Terrapene carolina carolina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Terrapene carolina carolina
Eastern box turtle.jpg
Kura-kura Katup Timur jantan
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Emydidae
Genus: Terrapene
Spesies: T. carolina
Subspesies: T. c. carolina
(Linnaeus, 1758)
Nama trinomial
Terrapene carolina carolina
(Linnaeus, 1758)
Sinonim[2]

Terrapene carolina carolina juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Timur ialah subspesies kura-kura katup. T. c. carolina berasal dari bahagian timur Amerika Syarikat.

Haiwan ini dari keluarga Emydidae, dan lebih bersifat kedaratan.[3] Kura-kura ini bergerak perlahan, berusia panjang, lambat membesar, dan hanya bertelur dalam kuantiti kecil setahun. Mereka juga sering mengalami kemalangan disebabkan kenderaan dan mesin-mesin pertanian, menjadikan populasi kura-kura katup ini semakin berkurangan.

Pada tahun 2011, IUCN mengeluarkan kenyataan, "Populasi Terrapene carolina semakin berkurangan dan terus berkurangan sehingga melebihi 32% lebih tiga generasi". IUCN kemudiannya menukarkan status haiwan ini dari Hampir terancam kepada Terjejas.[1]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini mempunyai karapas (cangkerang belakang) yang tinggi dan bahagian bawah badannya (plastron) berengsel, membolehkan kesemua anggota badannya masuk ke dalam cangkerang. Karapasnya mempunyai pelbagai variasi warna, dari coklat atau hitam dengan corak belang atau tompokan berwarna kuning atau jingga. Warna kulitnya pula biasanya mengikut warna pada cangkerang, sama ada coklat, hitam dengan bintik-bintik kuning, jingga, merah atau putih. Warna ini menyerupai warna pokok tulip poplar yang gugur pada musim luruh. Sesetengah populasi, kura-kura jantannya mempunyai warna biru pada bahagian pipi, bawah leher dan kaki hadapan. Malah, biasanya jantan juga memiliki iris mata berwarna merah, manakala betina pula berwarna coklat. mereka mempunyai mulut berparuh, kaki yang gemuk serta lima jari pada setiap kaki hadapan dan empat jari pada bahagian belakang. Namun ada yang memiliki tiga jari sahaja pada kaki belakang. Bersaiz kecil, sekitar 4.5 ke 6 inci, dan terbesar pernah dicatatkan 7 inci. Haiwan yang dibela baik boleh hidup melebihi 100 tahun, berbanding yang hidup di habitat liar. Mereka terancam oleh penyakit dan pemangsa.[4]

Kura-kura Katup Timur di Florida

Kura-kura betina mempunyai plastron yang rata, manakala jantan pula melengkung ke dalam yang membolehkan mereka memanjat belakang betina semasa melakukan proses mengawan. karapas dan plastron disambungkan oleh penghubung yang fleksibel. Plastron yang berengsel membolehkan mereka melindungi diri sepenuhnya ke dalam cangkerang. Cangkerang mereka dibentuk oleh tulang yang mengandungi lapisan berkeratin. cangkerang ini kemudiannya berhubung dengan badannya secara langsung.

