Josh Hutcherson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Josh Hutcherson
Josh Hutcherson smiling, wearing an open patterned brown and tan flannel, with a brown shirt underneath
Hutcherson pada tahun 2015
Kelahiran
Joshua Ryan Hutcherson

(1992-10-12) 12 Oktober 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–sekarang

Joshua Ryan "Josh" Hutcherson (lahir Oktober 12, 1992) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Hutcherson memulakan karier lakonannya pada awal era 2000an, muncul dalam beberapa komersial dan filem kecil serta peranan televisyen sebelum mendapat peranan besar pertamanya dalam House Blend. Peranan filem pertamanya adalah dalam Miracle Dogs (2003) disusuli dengan The Polar Express (2004) dan peranan suara dalam Howl's Moving Castle (2005).

Filem-filem awal Hutcherson yang lain termasuk Little Manhattan, Zathura, RV, Bridge to Terabithia, Journey to the Center of the Earth dan The Kids Are All Right. Pada tahun 2011, beliau mendapat watak utama sebagai Peeta Mellark dalam siri filem The Hunger Games. Beliau juga mempunyai peranan dalam Journey 2: The Mysterious Island dan peranan suara dalam filem animasi, Epic (2013).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Union, Kentucky pada Oktober 12, 1992, Hutcherson merupakan anak kepada Michelle (née Fightmaster) dan Chris Hutcherson.[1][2] Beliau mempunyai seorang adik, Connor.[3][4][5] Beliau menghadiri Sekolah Rendah New Haven di Union sehingga beliau memulakan kariernya ketika berumur sembilan tahun dan mula bersekolah di rumah dengan ibunya sebagai guru.[6][7] Beliau kemudiannya kembali ke Kentucky untuk menghadiri Sekolah Tinggi Ryle untuk satu semester.[7][8]

Karier lakonan[sunting | sunting sumber]

2002–2010[sunting | sunting sumber]

Selepas berpindah ke Hollywood pada tahun 2002, Hutcherson muncul dalam pelbagai iklan televisyen.[1] Beliau mendapat peranan besar pertamanya sebagai Nicky Harper dalam House Blend disusui dengan peranan kecil dalam sebuah episod ER dan Becoming Glen.[9] Pada tahun berikutnya, beliau berlakon sebagai Charlie Logan filem televisyen, Miracle Dogs yang disiarkan di Animal Planet.[10] Kemudiannya pada tahun itu, beliau membintangi bersama Peter Falk dan Tim Daly dalam filem televisyen, Wilder Days.[11] Peranan seterusnya Hutcherson adalah dalam American Splendor.[12] Beliau juga mempunyai peranan dalam filem 2004, The Polar Express.[13] Filem ini dibintangi Tom Hanks dan menerima ulasan bercampur daripada pengkritik.[14] Dalam filem animasi, Howl's Moving Castle, beliau menyuarakan watak Markl.[15]

Pada tahun 2005, Hutcherson melakonkan watak Bucky Weston dalam Kicking & Screaming.[16] Beliau mempunyai peranan utama dalam Little Manhattan.[5][17] Beliau kemudiannya muncul sebagai watak utama dalam Zathura.[18] Hutcherson menerima Anugerah Artis Muda bagi kategori Lakonan Terbaik dalam Filem oleh Pelakon Lelaki Muda untuk peranannya dalam filem ini.[19]

Hutcherson kemudiannya muncul dalam filem komedi, RV pada awal tahun 2006, melakonkan watak Carl Munro.[20][21] Lakonan yang menyebabkan Hutcherson dikenali adalah sebagai Jesse Aarons dalam filem fantasi 2007, Bridge to Terabithia.[9] Hutcherson memenangi Anugerah Artis Muda bagi kategori Lakonan Terbaik dalam Filem oleh Pelakon Lelaki Muda keduanya untuk peranannya dalam filem ini. Peranan seterusnya Hutcherson adalah dalam Firehouse Dog (2007) dimana beliau melakonkan watak Shane Fahey. Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Hutcherson diterima baik oleh pengkritik.[22]

Pada tahun 2008, beliau muncul dalam Winged Creatures bersama Dakota Fanning[23] dan dalam Journey to the Center of the Earth, sebuah filem adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama.[24] Beliau muncul sebagai Steve "Leopard" Leonard dalam Cirque du Freak: The Vampire's Assistant[25] dan mempunyai peranan sokongan dalam The Kids Are All Right.[26][27] Filem ini memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi pada tahun 2010 dan dicalonkan untuk Gambar Terbaik di Anugerah Akademi ke-83.[28][29]

