Terumbu Sawar Belize

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terumbu Sawar Belize
ترومبو ساور بليز
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliSistema de Reservas de la Barrera del Arrecife de Belice
Sebahagian dari
Sistem Terumbu Sawar Mesoamerika Sunting ini di Wikidata
TermasuklahHalf Moon
Kai Laughing Bird
Kai Sapodilla
Lubang Biru Besar
Rizab Marin Kai South Water
Taman Negara dan Rizab Marin Bacalar Chico
Terumbu Glover Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1996 (sesi ke-20)
Keluasan96,300 he (1.037×1010 ka2)
Maklumat lokasi
LokasiBelize, Belize Sunting ini di Wikidata
Koordinat17°15′45″N 88°03′10″W / 17.2625°N 88.0528°W / 17.2625; -88.0528
Terumbu Sawar Belize is located in Bumi
Terumbu Sawar Belize
Terumbu Sawar Belize (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terumbu Sawar Belize ialah satu siri terumbu karang yang merentangi pesisir pantai Belize, kira-kira 300 meter (980 ka) di luar pesisir di utara dan 40 kilometer (25 bt) di selatan dalam batas negara. Terumbu sawar ini merupakan bahagian sepanjang 300 kilometer (190 bt) daripada 900 kilometer (560 bt) Sistem Terumbu Karang Mesoamerika, yang bersambungan dari Cancún di hujung timur laut Semenanjung Yucatán melalui Riviera Maya dan turun hingga Honduras, menjadikannya sistem terumbu karang kedua terbesar di dunia selepas Terumbu Sawar Besar di Australia. Terumbu Sawar Belize merupakan destinasi pelancongan utama di Belize, terkenal dengan selam skuba dan permukaan, yang menarik hampir separuh daripada 260,000 pengunjungnya. Ia juga penting kepada industri perikanan negara.[1]

Charles Darwin menggambarkannya sebagai "terumbu karang yang paling luar biasa di Hindia Barat" pada tahun 1842.

Selain daripada terumbu sawarnya, ia juga mempunyai tiga atol Caribbean yang berbeza: Atol Turneffe, Terumbu Glover dan Terumbu Lighthouse. Terumbu Lighthouse ialah kawasan penyelaman paling timur di Belize yang menempatkan Lubang Biru Besar, menjadi terkenal oleh Jacques Cousteau pada tahun 1970; Atol Turneffe berada secara terus ke timur Bandaraya Belize dan merupakan atol yang paling hampir dengan bandar itu. Terumbu karang yang berbeza ini menyediakan peluang selam skuba yang pelbagai termasuklah tembok, mercu dan pamah terumbu yang terletak di seluruh kawasan laut.[2]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Terumbu Sawar Belize merupakan rumah kepada pelbagai tumbuhan dan binatang:

  • 70 spesies karang keras
  • 36 spesies karang lembut
  • 500 spesies ikan
  • beratus-ratus spesies invertebrata

Dengan 90% daripada terumbu karang masih perlu dikaji, dianggarkan hanya 10% daripada semua spesies telah ditemui.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harrabin, Roger (12 Jun 2006). "Reef at forefront of CO2 battle". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2012. Dicapai pada 21 Oktober 2011.
  2. ^ "Diving in Belize". Dive-The-World.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2015.
  3. ^ Wells, Sue. "Belize Barrier Reef Case Study". Westminster.edu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2013. Dicapai pada 21 Oktober 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]