The Chronicles of Narnia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mendiang C. S. Lewis

The Chronicles of Narnia atau Riwayat Narnia merupakan sebuah siri yang mengandungi tujuh cerita fantasi kanak-kanak yang ditulis oleh C. S. Lewis. Ia dikelaskan sebagai sastera klasik kanak-kanak dan juga dikatakan sebagai hasil kerja terbaik pengarang tersebut. Lebih 95 juta naskhah salinan buku telah dijual dalam lebih 40 buah bahasa. Siri tersebut telah dikarang di antara tahun 1950 dan 1956. The Chronicles of Narnia mengandungi unsur Kristian dan meminjamnya dari mitos Yunani dan Rom serta diselitkan juga dongengan Inggeris. Siri buku itu telahpun diadaptasi ke siaran radio, televisyen, pementasan dab filem.

Babad (siri/hikayat berdasarkan masa) ini mempersembahkan pengembaraan dan penjelajahan kanak-kanak yang memainkan peranan sebagai orang tengah dalam membongkar sejarah yang tersirat di sebalik Narnia, iaitu tempat di mana haiwan berkata-kata, sihir adalah perkara biasa dan pertembungan di antara baik dan jahat.


Buku-buku[sunting | sunting sumber]

Buku-buku yang melengkapi satu siri The Chronicles of Narnia telah disusun mengikut penerbitan asal (lihat susunan bacaan di bawah). Siri ini merupakan hasil kerja yang paling popular oleh C.S. Lewis setakat ini dan telah terjual lebih dari 95 naskhah salinan dalam lebih dari 40 bahasa.



The Lion, the Witch and the Wardrobe (1950)[sunting | sunting sumber]

The Lion, the Witch and the Wardrobe yang bermaksud Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, yang asalnya adalah (The Chronicles of Narnia: the Lion, the Witch and the Wardrobe) diterbitkan pada 1950, menceritakan kisah empat orang kanak-kanak biasa, Peter, Susan, Edmund dan Lucy Pevensie. Mereka menemui benua ajaib Narnia, dan membantu membebaskan tanah itu dari belenggu kejahatan Penyihir Putih (White Witch). Mereka turut dibantu oleh beberapa makhluk lain seperti Aslan si Singa, penjaga Narnia. Kisah ini berakhir dengan pertarungan menentang kuasa penyihir itu.

Prince Caspian (1951)[sunting | sunting sumber]

Diterbitkan pada 1951, Prince Caspian atau Putera Caspian (nama penuhnya The Chronicles of Narnia: Prince Caspian: The Return to Narnia) mengisahkan kembalinya adik-beradik Pevensie ke Narnia buat kali kedua apabila mereka mendapati seorang raja yang jahat dari Telmar telah menguasai Narnia. Pemerintah asing ini cuuba membunuh semua membunuh makhluk ajaib di Narnia tetapi masih terdapat banyak lagi yang bersembunyi di ceruk pendalaman. Keempat-empat kanak-kanak itu cuba membantu Putera Caspian yang masih muda menguruskan tentera Haiwan yang Bertutur, dan, dengan pertolongan sang singa yang hebat, Aslan, Narnia sekali lagi dibebaskan dari belenggu kejahatan.

The Voyage of the Dawn Treader (1952)[sunting | sunting sumber]

Diterbitkan pada 1952, The Voyage of the Dawn Treader atau Pelayaran Pengembara Subuh atau asalnya bertajuk (The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader) menyaksikan kembalinya Edmund dan Lucy Pevensie, bersama-sama sepupu mereka yang sombong, Eustace Scrubb, ke Narnia. Mereka menemani Raja Caspian dalam pelayaran mencari tujuh raja yang dihalau apabila bapa saudara Caspian yang kejam, Miraz merampas takhta. Perjalanan yang berbahaya ini menemukan mereka dengan pelbagai keajaiban dan kedahsyatan apabila mereka belayar menuju ke negara Aslan di hujung dunia.