2011–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada April 4, 2011, Lionsgate mengumumkan bahawa Hutcherson telah dipilih untuk watak Peeta Mellark dalam siri The Hunger Games bertentangan Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen.[30][31] Filem pertama, The Hunger Games ditayangkan pada Mac 23, 2012 dan merupakan salah satu filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2012. Hutcherson menerima Anugerah Filem MTV bagi kategori Lakonan Lelaki Terbaik.[32]

Beliau juga melakonkan watak utama dan berperanan sebagai penerbit eksekutif dalam Detention dan The Forger.[33][34] Dalam Detention, beliau melakonkanw watak Clapton Davis.[35] Beliau menyambung wataknya sebagai Sean Anderson dalam filem 2012, sekuel kepada Journey to the Center of the Earth, Journey 2: The Mysterious Island.[36][37] Kemudiannya pada tahun 2012, beliau muncul dalam Red Dawn, buatan semula filem 1984 dengan tajuk yang sama.

Pada tahun 2013, Hutcherson menyuarakan watak Nod dalam filem animasi, Epic.[38][39] Beliau menyambung peranannya sebagai Peeta Mellark dalam The Hunger Games: Catching Fire. Hutcherson sekali lagi menyambung wataknya dalam kedua-dua bahagian filem adaptasi Mockingjay. The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ditayangkan pada November 21, 2014 dan Part 2 pada November 20, 2015.[40]

Hutcherson juga mempunyai peranan dalam Escobar: Paradise Lost yang ditayangkan pada Januari 16, 2015.[41]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Hutcherson pada tahun 2013
Tahun Tajuk Peranan Nota
2003 American Splendor Robin
2004 Motocross Kids TJ
2004 The Polar Express Young Hero Boy
2005 One Last Ride Joey
2005 Kicking & Screaming Bucky Weston
2005 Howl's Moving Castle Markl Peranan suara
2005 Little Manhattan Gabriel "Gabe" Burton
2005 Zathura: A Space Adventure Walter
2006 RV Carl Munro
2007 Bridge to Terabithia Jesse Aarons
2007 Firehouse Dog Shane Fahey
2008 Winged Creatures Jimmy Jaspersen
2008 Journey to the Center of the Earth Sean Anderson
2009 Cirque du Freak: The Vampire's Assistant Steve "Leopard" Leonard
2010 The Kids Are All Right Laser Allgood
2010 The Third Rule Chuck Filem pendek
2011 Detention Clapton Davis Juga penerbit eksekutif
2012 Journey 2: The Mysterious Island Sean Anderson
2012 The Hunger Games Peeta Mellark
2012 7 Days in Havana Teddy Atkins
2012 The Forger Joshua Mason Juga penerbit eksekutif
2012 Red Dawn Robert Kitner
2013 Epic Nod Peranan suara
2013 The Hunger Games: Catching Fire Peeta Mellark
2014 The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 Peeta Mellark
2015 Escobar: Paradise Lost Nick Brady Juga penerbit eksekutif
2015 The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Peeta Mellark
2016 In Dubious Battle Vinnie
2017 The Long Home Nathan Winer

