Biksu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang bhiksu di Sri Lanka

Biksu[1] (Jawi: بيقسو, dari Sanskrit: भिक्षु bhikṣu "peminta-minta, agamawan";[2] bentuk feminin: biksuni[3]), biku (Jawi: بيکو‎)[4] atau kadangkala juga sebagai sami (Jawi: سامي‎) merupakan individu yang mengabdikan diri dalam lingkungan biara untuk ajaran-ajaran dibawakan Gautama Buddha baik yang beraliran Mahayana mahupun Theravada. Pengabdian diri ini dianggap sebagai suatu bentuk paling tertinggi yang mampu dilakukan manusia agar dapat mencapai tahap kebahagiaan dan kesucian tinggi melalui peninggalan segala benda dan godaan duniawi.[5]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Dua-dua jantina lelaki dan perempuan boleh menjadi biksu selagi diri dalam keadaan waras, sihat dan sedar akan tanggungjawab segala pekerjaan yang ingin dilakukan.[5] Individu yang rela memasuki kebiksuan juga perlu melepaskan segala harta benda seperti wang malah pasangan (jika ada) hendaklah dipisahkan.[5]

Tampungan[sunting | sunting sumber]

Para biksu menerima derma orang ramai di Luang Prabang, Thailand.

Menurut aturan yang ditetapkan Vinaya Pitaka, para biksu diminta bergantung kepada pemberian orang ramai agar mendorong diri menilai setakat mana keperluan sendiri yang betul-betul hendak dipenuhi[6] sambil orang ramai memberikan sokongan melepaskan ("menderma") kepentingan mereka menyokong para sami biksu mengerjakan kewajiban mereka.[7] Terdapat empat barangan keperluan yang perlu dipersembahkan kepada mereka (चत्वारः प्रत्यय catvarā pratyaya):[7]

  • makanan - diberikan antara waktu fajar dan tengah hari. Pemakanan sayuran sangat digalakkan.[6]
  • pakaian - sebaiknya kain kapas biasa yang boleh dijahit dan diwarnakan bersesuaian sebagai persalinan (kasaya) [6]
  • tempat berteduh - ruang yang cukup memadai di mana ia memberikan keselesaan kepada kediaman biksu tetapi tidak berupa mewah dan membazir. Seorang sami duduk berasingan dari perempuan, malah tidak menghuni tempat sama selepas tiga hari jika dalam bilik sama[6] Ada juga sami yang lazim mendiami tokong atau biara yang khusus untuk mereka
  • ubatan - boleh dalam bentuk yang menyembuhkan penyakit, yang menyegarkan badan (seperti teh) atau yang mampu menghilangkan lapar yang mampu mengancam nyawa. [6]

Barangan lain yang mungkin boleh dipenuhi seiring keperluan sezaman (seperti alatan menulis, menjahit, mengemas diri dan sebagainya) juga boleh disumbangkan.[6]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "biksu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 756. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 34–35.
  3. ^ "biksuni". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ "biku". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  5. ^ a b c Namri Sidek (15 November 2017). "Apa Yang Sami Buddha Buat Setiap Hari". Iluminasi. Dicapai pada 15 Mei 2021.
  6. ^ a b c d e f "Lay Guide to the Monk's Rules". The Buddhist World. Buddha Dharma Education Association.
  7. ^ a b Sumangala (2001). "Doktrin: Menghormati Bhikkhu". Pengenalan kepada Buddhisme.