Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia
Ringkasan kehilangan
Tarikh 8 Mac 2014 (2014-03-08)
Ringkasan Hilang di laut, namun serpihan sayap (flaperon) dijumpai
Tempat Selatan Lautan Hindi (diandaikan)
Penumpang 227
Anak kapal 12
Kematian Diandaikan 239 (semua)
Terselamat 0
Jenis pesawat Boeing 777-200ER
Pengendali Penerbangan Malaysia
Pendaftaran 9M-MRO
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, China

Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (MH 370 / MAS 370), juga dipasarkan sebagai Penerbangan 748 China Southern Airlines (CZ 748) melalui perkongsian kod, ialah sebuah penerbangan penumpang berjadual dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China. Pada 8 Mac 2014, Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia yang mengendalikan penerbangan ini hilang ikutan perhubungan terakhirnya dengan kawalan lalu lintas udara kurang daripada sejam selepas perlepasan. Ia membawa 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal di dalam pesawat, dengan majoriti penumpang ialah rakyat China.

Usaha awal pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 sq mi) di Teluk Thailand[1] dan Laut China Selatan,[2] (yang dikatakan terbesar dalam sejarah[3]) telah dijalankan oleh sebelas buah negara yang telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal untuk usaha ini.[4][5][6][7] Kawasan carian kemudian diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.[4][5][6] Pada 15 Mac, selepas laporan media bahawa penyiasat A.S. percaya pesawat tersebut berpatah balik ke barat melintasi Semenanjung Malaysia selepas kawalan trafik udara terputus hubungan dan sebuah satelit terus menerima "dencing" dari pesawat,[8][9][10][11] usaha pencarian diperluaskan lagi ke Lautan hindi. Sehingga 18 Mac, 26 negara telah terbabit dalam usaha itu.[12]

Pada 20 Mac, satu siri imej satelit yang menunjukkan potensi serpihan pesawat di Lautan Hindi di selatan barat daya Australia mendorong peningkatan aktiviti carian di kawasan itu.[13] Serpihan lanjut dikesan di kawasan itu oleh pesawat tentera Australia dan China pada 24 Mac.[14] Walau bagaimanapun kedudukan pesawat itu masih tidak diketahui, mendorong pada 24 Mac, pegawai Penerbangan Malaysia dan kerajaan Malaysia melahirkan kepercayaan mereka bahawa pesawat tersebut telah berakhir di selatan Lautan Hindi dengan tiada yang terselamat, berdasarkan analisis 'tiada tandingan' oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom dan syarikat satelit Inmarsat.[15][16][17]

Kehilangan[sunting | sunting sumber]

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac). Pesawat tersebut menuruni altitud jajap tetapannya, iaitu 35,000 feet (10,700 m) dan bergerak pada laju udara sebenar 471 knot (542 bsj; 872 km/h) apabila kesemua komunikasi terhenti dan isyarat transponder hilang. Kedudukan terakhir yang diketahui bagi pesawat berkenaan ialah 6°55′15″N 103°34′43″E / 6.92083°N 103.57861°E / 6.92083; 103.57861, sepadan dengan waypoint IGARI, yang di situ pesawat berkenaan patut mengubah laluannya sedikit ke timur. Pesawat tersebut juga dijangkakan untuk menghubungi kawalan lalu lintas udara di Bandar Raya Ho Chi Minh sebaik memasuki ruang udara Vietnam sedikit di utara titik tersebut, tempat perhubungan telah hilang.[18][19][20]

Penerbangan Malaysia mengeluarkan pernyataan media pada 07:24 yang mengesahkan bahawa perhubungan telah hilang pada 02:40 dan bahawa operasi pencarian dan penyelamatan telah bermula.[21] Kemudian, timbullah bahawa Kawalan Lalu Lintas Udara Subang telah kehilangan perhubungan dengan pesawat itu pada 01:22 dan memaklumkan Penerbangan Malaysia pada 02:40.[22] Anak kapal tersebut atau sistem komunikasi di dalam pesawat tidak menyiarkan isyarat kecemasan, petanda cuaca buruk, atau masalah teknikal sebelum hilang dari skrin radar.[23] Syarikat penerbangan melaporkan dalam keluaran akhbar kesebelas bahawa kesemua pesawatnya dilengkapi dengan Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Sistem Pengalamatan dan Pelaporan Komunikasi Pesawat; ACARS), sistem yang memancarkan data secara automatik tentang status pesawat, tetapi tambahannya "Walau bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat dihantar."[24]

Garis masa kehilangan[sunting | sunting sumber]

Laluan: Kuala Lumpur – Beijing. Sisipan: Kawasan carian awal dan laluan diketahui. Kotak merah kecil: hubungan radar. Bulat kecil: dakwaan serpihan dilihat.
Tempoh (JJ:MM) Waktu Kejadian
MYT UTC
00:00 00:41 16:41 Berlepas dari Kuala Lumpur
00:20 01:01 17:01 Anak kapal mengesahkan altitud 35,000 feet (11,000 m)[25]
00:26 01:07 17:07 Penghantaran data ACARS terakhir diterima;[26] anak kapal mengesahkan lagi altitud 35,000 kaki[25]
00:38 01:19 17:19 Hubungan suara ATC Malaysia terakhir[27]
00:40 01:21 17:21 Hubungan radar sekunder (transponder) terakhir di 6°55′15″N 103°34′43″E / 6.92083°N 103.57861°E / 6.92083; 103.57861
00:41 01:22 17:22 Transponder dan ADS-B kini mati
00:49 01:30 17:30 Hubungan suara dari pesawat lain tidak berjaya, gumam/statik didengari[28]
00:56 01:37 17:37 Penghantaran data ACARS setiap setengah jam tiada[26]
01:30 02:11 18:11 Dencing pertama ACARS ("Classic Aero") automatik setiap sejam ke satelit Inmarsat 3F1.[29]
01:34 02:15 18:15 Hubungan radar utama terakhir oleh tentera Malaysia, 200 miles[convert: %s]%s BL Pulau Pinang
05:49 06:30 22:30 Melewati masa ketibaan berjadual di Beijing
07:30 08:11 00:11 Dencing automatik setiap sejam yang terakhir ke satelit Inmarsat[30][31]
07:49 08:30 00:30 Dilaporkan hilang[32]

