The Japan Times

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Japan Times
Fail:The-Japan-Times-sample-p1.jpg
JenisHarian
FormatTerbitan lembaran lebar
Diasaskan1897
BahasaBahasa Inggeris
Ibu pejabatTokyo, Jepun
Edaran44,000
PemilikNews2u Holdings, Inc.
PresidenTakeharu Tsutsumi
Ketua pengarangHiroyasu Mizuno
Penulis kakitanganLebih kurang 130
ISSN0447-5763
Nombor OCLC21225620
Laman sesawangwww.japantimes.co.jp

The Japan Times ialah akhbar harian bahasa Inggeris tertua dan terbesar Jepun.[1][2] Syarikat yang menguruskan akhbar ini ialah The Japan Times Ltd., subsidiari kepada News2u Holdings, Inc. dan beribu pejabat di wad Chiyoda, Tokyo.[3][4]

Akhbar ini diasaskan oleh Motosada Zumoto pada 22 Mac 1897 dengan harapan agar rakyat Jepun memperoleh peluang untuk membaca dan berbincang tentang isu-isu semasa dalam bahasa Inggeris agar Jepun dapat menyertai masyarakat antarabangsa.[5]

Selain The Japan Times, syarikat akhbar juga menerbitkan dua lagi akhbar, yakni akhbar tabloid mingguan The Japan Times Weekly,[6] dan Shukan ST, akhbar tabloid mingguan bagi golongan masyarakat Jepun yang sedang belajar bahasa Inggeris. Syarikat akhbar ini juga menerbitkan siri buku Genki, siri buku tentang pembelajaran bahasa Jepun. Akhbar-akhbar The Japan Times juga diarkibkan ke dalam platform atas talian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yoshihara, Nancy (25 Januari 1990). "A Growing Japan Export: News : Media: The English-language Japan Times is expanding & revamping its overseas edition" – melalui LA Times.
  2. ^ "Media: The Japan Times" (dalam bahasa Inggeris). World Eye Reports.
  3. ^ "about-us." (access) The Japan Times. "3-12 Kioicho Chiyoda-ku"
  4. ^ "Map to The Japan Times." (versi bahasa Jepun) The Japan Times. "紀尾井町ビル 千代田区紀尾井町3-12"
  5. ^ Kamiya, Setsuko, "Japan Times not just wartime mouthpiece", The Japan Times, 13 Ogos 2011, m/s. 3.
  6. ^ "English weekly". The Japan Times Online (dalam bahasa Inggeris). The Japan Times.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]