The Disaster Artist (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Disaster Artist
PengarahJames Franco
Penerbit
Lakon layar oleh
BerdasarkanThe Disaster Artist: My Life Inside The Room, the Greatest Bad Movie Ever Made oleh
Greg Sestero
Tom Bissell
Dibintangi oleh
Muzik olehDave Porter
SinematografiBrandon Trost
Disunting olehStacey Schroeder
Syarikat
penerbitan
Pengedar
Mula ditayangkan
12 Mac 2017 (2017-03-12)(SXSW)
Disember 1, 2017 (AS)
Tempoh tayangan
103 minit[3]
NegaraAS
BahasaInggeris
Perbelanjaan$10 juta[4]
Pecah panggung$23.8 juta[5]

The Disaster Artist merupakan filem biografi dan komedi-drama Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan dan diterbitkan oleh James Franco. Ditulis oleh Scott Neustadter dan Michael H. Weber, filem ini berdasarkan buku bukan fiksyen Greg Sestero dan Tom Bissell dengan judul yang sama, berceritakan tentang pembikinan filem Tommy Wiseau pada tahun 2003 berjudul The Room, yang dianggap salah satu filem terburuk. Filem ini dibintangi oleh James dan Dave Franco sebagai Wiseau dan Sestero, disamping Seth Rogen (yang juga bertindak sebagai penerbit), Alison Brie, Ari Graynor, Josh Hutcherson, dan Jacki Weaver.

Filem ini telah ditayangkan di South by Southwest pada 12 Mac 2017, kemudiannya di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2017 pada 11 September dan Festival Filem Antarabangsa San Sebastián 2017 di mana filem ini menjadi filem Amerika Syarikat pertama yang memenangi hadiah utama, Golden Shell sejak A Thousand Years of Good Prayers pada tahun 2007.[6]

Diedarkan oleh A24 di Amerika Syarikat dan Warner Bros. Pictures untuk pasaran antarabangsa, The Disaster Artist telah diedarkan secara terhad pada 1 Disember 2017 sebelum pembukaan besar-besaran pada 8 Disember 2017. Filem ini menerima pujian dari para pengkritik filem terutama lakonan James Franco,[7][8] dan turut dipilih oleh National Board of Review sebagai salah satu filem terbaik 2017.[9] James Franco telah menangi Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal atau Komedi semasa Anugerah Golden Globe ke-75 selain menerima pencalonan untuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi.[10]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Rechtshaffen, Michael (March 13, 2017). "'The Disaster Artist': Film Review | SXSW 2017". The Hollywood Reporter. Dicapai May 15, 2017. 
  2. ^ McNary, Dave (May 15, 2017). "James Franco Comedy 'The Disaster Artist' Gets Awards-Season Release From A24". Variety. Dicapai May 16, 2017. 
  3. ^ "The Disaster Artist". British Board of Film Classification. Dicapai December 7, 2017. 
  4. ^ Anthony D'Alessandro (December 8, 2017). "Portrait Of A 'Disaster Artist': James Franco Movie A Hot Ticket This Weekend At The B.O." Deadline.com. Dicapai December 8, 2017. 
  5. ^ "The Disaster Artist (2017)". Box Office Mojo. Dicapai January 4, 2018. 
  6. ^ Hopewell, John; Lang, Jamie (September 30, 2017). "James Franco's 'The Disaster Artist' Wins San Sebastian". Variety. Dicapai September 30, 2017. 
  7. ^ "'The Disaster Artist' Is A Masterpiece For Fans Of 'The Room,' But What About Everyone Else? [SXSW Review]". theplaylist.net. March 14, 2017. Dicapai October 23, 2017. 
  8. ^ Entertainment.ie. "James Franco's Tommy Wiseau-biopic The Disaster Artist is getting great reviews". entertainment.ie. Dicapai October 23, 2017. 
  9. ^ "National Board of Review Announces 2017 Award Winners". National Board of Review. November 28, 2017. Dicapai December 7, 2017. 
  10. ^ Rubin, Rebecca (December 11, 2017). "Golden Globe Nominations: Complete List". Variety. Dicapai December 11, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]