Pencarian[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Usaha pencarian menjana berbilang ikutan palsu. Seorang laksamana Tentera Laut Vietnam melaporkan bahawa perhubungan radar dengan pesawat tersebut kali terakhir dilakukan di Teluk Thailand, tetapi mentranspirasi bahawa hasil ini sepadan dengan kehilangan perhubungan radar kawalan lalu lintas udara Subang, bukan penemuan tapak kemalangan.[22] Limpahan minyak terletak di luar pinggir laut Vietnam pada 8 dan 9 Mac dan disangkakan telah datang daripada pesawat. Hasil ujian melaporkan pada 10 Mac menyatakan bahawa limpahan minyak tidak mengandungi minyak penerbangan.[33][34] Ada laporan bahawa sebuah pintu atau serpihan pesawat ditemui kira-kira 80 km (50 mi) di selatan Pulau Thổ Chu pada 9 Mac. Hari berikutnya, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia melaporkan dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar; bahan yang terapung bukan daripada pesawat.[35]

Lokasi Selat Melaka.

Tentera Laut Diraja Thai menganjakkan tumpuannya dalam pencarian jauh dari Teluk Thailand dan Laut China Selatan menurut permintaan Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menyiasat kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik dan mungkin telah terhempas di Laut Andaman, dekat dengan sempadan Thailand.[36] Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia, Rodzali Daud, mendakwa bahawa rakaman pihak tentera bagi isyarat radar tidak menyertakan kemungkinan pesawat itu berpatah balik di laluan penerbangannya.[37][38] Dua hari kemudian, beliau mengesahkan bahawa pesawat itu kali terakhir dikesan oleh radar ketenteraan dekat dengan Pulau Perak di Selat Melaka, pada 02:40 pada 8 Mac, menerbangi ketinggian kira-kira 9,000 meter (30,000 ka).[39] Jejari pencarian telah ditingkatkan daripada 20 nautical batu (37 km; 23 mi) dari kedudukan terakhirnya yang diketahui[40] di selatan Pulau Thổ Chu, hingga 100 nautical batu (190 km; 120 mi), dan luasnya kini meliputi laut-laut hingga Selat Melaka di sepanjang pinggir laut barat Semenanjung Tanah Melayu, dengan perairan ke kedua-dua timur Malaysia di Laut China Selatan, dan di Selat Melaka di sepanjang pinggir barat Malaysia, sedang dicari.[41][2][42]

Pada 11 Mac, radar ketenteraan dilaporkan menyatakan pesawat berkenaan berpusing ke arah barat dan terus terbang selama 70 minit sebelum hilang dekat dengan Pulau Perak;[43][44] pesawat berkenaan "mengubah laluan selepas Kota Bharu dan mengambil altitud lebih rendah. Pesawat itu berjaya ke Selat Melaka." Lokasi terakhir ini adalah kira-kira 500 km (311 mi) dari kedudukan terakhirnya dalam perhubungan dengan kawalan lalu lintas udara.[45] Walau bagaimanapun, hari berikutnya Rodzali Daud nafi melakukan pernyataan seperti dilaporkan dalam media, meminta bahawa salah lapor patut "dipinda dan dibaiki untuk mencegah salah tafsir lanjut bagi yang sejelasnya merupakan laporan tidak tepat dan tidak betul."[46][47] Vietnam telah mengurangkan operasi pencariannya untuk menunggu penjelasan daripada Malaysia kerana laporan bercanggahan.[48]

Penyertaan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sebagai gerak balas kepada insiden ini, kerajaan Malaysia menggerakkan Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara, Tentera Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim, dan meminta bantuan antarabangsa daripada Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) dan negeri jiran. Berbilang negara mengusahakan misi pencarian dan penyelamatan di perairan rantau itu.[49][50] Negara-negara telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal ke kawasan berkenaan.[4][2][42] Qatar menawarkan bantuan, dan Agensi Perancis untuk penyiasatan kemalangan pesawat, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA), menawarkan bantuan dengan mana-mana operasi pencarian dan pemulihan bawah air.[51][52] Suruhanjaya Persediaan Pertubuhan Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh telah mencuba, tetapi gagal, untuk menggunakan rangkai stesen pengesanan infrabunyinya untuk mencari mana-mana bunyi dibuat oleh penerbangan ini.[53] Aset dihantar oleh negara berlainan termasuklah:

AP-3C Orion RAAF Australia menyertai pencarian.
BRP Gregorio del Pilar, salah sebuah kapal dihantar oleh Tentera Laut Filipina.
RSS Steadfast dari Singapura.
Pengawal Pinggir Laut Vietnam CASA C-212-400.
  • China: Lima buah kapal perang China, dok pengangkutan amfibia Jenis 071 LPD-999 Jinggang Shan, dengan dua buah helikopter, 30 orang kakitangan perubatan, sepuluh orang penyelam, dan 52 orang askar marin, serta kelengkapan penyelamatan dan pengesanan bawah air di atasnya,[65] dok pengangkutan amfibia LPD-998 Kunlun Shan dengan dua buah helikopter dan 50 orang askar marin, kapal pembinasa Jenis 052C DDG-171 Haikou with dengan sebuah helikopter,[66] Frigat Jenis 053H3 FFG-528 Mianyang dengan sebuah helikopter dan kapal pengisian AOR-886 Qiandaohu. Tiga buah kapal ronda besar Pentadbiran Keselamatan Maritim China: Hai Xun 31 sebuah kapal ronda besar dengan sebuah helikopter dan kelengkapan pengimbasan bawah air, kapal pencarian dan penyelamatan besar penyelamat Laut Selatan No. 101 dan No. 115. Kapal ronda besar Pengawal Pinggir Laut No. 3411 dan kapal COSCO Merchant Tai Shun Hai. Sebuah pesawat pengangkutan Ilyushin Il-76 dan sebuah pesawat pengawasan Tupolev Tu-154Templat:Jelaskan dalam perjalanan. China juga telah menugasi sepuluh buah satelit pertahanan mengorbit semula di kawasan itu.[67]
  • India: Kapal-kapal Tentera Laut India pada rondaan rutin di Selat Melaka dan aset udara dan laut Perintah Andaman dan Nicobar menyertai pencarian pada 11 Mac.[72] Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga telah diaktifkan untuk mencuba dan mengutip mana-mana petunjuk yang mungkin membawa penyiasat kepada pesawat Boeing 777-200 yang hilang.[72]
  • Indonesia: Lima buah kapal[6] – sebuah korvet dan empat buah kapal ronda pantas – menumpukan pencarian di Selat Melaka di sekitar Pulau Pinang.[73] Negara berkenaan telah menghantar dua buah kapal ronda pantas PC-40 pertama, Templat:Kapal dan Templat:Kapal, serta sebuah pesawat ronda maritim IPTN NC-212.[74]
  • Thailand: Tentera Laut Diraja Thai telah menyediakan tiga buah kapal dan sebuah pesawat untuk pencarian dan penyelamatan.[80][81] Sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah kapal ronda. Lagi dua buah kapal sedang bersedia di Teluk Thailand.[82]
  • Vietnam: Tiga buah Antonov An-26, dua buah CASA C-212, sebuah DHC-6 Twin Otter, dua buah Mil Mi-171, dan tujuh buah kapal daripada Tentera Laut (HQ-954, HQ-627), Pengawal Pinggir Laut (CSB-2001, CSB-2003), Kawalan Perikanan (KN-774), dan Pusat Koordinasi Pencarian dan Penyelamatan Maritim (SAR 413).[83][84]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Kokpit 9M-MRO pada 2004.

Penerbangan 370 dikendalikan oleh sebuah Boeing 777-2H6ER,[lower-alpha 1] nombor siri 28420, pendaftaran 9M-MRO. Boeing 777 ke-404 yang dihasilkan, pesawat ini terbang but kali pertama pada 14 Mei 2002, dan dihantar kepada Penerbangan Malaysia pada 31 Mei 2002. Pesawat itu berkuasakan dua buah enjin Rolls-Royce Trent 892,[86] dan dikonfigurasi untuk membawa 282 orang penumpang: 35 orang di dalam kelas perniagaan dan 247 orang di dalam kelas ekonomi.[87] Menurut syarikat penerbangan, pesawat ini telah mengumpulkan 53,460 hours and 7,525 cycles in service.[88] 9M-MRO belum pernah terlibat dalam sebarang insiden besar;[89] satu insiden kecil semasa bertaksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai pada Ogos 2012 menyebabkan kerosakan ketara kepada salah satu hujung sayapnya, yang patah selepas terkena ekor sebuah pesawat lain.[90] Pemeriksaan penyelenggaraan terakhirnya adalah pada Februari 2014.[88]

Boeing 777 pada amnya, dianggap oleh pakar penerbangan, mempunyai rekod keselamatan "hampir sempurna",[91] salah satu daripada sebarang pesawat komersial yang terbaik.[92] Sejak penerbangan komersial pertamanya pada Jun 1995, hanya ada dua kemalangan parah sebelum ini. Pada Januari 2008, 47 orang cedera apabila hablur ais dalam sistem minyak Penerbangan 38 British Airways menyebabkannya kehilangan kuasa dan terhempas hampir-hampir dengan landasan di Lapangan Terbang Heathrow London. Pada Julai 2013, Penerbangan 214 Asiana Airlines terhempas dalam pendekatan terakhir ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Tiga orang penumpang terkorban dan 181 orang cedera disebabkan oleh kemalangan itu.[93] Kedua-dua pesawat rosak melampaui pembaikan.[94]

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Kewarganegaraan orang di dalam Penerbangan 370
Kewarganegaraan Penumpang Anak kapal Jumlah
 Amerika Syarikat 3 0 3
 Australia 6 0 6
 Belanda 1 0 1
 China 152 0 152
 Hong Kong 1[95] 0 1
 India 5 0 5
 Indonesia 7 0 7
 Iran 2[lower-alpha 2] 0 2
 Kanada 2 0 2
 Malaysia 38 12 50
 New Zealand 2 0 2
 Perancis 4 0 4
 Rusia 1 0 1
 Taiwan 1 0 1
 Ukraine 2 0 2
Jumlah 227 12 239

Penerbangan Malaysia mengeluarkan nama dan kewarganegaraan 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal, berdasarkan manifes penerbangan.[97]

Anak kapal[sunting | sunting sumber]

