Pergi ke kandungan

The Prisoner of Zenda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Prisoner of Zenda
Kulit edisi kedua Banduan Zenda
Kulit edisi kedua
Umum
PengarangAnthony Hope
NegaraUnited Kingdom
Bahasabahasa Inggeris
GenreSejarah, Novel
Penerbitan
PenerbitKlasik Penguin; edisi baru (1 Januari 2000)
Tarikh penerbitan
1894
Jenis media
Cetak (berkulit tebal & berkulit lembut)
Halaman400 m.s. (edisi berkulit lembut)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 0-14-043755-X (edisi berkulit lembut) Invalid ISBN
Kronologi
Hati Puteri Osra Rupert dari Hentzau
Ilustrasi depan untuk edisi Penerbit Macmillan tahun 1898, dilukis oleh Charles Dana Gibson.

The Prisoner of Zenda ("Banduan Zenda" atau "Banduan dari Zenda") ialah sebuah novel pengembaraan diterbitkan pada tahun 1894 dan ditulis oleh Anthony Hope. Novel ini menceritakan seorang lelaki yang menyamar sebagai raja yang sama rupa wajahnya apabila raja sebenar diculik oleh musuh-musuhnya pada hari sebelum kemahkotaannya. Rupert dari Hentzau,  watak jahat, memberikan namanya kepada novel susulan eponim yang diterbitkan pada tahun 1898, dan yang telah dicantumkan ke dalam sesetengah edisi novel ini.

Buku-buku Ruritania sangat popular pada masa penerbitannya, dan mengilhami banyak novel tiruan, termasuk novel-novel Graustark oleh George Barr McCutcheon.


Ringkasan jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Protagonis cerita ini ialah Rudolf Rassendyll, adik lelaki Earl Burlesdon, dan melalui hubungan luar nikah leluhurnya, seorang sepupu jauh Rudolf V, pewaris sah raja Ruritania (sebuah kerajaan Germanik yang wujud antara zaman Empayar Jerman dan Empayar Austria). Raja Rudolf ialah seorang kaki arak yang suka berfoya-foya serta raja yang tidak popular di kalangan orang ramai, tetapi umumnya disokong oleh golongan bangsawan, Gereja, tentera, dan kelas-kelas yang kaya. Pesaing politiknya ialah adik tirinya, Michael, yang merupakan Duke dan gabenor ibu negara Strelsau.

Michael tidak berhak menuntut takhta kerana dia merupakan anak perkahwinan morganatik kedua bapanya; terdapat bayangan bahawa kulit gelapnya serta cemuhan Rassendyll bahawa dia seorang kacukan yang mungkin separuh Yahudi. Michael dianggap sebagai pejuang kelas pekerja Strelsau yang miskin yang amat popular di kalangan petani di luar bandar. (Walaupun demikian, novel ini kelihatan bersimpati dengan mereka yang menyokong pemerintah kuku besi yang tidak bermoral.)

Apabila Michael menculik dan memenjarakan Raja Rudolf di sebuah istana kota di pekan Zenda, Rassendyll harus menyamar bakal Raja semasa upacara kemahkotaan. Terdapat kerumitan, komplot dan komplot balas, antaranya:

  • rancangan jahat Antoinette de Mauban, perempuan simpanan Michael;
  • rancangan jahat Rupert dari Hentzau, konco Michael;
  • Rassendyll jatuh cinta dengan Puteri Flavia, tunang Raja Rudolf.

Akhirnya, Raja Rudolf dipulihkan takhtanya tetapi pasangan kekasih itu harus berpisah.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]