The Fast and the Furious: Tokyo Drift

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Fast and the Furious: Tokyo Drift
Tokyodrift-poster.jpg
Pengarah Justin Lim
Penerbit Neal H. Moritz
Pengarang Chris Morgan
Lakonan Lucas Black
Bow Wow
Nathalie Kelley
Sung Kang
Brian Tee
Pengedar Universal Studios
Tempoh ditayang 104 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $85 juta
Pulangan kasar $158,401,402

The Fast and the Furious: Tokyo Drift adalah sebuah filem spin-off tahun 2006 bagi siri filem lumba haram The Fast and the Furious dan 2 Fast 2 Furious. Filem ini menampilkan watak-watak baru serta lokasi berbeza iaitu di Tokyo, Jepun berbanding filem sebelumnya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sean Boswell adalah seorang pelumba haram dari Amerika Syarikat yang sering menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa kerana gemar berlumba haram sehingga mengakibatkan kemusnahan harta awam. Kali ini, dia dihantar ke Tokyo, Jepun di bawah penjagaan bapanya untuk mengelakkan daripada hukuman penjara. Sebagai seorang gaijin (orang asing), Sean berasa terasing apabila berada di negara orang sehinggalah pada suatu hari apabila sahabatnya, Twinkie memperkenalkannya kepada aktiviti perlumbaan haram drift di Tokyo. Sean yang pada asalnya lebih mahir dengan perlumbaan pecutan (drag) kemudian mula berminat dengan perlumbaan drift. Pada kali pertama dia berlumba di situ, tanpa usul periksa Sean mencabar D.K. (Drift King), jaguh teknik drift yang mempunyai pertalian dengan kumpulan penjenayah Jepun, Yakuza. Dia kalah dalam perlumbaan tersebut dan terpaksa bekerja dengan Han sebagai bayaran kepada kerosakan yang dialami keretanya yang digunakan oleh Sean. Walau bagaimanapun, Han mula bersahabat dengan Sean dan mengajarnya teknik drift. Konflik antara Sean dan D.K. memuncak apabila D.K. mendapati Sean bersama-sama teman wanitanya, Neela. Akibatnya, beberapa siri aksi yang mendebarkan berlaku hasil daripada konflik tersebut.

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, filem ini diklasifikasikan sebagai 18SG (Aksi ganas atau seram).

Penampilan kereta[sunting | sunting sumber]

Maklum balas[sunting | sunting sumber]

Akhbar Berita Harian telah mengklasifikasikan filem tersebut sebagai filem perlumbaan kereta terbaik pernah ditayangkan di Malaysia.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Penampilan istimewa[sunting | sunting sumber]

  • Vin Diesel membuat penampilan istimewa sebagai Dominic Toretto (watak lakonannya dalam filem The Fast and the Furious) yang mendakwa sebagai sahabat Han.
  • Raja Drift sebenar serta pengasas teknik drift, Keiichi Tsuchiya muncul sebagai seorang nelayan tua yang menyindir teknik drift Sean yang teruk.
  • Rhys Millen, pemandu lagak ngeri utama dalam filem tersebut muncul sebagai seorang penumpang dalam kapal terbang yang dinaiki Sean.
  • Bekas ahli gusti sumo Konishiki muncul dalam babak di rumah mandi sebagai seorang yang berhutang dengan Han.
  • Penyanyi J-pop Ayumi Hamasaki dan Mika Nakashima dapat dilihat dalam paparan latar belakang di sekeliling Tokyo.
  • Model import Verena Mei dan Mari Jaramillo berada di dalam kereta Nissan Skyline semasa Han membuat teknik drift pusingan bulatan mengelilinginya.
  • Pada garis permulaan semasa di peringkat awal dan penghujung filem, model import Kaila Yu (Ready), Aiko Tanaka (Setto) dan Satoshi Tsumabuki (Go) memulakan perlumbaan di tempat letak kereta.
  • Toshi Hayama, pengulas berbahasa Inggeris semasa perlumbaan D1 Grand Prix di Amerika Syarikat dan United Kingdom turut tampil.

Rujukan dalaman[sunting | sunting sumber]

  • Pemilik rumah mandi dilihat sedang membaca manga Initial D yang mengisahkan seorang remaja yang berbakat dalam perlumbaan haram drift di Bukit Akina.
  • Han merujuk kepada D.K. tentang pembelian kereta Toyota AE86 miliknya. Keiichi Tsuchiya dikenali kerana menggunakan kereta Toyota AE86 di dalam perlumbaan drift yang disertainya.
  • Kereta Toyota AE86 milik Keiichi Tsuchiya dapat dilihat di penjuru tempat letak kereta di mana Sean pertama kali berlumba dengan D.K.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • 1. Teriyaki Boyz - "Tokyo Drift (Fast & Furious)"
  • 2. DJ Shadow feat. Mos Def - "Six Days The Remix"
  • 3. 5,6,7, 8's - "The Barracuda"
  • 4. Evil Nine - "Restless"
  • 5. Far East Movement - "Round And Round"
  • 6. N.E.R.D. - "She Wants To Move"
  • 7. Teriyaki Boyz - "Cho Large"
  • 8. Dragon Ash - "Resound"
  • 9. Atari Teenage Riot - "Speed"
  • 10. Don Omar - "Bandoleros"
  • 11. Don Omar - "Conteo"
  • 12. Brian Tyler feat. Slash - "Mustang Nismo"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]