Cangerang yang cedera boleh mengalami pemulihan. Tisu bergranular perlahan-lahan membentuk keratin yang rosak dan menggantikan bahagian skut yang hilang atau luka. Tidak seperti Kura-kura Berwarna (Chrysemys picta), skut kura-kura katup terus membesar sepanjang hidupnya membentuk lingkaran. Kura-kura akuatik biasanya menyalin kulit skutnya semasa membesar.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Kura-kura Katup Timur ini dijumpai di timur Amerika Syarikat. Haiwan ini biasa ditemui di utara hingga ke selatan Maine serta selatan dan timur Michigan, selatan Florida, dari barat ke timur Kansas, Oklahoma, dan Texas. Di bahagian utara, mereka juga dijumpai berada di tanah-tanah yang berketinggian 1,000 kaki ke atas, manakala di selatan mereka dijumpai di kawasan berketinggian 6,000 kaki. Haiwan ini jarang diumpai kawasan Tasik-Tasik Besar; walau bagaimanapun, populasi mereka jarang ditemui di kawasan berhampiran jalanraya. Di Midwest, mereka ialah spesies yang diberikan perhatian seperti di Ohio, manakala di Michigan dan Indiana mereka diberikan Perhatian Khas . Haiwan ini memilih kawasan hutan, dengan kelembapan sederhana pada bahagian lantai hutan. Haiwan ini juga dijumpai di kawasan rumput bersemak, ladang ternakan, atau di balik longgokan kayu pada tanah basah dan lembap. Kadangkala mereka dijumpai membasahkan diri di dalam tasik cetek dan lumpur, terutamanya ketika cuaca panas. Walau bagaimanapun, haiwan ini akan tenggelam jika diletakkan di dalam air yang terlalu dalam.[5]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Proses pembiakan bermula ketika penghujung musim bunga, musim panas, dan awal-awal bulan musim luruh. Namun proses bertelur bermula pada bulan Mei dan Jun atau ketika musim hujan. Selepas menemui pasangan mengawan, mereka akan melalui tiga fasa. Semasa proses penyuburan, kura-kura betina mula mencari kawasan untuk membina sarang yang sesuai. Pemilihan kawasan sarang sangat penting bagi pembentukan telur, terutamanya melibatkan suhu dan kehadiran pemangsa. Suhu mempengaruhi jantina anak kura-kura yang bakal lahir, kadar pertumbuhan, dan juga kesihatannya. Kura-kura betina menggunakan kaki belakang untuk mengorek tanah dan proses ini mengambil masa selama 2 hingga 6 jam. Telur yang telah dihasilkan kemudian ditanam dalam kedudukan tertentu. Bentuk telurnya bujur, 3 cm panjang, berwarna putih krim. Sarang kemudiannya ditutup dengan tanah, rumput atau daun.[6] Kura-kura betina boleh bertelur di mana-mana sahaja dengan satu atau lima kali penetasan sebanyak 1 hingga 9 biji setahun. Kura-kura betina menyimpan sperma jantan di bahagian oviduktusnya selama beberapa tahun sehingga keadaan mengizinkan ia bertelur. Proses pengeraman dipengaruhi oleh suhu dan proses penetasan bermula sama ada 50 ke 70 hari.[7][4]

Diet[sunting | sunting sumber]

Tabiat pemakanan kura-kura ini bergantung kepada citarasa individunya, cuaca, pencahayaan dan persekitaran. Tidak seperti haiwan berdarah panas, metabolisme mereka tidak mempengaruhi selera; sebaliknya mereka mengurangkan aktiviti fizikal dengan memasukkan seluruh anggota badan ke dalam cangkerang, berhenti makan sehingga keadaan pulih sediakala.

Kura-kura liar lebih cenderung bersifat maserba. Makanan mereka terdiri daripada pelbagai jenis seperti cacing tanah, siput, lintah, larvae, kumbang, beluncas, rumput, buah gugur, beri, cendawan, bunga, rumpai, dan udang kecil. Kajian oleh Jug Bay Wetlands Sanctuary di Maryland menunjukkan kura-kura ini juga makan burung-burung yang terperangkap pada jaring. Namun, biasanya mereka akan memilih makanan yang dilihat menarik, seperti burger atau telur, walaupun kadangkala makanan tersebut tidak sihat pada mereka.[4] Kura-kura ini dikatakan makan makanan beracun seperti kulat menjadikan masyarakat asli tidak menyukai daging mereka. Terdapat teori yang menyatakan kura-kura muda bersifat maging berbanding dewasa. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan ini.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b van Dijk, P.P. (2011). "Terrapene carolina". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T21641A97428179. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T21641A9303747.en. Dicapai 24 December 2017. 
  2. ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 197–198. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai 29 May 2012. 
  3. ^ Fredericksen, Todd S. (2014). "Thermal Regulation and Habitat Use of the Eastern Box Turtle in Southwestern Virginia". Northeastern Naturalist. 21: 554–564. doi:10.1656/045.021.0406 – melalui UGA. 
  4. ^ a b c Dodd, C. Kenneth (2001). North American Box Turtles: A Natural History. University of Oklahoma Press. ISBN 0806135018. 
  5. ^ http://www.chelonia.org/articles/TerrapenecareSZ.htm
  6. ^ Congello, Karin (1978). "Nesting and egg laying behavior in Terrapene carolina". Proceedings of the Pennsylvania Academy of Science. 52: 51–56. 
  7. ^ Burke, Russell L. (2011). "Nesting ecology and hatching success of the eastern box turtle, Terrapene carolina, on Long Island, New York". The American Midland Naturalist. hari: 137–142. doi:10.1674/0003-0031-165.1.137. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]