Terumbu Sawar Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Great Barrier Reef
Terumbu Sawar Besar yang berada di luar persisiran negeri Queensland
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Lokasi , Queensland , Australia Sunting ini di Wikidata
Koordinat 18°17′10″S 147°42′00″E / 18.286111111111°S 147.7°E / -18.286111111111; 147.7
Kawasan
Termasuk
Kriteria vii, viii, ix, x
Rujukan 154
Inscription 1981 (Ke-5 Session)
Laman web www.gbrmpa.gov.au

Terumbu Sawar Besar (Bahasa Inggeris: Great Barrier Reef) ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia[1] yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km².[2] Terumbu ini terletak di Laut Karang di persisir Queensland, timur laut Australia.

Terumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas[3] dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang.[4] Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.[1] CNN telah melabelkannya sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia.[5] Queensland National Trust telah menamakannya sebagai ikon negeri Queensland.[6]

Sebahagian besar terumbu ini dilindungi oleh Taman Laut Terumbu Sawar Besar, yang membantu mengurangkan impak akibat kegunaan manusia seperti penangkapan ikan berlebihan dan pelancongan. Tekanan lain ke atas terumbu ini dan ekosistemnya termasuklah kualiti aliran air masuk, perubahan iklim yang diikuti dengan pemutihan karang secara besar-besaran dan kemunculan berkala tapak sulaiman berduri.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Protected Areas and World Heritage - Great Barrier Reef World Heritage Area". Pusat Pemantauan Sedunia bagi Aktiviti Pemuliharaan UNEP. Dicapai pada 21-09-2008. 
  2. ^ "Great Barrier Reef Travel Guide". Fodor's. Dicapai pada 21-08-2008. 
  3. ^ Sarah Belfield (08-02-2002). "Great Barrier Reef: no buried treasure". Geoscience Australia (Kerajaan Australia). Dicapai pada 21-08-2008. 
  4. ^ Sharon Guynup (04-09-2000). "Australia's Great Barrier ReeF". Science World. Diarkibkan daripada original pada 2012-07-08. Dicapai pada 21-08-2008. 
  5. ^ "The Seven Natural Wonders of the World". CNN. 11-11-1997. Dicapai pada 21-08-2008. 
  6. ^ "Queensland Icons". National Trust Queensland. 2006. Dicapai pada 21-08-2008.