Tetra Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tetra Skirt Hitam
02.Gymnocorymbus ternetzi.JPG
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
G. ternetzi
Nama binomial
Gymnocorymbus ternetzi
(Boulenger, 1895)

Tetra Hitam (Gymnocorymbus ternetzi) juga dikenali sebagai tetra skirt hitam adalah sejenis spesies ikan air tawar dari keluarga characin (keluarga Characidae) (yang mana termasuk kesemua tetra, termasuk piranha), dari order Characiformes. Tetra berasal dari lembangan Sungai Paraguay dan Guapore di selatan Brazil, Argentina, dan Bolivia.

Tetra Hitam boleh membesar sehingga kira-kira 6 cm (2.5 in) panjang. Badannya berbentuk tetragonal dan berwarna kelabu-kelabuan, pudar di bahagian mulut dan hampir berwarna hitam-kehitaman di ekornya. Dua jalur menegak yang berwarna hitam jelas kelihatan di sisi badannya. Ia merupakan ikan yang hidup berkelompok, dan memerlukan sekurang-kurangnya 6 ekor dalam satu kumpulan.

Tetra Hitam memakan krustacean kecil, serangga dan cacing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Gymnocorymbus ternetzi. FishBase. Ed. Ranier Froese dan Daniel Pauly. Versi October 2004. N.p.: FishBase, 2004.
  • "Gymnocorymbus ternetzi". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 5 December 2004.
  • Templat:Http://www.peteducation.com/article.cfm?cls=16&cat=1955&articleid=2531
  • Innes, Dr William T. Exotic Aquarium Fishes. T.H.F. Publications, Inc, 1979.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]