Thích Quảng Đức

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Thích
Quảng Đức
Fail:Thich Quang Duc.png
Agamaagama Buddha Mahayana
Nama lainBồ Tát Thích Quảng Đức
(Bodhisattva Thích Quảng Đức)
Personal
Lahir1897
Hội Khánh, Indochina Perancis
Meninggal dunia11 Jun 1963(1963-06-11) (umur 65–66)
Saigon, Vietnam Selatam
Senior posting
Based inSouth Vietnam
GelaranBuddhist monk
Period in office1917–1963
Religious career
Ordination1917
PostChairman of the Panel on Ceremonial Rites of the Congregation of Vietnamese Monks
Abbot of the Phước Hòa pagoda

Thich Quang Duc (1897 – 11 Jun 1963; nama lahir: Lâm Văn Túc, kemudiannya Nguyễn Văn Khiết) merupakan seorang sami Buddha yang membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap pemerintah pimpinan Presiden Vietnam Selatan Ngô Đình Diệm. yang menindas majoriti bergama Buddha di negara tersebut

Insiden bakar diri[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ngô Đình Diệm seorang Kristian Katolik mengamalkan dasar-dasar yang menindas terhadap warga Vietnam yang beragama Buddha. Penganut Buddha dilayan seperti rakyat kelas kedua walaupun mereka terdiri dari 80% penduduk Vietnam Selatan. Ramai pegawai kerajaan Vietnam Selatan menganut agama Katolik semata-mata untuk memastikan mereka tidak dipecat. Bantuan bekalan senjata untuk militia pedalaman diutamakan untuk kampung-kampung majoriti Katolik, sehingga ada kampung yang terpaksa memeluk agama tersebut secara besar-besaran kerana terdesak meminta bantuan.[1] Para penganut Kristian dikecualikan secara de facto menjalani kerja buruh wajib pemerintah (corvée),[2] malah pihak Gereja Katolik merupakan pemilik tanah besar di negara tersebut.[3] Bendera Buddha tidak boleh dikibarkan pada Hari Wesak tetapi bendera Kota Vatikan boleh dikibarkan semasa hari keraian Katolik, pengharaman ini lebih diburukkan memandangkan pengibaran bendera agama dibenarkan sewaktu pertabalan Ngô Đình Thục, abang Diệm, sebagai Ketua Uskup Huế.[4]

Pembakaran diri[sunting | sunting sumber]

Sami Thich Quang Duc membakar diri beliau di atas jalan di bandar Saigon pada 11 Jun 1963. Pada hari tersebut beliau dan 350 sami Buddha yang lain berarak beramai-ramai membawa sepanduk bertulis yang mengecam polisi-polisi pemerintah Diệm terhadap penganut Buddha serta menuntut lesamarataan beragama dalamkalangan Republik Vietnam.[5] Seorang sami yang lain menawarkan diri pada asalnya untuk membakar diri sebagai ganti, namun Đức tetap dipilih kerana lebih alim atau tua.[6] . Setibanya di persimpangan jalan berhampiran Istana Presiden, Sami Thich Quang Duc keluar dari kereta yang dinaikinya. Seorang sami lain meletakkan bantal di atas jalan di mana Duc duduk bersila di atasnya dan bertafakur. Seorang lagi sami menuangkan 5 galon minyak petrol ke atas tubuh Duc sambil beliau mengucap mantera memuji Buddha, sebelum Duc menyalakan mancis dan membakar dirinya.[7]

Gambar wartawan Malcolm Browne mengenai Quang Duc semasa pembakaran dirinya; gambar yang sama memenangi Gambar Akhbar Sedunia 1963.