Kesemua anggota anak kapal merupakan warga Malaysia. Kaptennya ialah Zaharie Ahmad Shah yang berumur 53 tahun dari Pulau Pinang, yang menyertai Penerbangan Malaysia pada 1981 dan mempunyai pengalaman penerbangan 18,365 jam.[98] Zaharie juga merupakan seorang pemeriksa yang layak untuk menjalankan ujian pensimulasi untuk juruterbang.[99] Pegawai pertama merupakan Fariq Abdul Hamid berumur 27 tahun, soerang pekerja Penerbangan Malaysia sejak 2007, dengan 2,763 jam penerbangan.[100][101] Fariq baru-baru ini bertukar kepada menerbangkan Boeing 777-200 selepas menyelesaikan latihan pensimulasi.[101]

Penumpang[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penumpang (152 daripada 227) merupakan warga China. Kehilangan warga China seramai ini ialah bencana udara kedua terteruk dalam sejarah penerbangan China, setakat Mac 2014.[102] Tiga perlapan penumpang dan kesemua dua belas anggota anak kapal merupakan warga Malaysia. Selebih penumpang adalah dari tiga belas negara berlainan. Penumpang China termasuk sekumpulan sembilan belas seniman dengan enam orang anggota keluarga dan empat orang kakitangan, kembali dari pameran kaligrafi karya mereka di Kuala Lumpur.[103] Dua puluh orang penumpang merupakan pekerja Freescale Semiconductor, sebuah syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas. Dua belas orang pekerja ini adalah dari Malaysia dan lapan orang dari China.[104]

Penerbangan Malaysia juga telah menghantar sepasukan pengasuh dan sukarelawan dipanggil GoTeam untuk menyediakan bantuan kepada anggota keluarga penumpang-penumpang berkenaan.[105] Dalam keluaran akhbarnya, syarikat penerbangan menyatakan bahawa syarikat berkenaan akan menanggung perbelanjaan pembawaan anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang ke Kuala Lumpur dan menyediakan penginapan, jagaan perubatan dan kaunseling kepada mereka.[106] Syarikat penerbangan menyediakan bayaran takziah bernilai $5,000 kepada keluarga-keluarga untuk setiap mangsa.[107]

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Boeing telah mengumumkan bahawa sepasukan pakar dihimpunkan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada penyiasat,[108] menurut protokol-protokol Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Tambahan pula, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat mengumumkan dalam keluaran akhbar 8 Mac bahawa sepasukan penyiasat telah dihantar bersama dengan penasihat teknikal daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan untuk menawarkan bantuan dalam penyiasatan.[62] Negara yang akan mengetuai penyiasatan tidak akan ditentukan sehingga pesawat yang hilang ditemui.[109]

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat telah menghantar pakar teknikal dan ejen untuk menyiasat kehilangan tersebut.[110] Walau bagaimanapun, seorang pegawai penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat senior menjelaskan bahawa ejen-ejen FCI tidak dihantar ke Malaysia.[111] Pihak rasmi Amerika Syarikat dan Malaysia menyemak seluruh manifes penumpang semula sebagai tambahan kepada dua orang penumpang yang disahkan memegang pasport curian.[112]

Pasport curian[sunting | sunting sumber]

Sekurang-kurangnya dua orang penumpang berjalan dengan pasport yang dicuri daripada warga negara Eropah. Dua orang yang dikenal pasti di dalam manifes, seorang warga Austria berumur 20 tahun dan seorang warga Italia berumur 37 tahun, telah melaporkan pasport mereka dicuri pada 2012 dan 2013, masing-masing.[22][113] Interpol menyatakan bahawa kedua-dua pasport disenaraikan dalam pangkalan datanya bagi pasport hilang dan curian, tetapi tiada semakan dibuat melawan pangkalan datanya, menyatakan bahawa hanya sedikit negara yang tekal menggunakan pangkalan datanya.[114][115] Menteri Dalam Negeri Malaysia mengkritik pegawai imigresen negaranya kerana gagal menghentikan penumpang yang berjalan dengan pasport Eropah curian.[115]

Kedua-dua tiket sehala yang dibeli untuk pemegang pasport curian ditempah melalui China Southern Airlines.[116] Seorang warga Iran dilaporkan telah menempah tiket termurah ke Eropah melalui telefon. Tiket-tiket tersebut dibayar secara tunai.[117][118][119] Seorang ketua polis Thai mencadangkan bahawa tiket-tiket berkenaan dibeli untuk pehijrah Iran haram.[120] Kedua-dua penumpang tersebut kemudian dikenal pasti sebagai orang Iran, seorang berumur 18 dan seorang lagi 29, yang memasuki Malaysia pada 28 Februari menggunakan pasport Iran sah. Ketua Interpol mengatakan mereka "cenderung untuk menyimpulkan bahawa ini bukan insiden pengganas."[96][121][122][123]

Kargo[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mac, CEO Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya menyatakan, tanpa mendedahkan manifes penerbangan, bahawa pesawat tersebut membawa 3 hingga 4 tan manggis, dan tiada bahan berbahaya.[124][125][126] Tiga hari kemudian, beliau mengesahkan bahawa bateri yang mungkin mudah terbakar, dikenalpasti sebagai litium-ion,[127] juga ada, menambah semua kargo "dibungkus sebagaimana disarankan ICAO", diperiksa beberapa kali dan dikira mematuhi peraturan.[128][129][130]


Penemuan serpihan[sunting | sunting sumber]