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 Becoming Glen Young Glen Episod pertama
2002 House Blend Nicky Harper Episod pertama
2002 ER Matt Episod: "First Snowfall"
2003 The Division Matthew Inwood Episod: "Till Death Do Us Part"
2003 Miracle Dogs Charlie Logan Filem televisyen
2003 Wilder Days Chris Morse Filem televisyen
2003 Line of Fire Donny Rawlings Episod: "Take the Money and Run"
2004 Eddie's Father Eddie Corbett Episod pertama
2004 Party Wagon Toad E. Bartley Peranan suara; Filem televisyen
2004 Justice League Unlimited Van-El / Young Bruce Wayne Peranan suara; Episod: "For the Man Who Has Everything"
2010 The Third Rule Chuck Filem pendek
2012 Punk'd Diri sendiri Episod: "Lucy Hale"
2013 Saturday Night Live Hos Episod: "Josh Hutcherson/Haim"
2014 Face Off Tetamu Episod: "Let The Games Begin"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b White, Danny (2013). Jennifer, Liam, and Josh: An Unauthorized Biography of the Star of The Hunger Games. Michael O' Mara Books Limited. ISBN 978-1-78243-184-8.
  2. ^ Kiesewetter, John (October 19, 2003). "11-year-old finds sudden stardom". The Cincinnati Enquirer. Dicapai pada April 11, 2011.
  3. ^ "Fun Facts About Josh Hutcherson". The Ellen DeGeneres Show. February 8, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada December 4, 2013.
  4. ^ "Josh Hutcherson Biography". FYI. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-12. Dicapai pada December 4, 2013.
  5. ^ a b "Josh Hutcherson: Full Biography". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  6. ^ Bird, Rick (April 28, 2006). "Josh: A rising star". The Cincinnati Post. m/s. C1.
  7. ^ a b Sperling, Nicole (March 20, 2012). "'Hunger Games': Josh Hutcherson on Peeta, fame, Jennifer Lawrence". Los Angeles Times. Dicapai pada December 6, 2014.
  8. ^ Herold, Kendall (August 7, 2012). "Local 'Hunger Games' star raising money for N.Ky. car crash victim". WCPO-TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-11. Dicapai pada December 7, 2014.
  9. ^ a b Carpenter, Edwin L. (April 9, 2007). "Josh Hutcherson is Living His Dream as an Actor". The Dove Foundation. Dicapai pada September 16, 2011.
  10. ^ "Miracle Dogs (2003)". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  11. ^ "Wilder Days (2003)". The New York Times. Dicapai pada October 20, 2014.
  12. ^ "American Splendor (2003)". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  13. ^ Kiesewetter, John (December 5, 2012). "Holiday TV: Josh Hutcherson Rides the Polar Express". Cincinnati Commercial Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-21. Dicapai pada October 20, 2014.
  14. ^ "The Polar Express (2004)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada January 29, 2014.
  15. ^ "Howl's Moving Castle (2004)". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  16. ^ "Kicking & Screaming: Cast and Crew". Fandango. Dicapai pada October 20, 2014.
  17. ^ "Little Manhattan Synopsis". Fandango. Dicapai pada October 20, 2014.
  18. ^ "Zathura Synopsis". Fandango. Dicapai pada October 20, 2014.
  19. ^ "27th Annual Awards". Young Artist Association. March 25, 2006. Dicapai pada November 27, 2013.
  20. ^ "N. Kentucky young star, Bee in films". The Cincinnati Post. April 21, 2006. m/s. T7.
  21. ^ "RV (2006)". Fandango. Dicapai pada October 20, 2014.
  22. ^ Chun, Alex (April 4, 2007). "From pampered pooch to intrepid 'Firehouse Dog'". Los Angeles Times. Dicapai pada December 7, 2014.
  23. ^ Fleming, Michael (March 28, 2007). "Hudson may star in 'Winged'". Variety. Dicapai pada April 1, 2007.
  24. ^ Pickle, Betsy (July 26, 2008). "Teen star enjoys 'Journey' of role". The Journal Gazette. Scripps Howard News Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-02. Dicapai pada December 20, 2014.
  25. ^ "Cirque du Freak: The Vampire's Assistant (2009)". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  26. ^ "The Kids Are All Right (2010)". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  27. ^ Ellwood, Gregory (July 7, 2010). "Josh Hutcherson talks Kids Are All Right, Red Dawn and dreams of a Spider-Man never to be". HitFix. Dicapai pada December 16, 2014.
  28. ^ Sciretta, Peter (January 16, 2011). "2011 Golden Globe Award Winners". /Film. Dicapai pada November 29, 2014.
  29. ^ "2010 Academy Awards® Winners and History". AMC. 2010. Dicapai pada November 29, 2014.
  30. ^ Sperling, Nicole (April 4, 2011). "'The Hunger Games': Josh Hutcherson and Liam Hemsworth complete the love triangle". Los Angeles Times. Dicapai pada April 4, 2011.
  31. ^ "'The Hunger Games' Movie: Josh Hutcherson Cast As Peeta, Liam Hemsworth As Gale". The Huffington Post. April 4, 2011. Dicapai pada December 2, 2013.
  32. ^ "2012 Movie Award Winners". MTV. June 3, 2012. Dicapai pada December 3, 2013.
  33. ^ "Detention (2011)". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  34. ^ "Josh Hutcherson Filmography". Fandango. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada December 3, 2013.
  35. ^ Nayman, Adam. "After-School Special: Joseph Kahn's Detention". Dicapai pada December 30, 2014.
  36. ^ "Journey 2: The Mysterious Island". Rotten Tomatoes. Dicapai pada December 2, 2013.
  37. ^ "Journey 2: The Mysterious Island (2012)". Box Office Mojo. Dicapai pada December 2, 2013.
  38. ^ "Epic". The New York Times. Dicapai pada December 3, 2013.
  39. ^ "Epic (2013)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada December 3, 2013.
  40. ^ Fritz, Ben (July 10, 2012). "'The Hunger Games: Mockingjay' release dates set for 2014, 2015". Los Angeles Times. Dicapai pada January 6, 2014.
  41. ^ James White (November 14, 2014). "Escobar: Paradise Lost Trailer Unveiled". Empire. Dicapai pada November 14, 2014.

Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]