The Notebook (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Notebook
Novel-The Notebook.jpeg
PengarangNicholas Sparks
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
SiriThe Notebook & The Wedding
GenreRomantik
PenerbitWarner Books
Tarikh penerbitan
1 Oktober 1996 (1996-10-01)
Jenis mediaCetakan (kulit keras, kulit lembut)
Halaman224
ISBNISBN 0-446-52080-2
OCLC34321554
813/.54 20
LC ClassPS3569.P363 N68 1996
Diikuti olehMessage in a Bottle

The Notebook merupakan sebuah novel romantik pada tahun 1996 hasil nukilan penulis dari Amerika, Nicholas Sparks dan berdasarkan kisah benar. Novel ini kemudiannya telah diadaptasi kepada sebuah filem yang popular dengan menggunakan nama yang sama pada tahun 2004.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Novel ini merupakan novel pertama beliau yang dikeluarkan dan yang ketiga ditulis selepas The Passing dan The Royal Murders di mana kedua-duanya tidak dikeluarkan. Beliau telah menulisnya selama enam bulan pada tahun 1994. Agensi sastera beliau, Theresa Park telah menemuinya selepas mengambil buku tersebut daripada timbunan lecah agensi tersebut. Park telah menawarkan diri untuk mewakili beliau. Pada Oktober 1995, Park mencagarkan $1 juta wang pendahuluan untuk buku tersebut daripada Time Warner Book Group dan novel ini dikeluarkan pada Oktober 1997. Novel ini juga tersenarai dalam senarai The New York Times Best Seller dalam minggu pertama pengeluarannya. The Notebook merupakan jualan terlaris bagi edisi kulit keras untuk tempoh lebih daripada setahun.[1]

Dalam sebuah temuramah, beliau menyatakan bahawa ilham untuk menulis novel tersebut datangnya daripada nenek kepada isterinya yang telah berkahwin untuk lebih daripada 60 tahun apabila beliau berjumpa dengan mereka. Dalam novel ini, beliau cuba untuk meluahkan sebuah percintaan romantik yang berpanjangan untuk kedua-dua pasangan tersebut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]