Boeing 777 flaperon

Pada tanggal 29 Julai 2015, serpihan pesawat telah dijumpai di pantai Saint-André, Réunion, sebuah pulau terpencil terletak di Lautan India barat, kira-kira 4,000 km (2,500 mi) kepada dari tempat carian.[131] Objek berbentuk stensil dengan tanda dalam tertulis "657 BB" konsisten dengan kod untuk bahagian kanan sayap pesawat flaperon yang hanya boleh ditemui pada jenis pesawat keluaran Boeing 777.[132][133] Pada hari kemudiannya, bagasi rosak yang barangkali berkaitan dengan Penerbangan MH 370, telah dijumpai.[134] lokasinya konsisten dengan model serpihan yang bertebaran selama lebih 16 bulan selepas pencarian di tapak carian asal diluar pesisir laut Australia.[131][135] Pada 31 Julai 2015, botol air tertera tulisan Cina dan bahan pencuci dalam tulisan bahasa Indonesia dijumpai di kawasan yang sama.[136][137]

Lokasi serpihan dijumpai dipercayai adalah sisa dari MH370.

Objek pertama dijumpai di Réunion—Jabatan pesisir luar dan wilayah Perancis—dekat Toulouse, agensi penyiasatan bagi menyiasat insiden pesawat awam Perancis Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA); dan Makmal Kementerian Pertahanan Perancis.[131] Malaysia telah menghantar penyiasat kedua-dua pulau Réunion dan Toulouse.[131][138] Polis Perancis menjalankan penyiasatan di sekitar perairan Pulau Réunion untuk lain-lain bangkai dan serpihan pesawat.[131]

Pada 5 Ogos 2015, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah mengesahkan sepihan yang dijumpai di Pulau Reunion adalah milik MH 370.[139][140]

Kritikan dan gerak balas[sunting | sunting sumber]

