Kemalangan Tentera Udara Algeria Lockheed C-130 Hercules 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kemalangan Tentera Udara Algeria Lockheed C-130 Hercules 2014
Pesawat C-130 7T-WHM, peswat yang terbabit dalam kemalangan
Ringkasan kejadian
Tarikh11 Februari 2014 (2014-02-11)
RingkasanDalam siasatan
TempatAïn Kercha, Wilayah Oum El Bouaghi, Algeria
Penumpang74
Anak kapal4[1]
Kecederaan1[1]
Kematian77[1]
Terselamat1
Jenis pesawatLockheed C-130 Hercules
PengendaliTentera Udara Algeria
Pendaftaran7T-WHM
Asal penerbanganTamanrasset, Algeria
PersinggahanOuargla, Algeria
DestinasiConstantine, Algeria

Kemalangan Tentera Udara Algeria Lockheed C-130 Hercules 2014 berlaku pada 11 Februari 2014, menyebabkan 77 kematian sementara 1 lagi tercedera. Ketika itu cuaca dilaporkan lemah ketika kemalangan, walau bagaimanapun, kemalangan ini masih dalam siasatan.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari. Pesawat berkenaan akhirnya ditemui terhempas di Gunung Fortas berdekatan pekan Ain Kercha, 50 kilometer di barat daya Constantine, bandar utama di sebalah timur Algeria.

Ketika nahas, pesawat dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset yang kini dalam operasi ketenteraan besar-besaran berikutan keadaan tidak stabil di sempadan selatan negara itu. Pesawat berkenaan membawa 74 penumpang dan empat anak papal, kata tentera Algeria dalam satu kenyataan. Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.

Satu-satunya penumpang yang terselamat setakat ini ialah seorang anggota tentera yang hanya mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di hospital tentera. Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Algeria berkata, pesawat berkenaan patah tiga dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut. Menjadi satu kebiasaan pesawat pengangkut tentera Algeris digunakan bukan saja untuk membawa anggota tentera, malah anggota keluarga mereka, termasuk orang awam. Komander tentera Farid Nechad, yang mengetuai pasukan penyelamat berkata, setakat ini 55 mayat sudah ditemui di tempat nahas namun cuaca sejuk dan terdapat salji menyukarkan operasi.[2]

Penemuan Kokpit Suara[sunting | sunting sumber]

Pasukan mencari dan menyelamat Algeria hari ini menemui kotak hitam sekali gus bakal mengenal pasti punca nahas pesawat pengangkut tentera yang terhempas yang mengorbankan 77 orang dengan hanya seorang terselamat, semalam. Pada masa sama, rakyat Algeria berkabung selama tiga hari berikutan nahas berkenaan membabitkan pesawat C-130 Hercules di kawasan pergunungan Oum El Bouaghi di wilayah timur Negara itu yang disifatkan bencana terburuk dekad ini.

Pegawai berkata, mangsa yang terselamat, seorang lelaki yang kini dilaporkan dalam keadaan parah, ditemui di dalam bangkai pesawat yang patah tiga. Seramai 74 penumpang maut dalam kejadian itu manakala empat lagi adalah anak kapal. Nahas dikatakan berpunca daripada cuaca yang buruk. Seorang sumber berkata, pihak penyelamat sudah menemui kotak hitam pesawat yang masih dalam keadaan baik.[3]

Referensi[sunting | sunting sumber]