The Lima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Lima di konsert akhir

The Lima merupakan juara pertama Gang Starz. The Lima merupakan sebuah kumpulan yang terdiri dari tiga anak muda dari Indonesia - C Taufani Rahadian (Taura), Bony Adam (Bony) dan Arif Topan Sanjaya (Arif). Kumpulan ini telah berjaya memasuki pertandingan akhir Gang Starz, sebuah rancangan realiti televisyen di TV 3.

Dengan gelaran juara yang disandang itu, The Lima menggondol hadiah lumayan seperti yang dijanjikan TV3 iaitu wang tunai bernilai AS$100,000 (RM 340,00), trofi serta kontrak rakaman bersama KRU Music Group (KMG).

Dalam konsert akhir , The Lima memungut lima bintang daripada ke semua lima juri iaitu tiga juri tetap, Vernon Kedit, Maple Loo dan Arab serta daripada dua juri undangan Erwin Gutawa dan penyanyi dan komposer Singapura, Sheikh Haikal pada set kedua mengatasi tiga lagi kumpulan Mendua, Flava dan Infinatez. The Lima berduet dengan Mas Idayu menerusi lagu Do Re Mi, Memori Daun Pisang dan Sengol Sengolan Cubit Cubitan di konsert akhir Gang Starz. Pada persembahan malam itu, The Lima menyampaikan tiga buah lagu lain berjudul Suci Dalam Debu, Benci Bilang Cinta dan Pria Terhebat secara solo.

Kumpulan ini pernah membuat persembahan di JomHeboh di Teluk Danga, Johor.