Kehilangan penerbangan berkenaan telah ditandai oleh maklumat salah, dan ada keraguan kini mengenai lokasi dan trajektori yang berkemungkinan bagi pesawat terlibat.[141][142] Pakar mempercayai bahawa sungguhpun tahap awal telah diurus dengan baik oleh Penerbangan Malaysia, peningkatan pegawai rasmi kerajaan yang menyampaikan secara terang-terangan kepada pihak awam mewujudkan kekeliruan. Pakar pengurusan krisis Australia Mike Smith memberitahu bahawa, berikutan kehilangan ini, ia menjadi titik kebimbangan antarabangsa, kerajaan Malaysia gagal mengambil alih dan mengasaskan titik kawalan krisis kecemasan. Smith menekankan tentang isu percanggahan, "penudingan jari, khabar angin dan sindir halus... daripada pihak rasmi Malaysia, yang motifnya boleh kita spekulasi."[143]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "One of the busiest ocean highways in the world, the Straits of Malacca connect the Bay of Bengal to the South China Sea". Amritt.com. 
  2. ^ a b c Hildebrandt, Amber (10 Mac 2014). Malaysia Airlines Flight MH370: 'Mystery compounded by mystery'. CBC News
  3. ^ Neuman, Scott. "Search For Flight MH370 Reportedly Largest in History". The Two-way. Dicapai pada 19 Mac 2014. 
  4. ^ a b c Buncombe, Andrew; Withnall, Adam (10 Mac 2014). "Malaysia Airlines Flight MH370: Oil slicks in South China Sea ‘not from missing jet’, officials say". The Independent.
  5. ^ a b Grudgings, Stuart. "Malaysia Airlines plane crashes in South China Sea with 239 people aboard: report". Dicapai pada 9 Mac 2014.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Reuters" defined multiple times with different content
  6. ^ a b c Tasnim Lokman (9 Mac 2013). "MISSING MH370: Indonesia helps in search for airliner". New Straits Times. Dicapai pada 11 Mac 2014.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "id" defined multiple times with different content
  7. ^ "Vietnam Navy says Malaysia Airlines plane crashes off Tho Chu Island". Tuoi Tre News. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NYTaltitude tidak disediakan
  9. ^ Andy Pasztor (12 Mac 2014), Missing Airplane Flew On for Hours The Wall Street Journal.
  10. ^ Bob Orr (13 Mac 2014), Did Malaysian plane fly toward Indian Ocean after last contact? CBS News.
  11. ^ Malaysian PM's full statement The Guardian 15 Mac 2014
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan thestar18 tidak disediakan
  13. ^ "Missing Malaysia Airlines plane: Debris found in search for MH370, says Australian Prime Minister Tony Abbott". The Sydney Morning Herald. 20 Mac 2014. Dicapai pada 20 Mac 2014. 
  14. ^ Pearson, Michael; Mullen, Jethro. "Flight 370 passenger's relative: 'All lives are lost'". CNN. Dicapai pada 24 Mac 2014. 
  15. ^ Branigan, Tania (24 Mac 2014). "Missing flight MH370 lost in southern Indian Ocean, says Malaysian PM". The Guardian. Dicapai pada 24 Mac 2014. 
  16. ^ "Malaysian prime minister: Missing flight MH370 'ended in Indian Ocean and no one on board survived'". Metro.co.uk. 24 Mac 2014. Dicapai pada 24 Mac 2014. 
  17. ^ Sevastopulo, Demetri (24 Mac 2014). "Malaysia says data indicate MH370 crashed into the Indian Ocean". Financial Times. Dicapai pada 24 Mac 2014. 
  18. ^ "FlightRadar24.com MH370 7 March 2014". 
  19. ^ "MH370 Flight Incident". Malaysian Airlines. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  20. ^ "Malaysian Airlines System (MH) No. 370 ✈ 08-Mar-2014 ✈ WMKK / KUL – ZBAA / PEK ✈". flightaware. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  21. ^ Malaysian Airlines. "04:20 PM MYT +0800 Malaysia Airlines MH370 Flight Incident – 4th Media Statement". Penerbangan Malaysia. Diarkibkan daripada original pada 8 Mac 2014. Dicapai pada 8 Mac 2014. 
  22. ^ a b c "Crash: Malaysia B772 over Gulf of Thailand on Mar 8th 2014, aircraft missing". The Aviation Herald. Dicapai pada 8 Mac 2014.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Aviation_Herald" defined multiple times with different content
  23. ^ "Missing MAS flight: Last point of contact was east of Kota Baru". The Star. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  24. ^ "No MH370 Distress Call, Search Area Widened". Aviation Week & Space Technology. 23 Februari 2014. 
  25. ^ a b The Telegraph, "Revealed: the final 54 minutes of communication from MH370"
  26. ^ a b Out of Control Videos, "Timing of ACARS deactivation unclear. Last ACARS message at 01:07 was not necessarily point at which system was turned off"
  27. ^ Daily Mail, "Was Malaysian co-pilot's last message to base a secret distress signal? Officials investigate possibility unusual sign-off may have indicated something was wrong"
  28. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nst-pilot tidak disediakan
  29. ^ Gordon Rayner, Nick Collins (25 Mac 2014). "Why we may never find out what happened to MH370". Independent.ie. Dicapai pada 25 Mac 2014. 
  30. ^ The New Yorker, "The Story of Flight 370 Changes Again"
  31. ^ Pearlman, Jonathan; Wu, Adam (21 Mac 2014). "Revealed: the final 54 minutes of communication from MH370". The Daily Telegraph. 
  32. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated1 tidak disediakan
  33. ^ "Missing Malaysia Airlines Plane Remains Mystery". Sky News. 10 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  34. ^ "Oil slick spotted by rescuers 'not from missing Malaysia Airlines flight', tests reveal". South China Morning Post. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  35. ^ "Accident description". Rangkaian Keselematan Penerbangan. 10 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  36. ^ Jim Clancy and Mark Morgenstein (9 Mac 2014). "New leads explored in hunt for missing Malaysia Airlines flight". CNN News. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  37. ^ Pete Williams, Robert Windrem and Richard Esposito (9 Mac 2014). "Missing Malaysia Airlines Jet May Have Turned Back: Officials". NBC News. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  38. ^ "Reports: Missing Malaysia Airlines plane 'may have turned back'". BBC News. 9 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  39. ^ "UPDATE 1-Missing Malaysian plane last seen at Strait of Malacca-source". Reuters. 11 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  40. ^ "DCA: Search for MH370 intensifies with 74 vessels, 50 nautical miles near last-known site" The Malay Mail, 9 Mac 2014
  41. ^ "Malaysia Airlines: What we know about flight MH370". BBC. 10 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  42. ^ a b "Missing Malaysia plane: Search area widened". BBC News. 9 Mac 2014. 
  43. ^ "Malaysia Airlines MH370: Plane 'changed course'". BBC. 11 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  44. ^ "Malaysia Airlines live: military denies report they tracked plane hundreds of miles off course". The Telegraph. 11 Mac 2014. 
  45. ^ Eveline Danubrata and Niluksi Koswanage. "Malaysia military tracked missing plane to west coast: source". Reuters. 11 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014.