The Silver Chair (1953)[sunting | sunting sumber]

The Silver Chair atau Kerusi Perak atau tajuk asalnya (The Chronicles of Narnia: The Silver Chair) adalah buku pertama tanpa kanak-kanak dari adik-beradik Pevensie. Kali ini, Aslan menyeru Eustace kembali ke Narnia bersama rakan sekolahnya, Jill Pole. Di sana, mereka diberikan empat pembayang untuk mencari Putera Rilian yang hilang. Eustace dan Jill berhadapan dengan bahaya sebelum menjumpai Rilian dan membebaskannya dari jampi Penyihir Zamrud.

The Horse and His Boy (1954)[sunting | sunting sumber]

The Horse and His Boy atau Kuda dan Budaknya yang buku asalnya diterbitkan pada 1954, (The Chronicles of Narnia: The Horse and His Boy) menceritakan kisah Bree, kuda yang bercakap, dan Shasta, seorang kanak-kanak lelaki yang diperhambakan di sebuah negeri ke Selatan Narnia. Pada suatu hari, mereka bertemu dan merancang untuk kembali ke Narnia dan bebas. Dalam perjalanan mereka, mereka menjumpai Calormenes yang akan menakluk Narnia dan memberikan amaran. Riwayat ini berlaku ketika pemerintahan Adik-Beradik Pevensie sebagai Raja dan Permaisuri Narnia.

The Magician's Nephew (1955)[sunting | sunting sumber]

Diterbitkan pada 1955, The Magician's Nephew atau Anak Saudara Penyihir atau tajuk asalnya (The Chronicle of Narnia: The Magician's Nephew) membawa kita kepada permulaan Narnia iaitu kita akan mengetahui bagaimana Aslan mencipta dunia itu dan bagaimana kejahatan mula-mula memasuki tanah ajaib itu. Banyak misteri Narnia terbongkar apabila beberapa orang kanak-kanak yang lain muncul di Narnia secara tidak sengaja melalui cara yang berbeza dari Riwayat Narnia yang lain.

The Last Battle (1956)[sunting | sunting sumber]

Kisah yang diterbitkan pada 1956 dan memenangi Pingat Carnegie, The Last Battle atau Pertarungan Terakhir atau asalnya (The Chronicles of Narnia: The Last Battle) merupakan riwayat pengakhiran dunia Narnia. Jill dan Eustace kembali ke Narnia untuk membantu menyelamatkannya dari penakluk yang khianat dan Aslan yang palsu.


Susunan bacaan[sunting | sunting sumber]

Peminat buku ini memberikan pendapat tentang turutan sebenar buku-buku ini. Apabila buku-buku ini diterbitkan, ia tidak dinomborkan. Penerbit berbangsa Amerika yang pertama, Macmillan, meletakkan nombor pada setiap buku seperti susunan yang asal ketika terbitkan. Apabila HarperCollins mengambil alih siri ini, buku-buku disusun semula menggunakan kronologi jalan cerita seperti yang dicadangkan oleh anak tiri Lewis sendiri, Douglas Gresham.

Susunan asal vs. Susunan kronologi
Susunan asal Susunan kronologi
The Lion, the Witch and the Wardrobe    The Magician's Nephew
Prince Caspian The Lion, the Witch and the Wardrobe   
The Voyage of the Dawn Treader The Horse and His Boy
The Silver Chair Prince Caspian
The Horse and His Boy The Voyage of the Dawn Treader
The Magician's Nephew The Silver Chair
The Last Battle The Last Battle


Gresham memetik kata-kata Lewis dalam surat yang dibalas kepada peminat dari Amerika pada 1957 yang berbalah dengan ibunya tentang susunan:

