Thomas Aquinas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Super Physicam Aristotelis, 1595

Tommaso d'Aquino (1225 - 7 Mac 1274), juga dikenali sebagai Thomas Aquinas, ialah rahib Dominikan Itali dan paderi Katolik yang merupakan seorang ahli falsafah, ahli teologi dan ahli undang-undang yang amat berpengaruh dalam tradisi scholastikisme. Beliau juga dikenali sebagai "Doktor Angelicus" dan "Doktor Communis". Beliau dikatakan sebagai sarjana undang-undang Barat zaman pertengahan dan ahli agama paling berpengaruh. Nama "Aquinas" menunjukkan asal-usul nenek moyang beliau dari daerah Aquino (sekarang wilayah Lazio), kawasan di mana keluarganya memegang tanah sehingga 1137.

Dia mengkaji falsafah dan teologi dan mendapat pendidikan awal di biara Benedictine di Monte Cassino. Aquinas menghadiri Universiti Naples, dan mendapat nama jolokan "lembu bodoh" kerana tingkah lakunya yang perlahan, meskipun dia seorang yang berbakat dalam retorik, logik dan sains semula jadi. Menjelang 1240, dia tertarik dengan kehidupan agama dan memutuskan untuk menjadi rahib Dominikan.

Aquinas merupakan seorang ahli teologi yang mengutarakan Hujah Kosmologi. Bukunya yang paling terkenal ialah Summa Theologica dan Summa Contra Gentiles. Aquinas terkenal dengan hasil kerja dalam undang-undang Semula Jadi iaitu kepercayaan bahawa 'undang-undang semula jadi' diperoleh disebabkan menjadi manusia. Contoh undang-undang ini ialah hak asasi manusia.