  46. ^ "MISSING MH370: RMAF chief denies military radar report". New Straits Times. 12 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  47. ^ "Missing Malaysia Airlines plane: Air force chief denies tracking jet to Strait of Malacca". Straits Times. 12 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2014.
  48. ^ "Missing Malaysia Airlines plane: Vietnam suspends air search for MH370". Straits Times. 12 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2014.
  49. ^ "MISSING MH370: Malaysia welcomes SAR assistance from other countries". New Straits Times. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  50. ^ Wong, Chun-Han; Vu, Trong Khanh; Raghuvanshi, Gaurav (9 Mac 2014). "Countries Put Disputes Aside for Airliner Search". The Wall Street Journal
  51. ^ "French accident board offers help recovering missing flight MH370". The Malaysian Insider. Yahoo! News. 10 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  52. ^ "Missing MH370: Qatar ready to help in SAR efforts". The Sun. 11 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  53. ^ "IDC infrasound search for missing flight Malaysian Airlines MH370" (PDF). CTBTO Prep Com. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  54. ^ a b "Too early to come to any conclusion, says Najib". Daily Express. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  55. ^ "Vietnam, Malaysia mount search for plane". Sky News Australia. 8 Mac 2014. 
  56. ^ "Malaysia widens area of search for missing MAS aircraft". Bernama. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  57. ^ "Missing MAS flight: Malaysia grateful for assistance in search and rescue operations, says Anifah". The Star. 9 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  58. ^ a b "US P-3 and USS Pinckney helicopter over Malaysian Airlines search site". Hal Ehwal Awam Angkatan Ketujuh Amerika Syarikat. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  59. ^ "U.S. Sends Destroyer to Aid Search for Malaysia Airlines Jet". Berita NBC. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  60. ^ "Oil Slick Not From Missing Malaysian Jet, Investigators Say". Berita NBC. 10 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  61. ^ "US boosters support for search of lost plane". Malaysia Sun. Dicapai pada 10 Mac 2014. 
  62. ^ a b "Press Release March 8, 2014: NTSB positioning team to offer assistance in investigation of Malaysia Airlines 777 event". Ntsb.gov. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  63. ^ "LIVE Malaysia Airlines flight MH370: Relatives of missing persons flown to Kuala Lumpur & Updates at". Daily News and Analysis. 11 Mac 2014. 
  64. ^ "Australia sending two P3C Orions from Darwin to Malaysia to aid with the search for missing Malaysian flight MH370". News Corp Australia. 9 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  65. ^ "China dispatches more vessels for plane search". Agensi Berita Xinhua. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  66. ^ "Chinese warships on way to rescue mission". Agensi Berita Xinhua. 9 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  67. ^ "China deploys satellites for missing plane search". Agensi Berita Xinhua. 10 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  68. ^ "Malaysian plane crashed off Vietnam coast: state media". Yahoo News. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  69. ^ "PH joins SE Asia search for Malaysian plane". Rappler.com. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  70. ^ "Malaysia Airlines: How is the search being carried out". Berita BBC. 11 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  71. ^ "PH planes ships still have no sighting of missing malaysian jet". Philippine Daily Inquirer. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  72. ^ a b Gupta, Jayanta. "Indian Navy joins search". The Times of India. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  73. ^ Bagus BT Saragih (9 Mac 2014). "RI deploy warships as search expands to Malacca Strait". The Jakarta Post. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  74. ^ Fadli (9 Mac 2014). "RI deploys warships, aircraft to SCS to search for missing aircraft". The Jakarta Post. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  75. ^ Michael Field (11 Mac 2014). "NZ air force joins search for missing jet". stuff.co.nz. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  76. ^ "Malaysia Airlines missing flight: Live Report". Yahoo! News Malaysia. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  77. ^ "Malaysian Airlines missing flight MH370: Live Report". Digital Journal. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  78. ^ "Additional SAF assets deployed in response to missing Malaysia Airlines Plane (09 Mac 14)". Kementerian Pertahanan Singapura. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  79. ^ "Taiwan joins search for Malaysia Airlines Flight 370". Taiwan Today. 11 Mac 2014. Diarkibkan daripada original pada 12 Mac 2014. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  80. ^ "Thai navy ready to deploy rescue vessels, aircraft for missing Malaysian plane: spokesman". Berita CCTV. 8 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  81. ^ "MISSING MH370: Rescue efforts under way". New Straits Times. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  82. ^ "Search for missing Malaysian jet involves 8 countries". The Nation. 10 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  83. ^ "RSAF sends plane to search for missing Malaysia Airlines aircraft". Channel NewsAsia. 8 Mac 2014. 
  84. ^ "No piece of metal found 60km from Vung Tau". Bubblews. 
  85. ^ Pither, Tony (1998). The Boeing 707 720 and C-135. England: Air-Britain (Historians) Ltd. ISBN 0 85130 236 X. 
  86. ^ "Malaysia Airlines 9M-MRO (Boeing 777 – MSN 28420)". Airfleets. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  87. ^ "Boeing 777-200 – Fleet". Penerbangan Malaysia. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  88. ^ a b Toh, Mavis. "MAS 777 underwent maintenance in Feb". Flightglobal. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  89. ^ "Missing MAS 777-200 had no major prior incidents – 3/8/2014". Flightglobal. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  90. ^ "浦东机场滑行跑道内东航马航两飞机剐蹭 ["Two planes from China Eastern Airlines and Malaysian Airlines snag each other on the runway of Shanghai Pudong Airport"]– 新华财经 – 新华网". Agensi Berita Xinhua. 26 Jun 2012. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  91. ^ "Malaysia Airlines: experts surprised at disappearance of 'very safe' Boeing 777". The Guardian. 8 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  92. ^ "Malaysia Airlines has one of Asia's best safety records". Reuters. 8 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  93. ^ 06.31 GMT. "Malaysia Airlines: experts surprised at disappearance of 'very safe' Boeing 777". The Guardian. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  94. ^ "NTSB Investigates Asiana 777 Accident in San Francisco". Aviation Week & Space Technology. 6 Julai 2013. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  95. ^ Kao, Ernest (9 Mac 2014). "Hong Kong woman named as passenger on board missing Malaysia Airlines flight". South China Morning Post. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  96. ^ a b "Stolen jet passport 'no terror link'". Berita BBC. 11 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  97. ^ "MH 370 PASSENGER MANIFEST" (PDF). Penerbangan Malaysia. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  98. ^ "Missing MAS flight: Captain piloting MH370 a Penang boy". The Straits Times. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  99. ^ Koswanage, Niluksi (9 Mac 2014). "Pilot of missing Malaysian flight an aviation tech geek". Reuters. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  100. ^ "MISSING MH370: Co-pilot family awaits for latest updates – Latest – New Straits Times". New Straits Times. 8 Mac 2014. 