"Saya rasa saya setuju dengan susunan kamu (secara kronologi) yang membaca buku itu lebih dari ibu kamu. Siri ini tidak dirancang sebelum itu seperti yang difikirkannya. Ketika saya menulis Sang Singa, saya tidak tahu yang saya akan menulis lagi. Kemudia saya menulis P. Caspian sebagai sekuel dan saya masih tidak fikir yang akan ada lagi yang lain, dan apabila saya siap dengan Pelayaran saya agak yakin yang ia adalah terakhir. Tetapi saya mendapati yang saya silap. Jadi, harap ia tidak mengambil kisah susunan yang mana orang baca. Saya turut tak yakin yang lainnya juga ditulis sama dengan turutan apabila diterbitkan." (Dorsett & Mead: 1996)

Perumpamaan Kristian[sunting | sunting sumber]

Perumpamaan Kristian tertentu mungkin dapat ditemui dalam entri untuk buku-buku dan watak-watak individu.

Walaupun beliau tidak berniat untuk berbuat demikian, dalam proses menulis karya-karya fantasinya, Lewis (seorang dewasa yang memeluk agama Kristian) mendapati dirinya memasukkan konsep-konsep teologi Kristian ke dalam cerita-cerita tersebut. Beliau menulis dalam Of Other World:

"Sesetengah orang kelihatan menyangka bahawa saya bermula dengan bertanya kepada diri saya sendiri bagaimana saya dapat berkata sesuatu mengenai agama Kristian kepada kanak-kanak; kemudian memasangnya terhadap cerita dongeng sebagai satu alat, kemudian mengumpulkan maklumat mengenai psikologi kanak-kanak dan memutuskan kumpulan usia mana yang saya akan tujukan tulisan saya ini; kemudian menyenaraikan kebenaran-kebenaran Kristian asasi dan menempa 'kiasan-kiasan' untuk menjelmakan mereka. Semua ini adalah benar-benar tuduhan melulu. Saya tidak mampu menulis sebegitu. Semuanya bermula dengan bayangan; seekor faun membawa payung, seorang ratu di atas kereta luncur, seekor singa yang tampan. Pada mulanya tiada sesuatu yang bersifat Kristian mengenai mereka; unsur tersebut mendorong dirinya sendiri tanpa dipaksa."

Lewis, seorang pakar dalam subjek kiasan, mempertahankan bahawa buku-buku itu bukanlah kiasan dan lebih gemar menggelar aspek-aspek Kristian dalam buku-buku tersebut sebagai "bersifat tanggapan" semata-mata. Ini serupa dengan apa yang kita sekarang gelar sebagai dunia-dunia perumpamaan . Lewis menulis sepucuk surat kepada Puan Hook pada Disember 1958:

Sekiranya Aslan melambangkan tuhan yang niskala sama seperti Giant Despair [satu watak dalam The Pilgrim's Progress ] melambangkan kekecewaan, dia mungkin adalah tokoh kiasan. Hakikatnya, bagaimana pun, dia adalah satu ciptaan yang memberikan jawapan khayalan terhadap soalan, 'Apa yang terjadi kepada al-Masih jika sebenarnya terdapat sebuah dunia seperti Narnia, dan Dia memilih untuk dijelmakan semula dan mati dan kemudian dihidupkan kembali dalam dunia itu sebagaimana apa Dia lakukan sebenarnya dalam dunia kita ini?' Ini sama sekali bukan kiasan"

Dengan penayangan filem Disney 2005 wujud perhatian baru terhadap perumpamaan Kristian yang ditemui dalam buku-buku tersebut. Sesetengah mereka mendapatinya tidak begitu menyenangkan, sementara sesetengah yang lain menyatakan bahawa semua perumpamaan itu sukar ditemui sekiranya seseorang tidak begitu biasa dengan agama Kristian. Alan Jacobs, penulis buku The Narnian:The Life and Imagination of C.S. Lewis, bulat-bulat menyatakan bahawa Lewis telah menjadi "buah catur dalam perang budaya Amerika". Sesetengah orang Kristian melihat Riwayat Narnia itu sebagai alat sangat baik untuk kegiatan dakyah dan mubaligh Kristian. Banyak buku yang telah ditulis menarik perhatian terhadap perumpamaan Kristian dalam Riwayat Narnia itu.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]