The Social Dilemma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Social Dilemma
PengarahJeff Orlowski
Penulis
Dihasilkan olehLarissa Rhodes
Dibintangi
Sinematografi
  • John Behrens
  • Jonathan Pope
Disunting olehDavis Coombe
Muzik olehMark A. Crawford
Syarikat
penerbitan
  • Exposure Labs
  • Argent Pictures
  • The Space Program
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
  • 26 Januari 2020 (2020-01-26) (Sundance)
  • 9 September 2020 (2020-09-09) (United States)
Masa tayangan
94 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

The Social Dilemma ialah filem dokumentari-drama Amerika 2020 yang diarahkan oleh Jeff Orlowski dan ditulis oleh Orlowski, Davis Coombe, dan Vickie Curtis. Filem ini membahas secara mendalam tentang bagaimana media sosial direka untuk menerbitkan ketagihan, mempegaruhi orang serta pemerintah, dan membawa kepada sebaran teori konspirasi dan maklumat salah. Filem ini juga mengkaji isu pengaruh media sosial terhadap kesihatan mental (termasuk kesihatan mental remaja dan peningkatan kadar bunuh diri dalam kalangan remaja).

Filem ini memaparkan wawancara dengan banyak bekas pekerja, eksekutif, dan golongan profesional syarikat teknologi dan platform media sosial utama seperti Facebook, Google, Twitter, Mozilla, dan YouTube. Mereka yang diwawancara ini memberi hujah berdasarkan pengalaman utama mereka di syarikat mereka untuk membincangkan tentang bagaimana platform tersebut telah menyebabkan kesan negatif daripada aspek sosial, politik, dan budaya. Di samping itu, sebilangan orang yang ditemu ramah juga berhujah bahawa platform media sosial dan syarikat teknologi utama telah memberikan beberapa perubahan positif kepadam masyarakat secaraam. Temu ramah ini disajikan bersama-sama suatu sketsa berkenaan ketagihan media sosial seorang remaja.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]