network. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  2. ^ a b "Ukraine rebels shoot down military plane, spokesman says 49 dead". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-14. Dicapai pada 14 Jun 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]