Teluk Danga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Koordinat: 1°28′30.0″N 103°43′26.4″E / 1.475000°N 103.724000°E / 1.475000; 103.724000

Teluk Danga
Danga Bay
Pekan
NegaraMalaysia
NegeriJohor
DaerahJohor Bahru
Luas
 • Darat22.26 ha (55.01 ekar)
Danga Bay
Teluk Danga
Danga Bay1.jpg
LokasiJohor Bahru, Johor, Malaysia
Luas1.8 km2

Teluk Danga (Jawi: تلوق دڠا, Bahasa Inggeris: Danga Bay) merupakan pusat rekreasi terbesar di bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Pelbagai acara juga pernah diadakan di sini.

Tempat ini boleh dituju melalui pelbagai rangkaian pengangkutan seperti jalan raya utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan. Projek-projek besar juga telah dikenal pasti untuk dibina di sekitar kawasan ini termasuklah pusat hab yang baru yang terdiri daripada kewangan, komersial, hotel, pameran, pusat konvokesyen, marina dan harta kediaman yang mewah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan bermula dengan projek tebus guna tanah sejak 1990-an. Walau bagaimanapun, kerja-kerja Teluk Danga terhenti pada 2007 akibat tempias krisis ekonomi dunia yang mengenai Malaysia sebelum disambung semula pada 2012.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Roller-coaster di taman tema Danga World.

Tempat ini terletak di bahagian selatan tengah Iskandar Malaysia serta merupakan pusat pembangunan kediaman dan komersial yang pertama dan terbesar di Johor Bahru. Teluk ini terbentang indah sepanjang pantai yang berukuran 25 kilometer serta menghadap Selat Johor dan meliputi kawasan yang berkeluasan kira-kira 450-ekar (1.8 km2).[1]

Tahap ketersampaian[sunting | sunting sumber]

Teluk Danga boleh dituju dari Lebuhraya Skudai (Laluan persekutuan Jkr-ft1.svg) melalui jalan pertukaran Teluk Danga yang menjadi laluan Jalan Skudai yang juga terletak berdekatan Istana Bukit Serene. Pelancong yang datang dari pusat bandar Johor Bahru boleh mengakses tempat ini melalui Jalan Skudai.

  • Melalui pembinaan Gerbang Selatan Bersepadu (CIQ), Teluk Danga akan dapat dituju hanya 10 minit dari pusat pemeriksaan kastam Malaysia.
  • Pembangunan premier ini juga terletak di antara dua Pelabuhan Laut Dalam Antarabangsa Pasir Gudang di timur dan Forest City, Pelabuhan Tanjung Pelepas di barat.
  • Apabila hendak menuju ke utara dalam masa 30 minit, pengunjung akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak di Senai.
  • Landasan terminal keretapi utama di bandar Johor Bahru boleh dituju dengan hanya mengambil masa 10 minit dari Teluk Danga.

Isu[sunting | sunting sumber]

Beberapa aspek impak Teluk Danga terhadap warga penduduk pesisir telah dikaji. Satu isu berkenaan pembinaan Teluk Danga ialah impak sosioekonomi kepada penduduk Orang Asli Orang Seletar di pesisir. Pemerhatian oleh ahli linguistik, Samsur Rijal Yahaya sepanjang 2000-an mendapati bahawa pembangunan penambakan tanah Teluk Danga telah menjejaskan ekosistem laut yang menjadi mata pencarian warga peribumi di sana. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mencari pendapatan baharu seperti menjual besi buruk.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sekon, Jamaah (2017). "Mapping shoreline changes due land reclamation using Landsat TM data" (PDF). Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository (dalam bahasa Inggeris): 5.
  2. ^ Johor: Abode of Development? (dalam bahasa Inggeris). ISEAS Publishing. 2020. doi:10.1355/9789814881289. ISBN 9789814881289.
  3. ^ Yahaya, Samsur Rijal (2019). Semiotik Sosial Masyarakat Seletar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. xiv. ISBN 9789834922559.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]