  101. ^ a b Watkins, Tom (10 Mac 2014). "First officer on missing jet was transitioning to 777-200s". CNN. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  102. ^ AFP (11 Mac 2014). "China 'deploys satellites' in search for Malaysia plane". Space Daily. 
  103. ^ "Behind jet's passenger list is rich human tapestry". The Washington Post. Associated Press. 9 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  104. ^ "No sign of Malaysia Airline wreckage; questions over stolen passports". CNN. 8 Mac 2014. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  105. ^ "Missing MAS flight: MAS team arrives in Beijing". The Star. 9 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  106. ^ "Caregivers from Malaysia, Australia assigned to families of passengers onboard MH370 | Malaysia". The Malay Mail Online. 
  107. ^ ["Chinese satellites deployed in search for missing Malaysia Airlines flight MH370"]. South China Morning Post 10 Mac 2014
  108. ^ "Boeing team to offer technical help to investigators". Deccan Chronicle. 
  109. ^ Toh, Mavis. "NTSB sends team to assist in MH370 case". Flightglobal. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  110. ^ Serrano, Richard A. "FBI to investigate disappearance of a Malaysian Airlines jet." Los Angeles Times. 8 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014.
  111. ^ "FBI not in on Malaysia crash probe; other U.S. agencies to arrive Monday". Reuters. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  112. ^ Simon Denyer, Robert Barnes and Chico Harlan (9 Mac 2014). "Four flew with false ID aboard Malaysia Airlines plane that vanished over South China Sea". The Washington Post. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  113. ^ Catherine E. Shoichet and Ray Sanchez (9 Mac 2014 – Dikemas kini pada 1337 UTC (2137 HKT)). "Plane bore painters, pilgrims, others from around the world". CNN. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  114. ^ "INTERPOL confirms at least two stolen passports used by passengers on missing Malaysian Airlines flight 370 were registered in its databases". Interpol. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  115. ^ a b Murdoch, Lindsay (10 Mac 2014). "Fake passports on Malaysia Airlines flight reveal flaw in airline safety". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  116. ^ Keith Bradsher; Eric Schmitt (9 Mac 2014). "Passport Theft Adds to Mystery of Missing Malaysia Airlines Jet". The New York Times. 
  117. ^ Mezzofiore, Gianluca (10 Mac 2014). "Missing Malaysia Airlines Flight MH370: Iranian Middleman Asked Thai Agent to Book Tickets on Stolen Passports". International Business Times. United Kingdom. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  118. ^ "Days later, no sign of missing Malaysia Airlines plane". CNN. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  119. ^ Associated, The. "Iranian man bought tickets for Malaysia Air passengers using stolen passports". Haaretz. Dicapai pada 11 Mac 2014. 
  120. ^ Mark Hosenball (11 Mac 2014), Search widened as Malaysia air probe finds scant evidence of attack Reuters
  121. ^ Mullen, Jethro (11 Mac 2014). "Missing Malaysia Airlines Flight 370: What we know and don't know". CNN. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  122. ^ Mullen, Jethro (11 Mac 2014). "Interpol 'inclined to conclude' Malaysia Airlines disappearance not terror". CNN. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  123. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Flight_MH370:_officials_puzzled_by_Malaysia_mystery_as_search_widens tidak disediakan
  124. ^ "Was a small BOMB hidden inside MH370's cargo hold? AND WHY HASN'T M'SIA REVEALED THE CARGO MANIFEST?". Malaysia-chronicle.com. 19 Mac 2014. 
  125. ^ "Not just mangosteens on board, MH370 also carried lithium-ion batteries, says daily". The Malaysian Insider. 22 Mac 2014. 
  126. ^ "Malaysia News | AsiaOne". News.asiaone.com. 18 Mac 2014. 
  127. ^ Tomlinson, Simon (22 Mac 2014). "Missing jet WAS carrying highly flammable lithium batteries: CEO of Malaysian Airlines finally admits to dangerous cargo four days after DENYING it". Daily Mail. Dicapai pada 23 Mac 2014. 
  128. ^ "Missing MH370 carried lithium ion batteries as cargo but not seen as 'dangerous'". The Straits Times. 21 Mac 2014. 
  129. ^ "Missing MH370: Lithium ion batteries deemed non-dangerous goods". The Star Online. 22 Mac 2014. 
  130. ^ Missing Jet was Carrying Potentially Flammable Batteries: CEO NBC News. 21 Mac 2014.
  131. ^ a b c d e "MH370 search: Réunion debris to be tested in France". BBC News. 30 July 2015. Dicapai pada 30 July 2015. 
  132. ^ Safi, Michael and Holmes, Oliver "MH370 search: what is the 'flaperon' debris found in Réunion?" Akhbar Guardian, 30 Julai 2015
  133. ^ Boeing 777 Maintenance Manual D633W101-RBA, Chapter 6 DIMENSIONS AND AREAS, Section 06-44 WINGS (Major zones 500 and 600), Page 221, May 3, 2008
  134. ^ Aubusson, Kate (31 July 2015). "MH370: Suitcase reportedly found on Reunion Island, close to where plane debris recovered". Sydney Morning Herald. Dicapai pada 31 July 2015. 
  135. ^ "Malaysia Airlines Flight 370 Searchers Treating Debris as Major Lead". Dicapai pada 30 July 2015. 
  136. ^ "'Chinese water bottle, Indonesian canister' wash up on Reunion Island after possible MH370 wing flap find". AFP, Reuters. South China Morning Post. 31 July 2015. Dicapai pada 31 July 2015. 
  137. ^ "MH370 Search: New Items Wash Ashore On Reunion". Sky News. 31 July 2015. Dicapai pada 31 July 2015. 
  138. ^ "MH370 search: Plane debris arrives in France". BBC News. 1 August 2015. Dicapai pada 2 August 2015. 
  139. ^ "Plane debris is from missing MH370". BBC News Online. Dicapai pada 5 August 2015. 
  140. ^ Shahrestani, Vin "MH370: Malaysian government confirms debris is from a Boeing 777" The Telegraph (UK), August 5, 2015
  141. ^ Koswanage, Niluksi. "UPDATE 1-Missing Malaysian plane last seen at Strait of Malacca-source". Reuters. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  142. ^ Ng, Eileen. "Malaysia says not sure which way jet was headed". San Francisco Chronicle. Associated Press. Dicapai pada 12 Mac 2014. 
  143. ^ Levy, Megan (12 Mac 2014). "Missing Malaysia Airlines plane probe marked by confusion, misinformation". The Sydney Morning Herald

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan