Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah
Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah | |
---|---|
Duta Besar Malaysia ke Belanda | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Raja | Sultan Yahya Petra Sultan Ahmad Shah |
Perdana Menteri | Hussein Onn Mahathir Mohamad |
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi | |
Dalam jawatan 1975–1978 | |
Raja | Sultan Yahya Petra |
Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein Hussein Onn |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British | 10 September 1933
Meninggal dunia | 20 September 2020 Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia | (umur 87)
Pasangan | Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 1960; m. 2020) |
Anak-anak | Tengku Mohamad Rizam Tengku Ramizan Tengku Mohamad Rizal Tengku Mohamad Ridzman |
Ibu bapa | Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin (Ayahanda) Nik Zainab binti Nik Ali (Bonda) |
Saudara | Tengku Azizah (kekanda) Tengku Zain (kekanda) Tengku Maziah (kekanda) Tengku Razaleigh (adinda) Tengku Robert (adinda) |
Hubungan | Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (anakanda saudara/biras) |
Pekerjaan | Duta Besar |
Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III (10 September 1933–20 September 2020) ialah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 1975 hingga tahun 1978 dan Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 1978 hingga tahun 1982. Beliau merupakan kekanda kepada bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah.[1]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Tengku Abdul Aziz telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan ke-12, Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Nik Ali. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid yang merupakan permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.[2]
Pada 22 Januari 1960, Tengku Abdul Aziz telah berkahwin dengan Tengku Merjan iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan ke-27, Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Muhammad Petra. Beliau telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan), Datin Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz, Tengku Mohamad Rizal bin Tengku Abdul Aziz dan Datuk Tengku Mohamad Ridzman bin Tengku Abdul Aziz.
Kemangkatan[sunting | sunting sumber]
Tengku Abdul Aziz telah mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada jam 2.37 pagi, 20 September 2020. Jenazahnya telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Tengku Abdul Halim dilantik YDP MPN Kelantan yang baru Berita Harian
- ^ https://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm Butiran Tengku Abdul Aziz
- ^ Ayahanda Tengku Temenggong Kelantan mangkat