Thich Quang Duc terbakar dengan marak tetapi menurut saksi yang hadir beliau langsung tidak bergerak dari kedudukannya mahupun bersuara.[8] Semasa beliau terbakar pihak polis cuba memadamkan api tetapi sami-sami yang berarak berjaya menghalang mereka. Apabila api semakin marak orang ramai dan juga beberapa orang polis mula sebak menyembah Thich Quang Duc yang sudah hangus terbakar. Seorang sami berucap kepada orang ramai (dalam bahasa-bahasa Inggeris dan Vietnam) berkata: "seorang sami Buddha membakar dirinya sehingga mati. Sami ini telah mati menjadi martir."[note 1] Selepas 10 minit api terpadam dengan sendirinya. Mayat Duc dibalut dengan kain kuning dibawa ke Tokong Xá Lợi di pusat Saigon oleh sami-sami yang lain untuk dibakar dengan sempurna. Rombongan pelajar yang berada di depan tokong tersebut membawa sepanduk menyatakan "seorang Sami Buddha membakar dirinya untuk lima permintaan kami."[5]

Sepucuk surat ditulis Duc sebagai warkah terakhirnya dibacakan tidak lama sepeas kematian beliau:

"Sebelum saya menutup mata saya ke arah matlamat si Buddha, saya ingin dengan hormatnya merayu kepada Presiden Ngo Dinh Diem agar bersimpatilah terhadap rakyat negara ini serta mengenakan kesamarataan beragama agar tanah air dikekalkan kekuatannya selamanya. Saya menyeru kepada para sami, ahli-ahli sangha dan penganut biasa yang dihormati agar bersatu mempertahankan agama Buddha."[note 2]

Lapan hari kemudian jasad Thich Quang Duc dibakar sekali lagi dalam sebuah upacara pengebumian beliau. Suatu keajaiban berlaku di mana jantung beliau tidak terbakar walaupun bahagian tubuh beliau yang lain terbakar menjadi abu.[6] Para penganut Buddha Vietnam percaya ini petanda beliau seorang yang berjiwa suci, maka beliau diangkat menjadi seorang Bodhisattva (Bồ Tát),[9][10] sebuah pangkat seakan wali dalam agama Buddha. Jantung tersebut dijadikan suatu peninggalan yang kini disimpan dalam Tokong Xá Lợi.[11] Beribu-ribu warga Saigon juga mengaku melihat wajah Buddha menangis di atas langit pada petang hari kematian Duc.

Pihak pemerintah Vietnam Selatan sendiri cuba merampas abu dan jantung beliau tetapi tidak berjaya. Pelbagai taktik digunakan pemerintahan Diệm untuk menghalang penganut Buddha dari bangkit mementang kerajaan. Gambar yang diambil oleh Malcolm Browne menjadi tersebar ke seluruh dunia lalu menjadi simbol penentangan terhadap rejim Diệm; Malcolm sendiri memenangi Hadiah Pulitzer dalam kategori Gambar Tahunan Terbaik atas impak penangkapan gambar tersebut.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Teks asal: "A Buddhist priest burns himself to death. A Buddhist priest becomes a martyr."
  2. ^ Teks asal: ...Trước khi nhắm mắt về cảnh Phật, tôi trân trọng kính gởi lời cho Tổng thống Ngô Đình Diệm nên lấy lòng bác ái từ bi đối với quốc dân và thi hành chánh sách bình đẳng tôn giáo để giữ vững nước nhà muôn thủa. Tôi tha thiết kêu gọi chư Đại Đức Tăng Ni và Phật tử nên đoàn kết nhất trí hy sinh để bảo tồn Phật giáo...[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buttinger, p. 993
  2. ^ Jacobs p. 91
  3. ^ Karnow, p. 294
  4. ^ Miller, Edward (2013). Misalliance: Ngo Dinh Diem, the United States, and the Fate of South Vietnam. Boston: Harvard University Press. m/s. 266. ISBN 978-0-674-07298-5. 
  5. ^ a b Jacobs 2006, halaman 147
  6. ^ a b Karnow 1997, halaman 297
  7. ^ Browne 1963
  8. ^ Halberstam 1965, halaman 211
  9. ^ a b Thích Nguyên Tạng 2005
  10. ^ Huỳnh Minh 2006, halaman 266
  11. ^ Jacobs 2006, halaman 148

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]