Kutu badan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kutu badan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Serangga
Order: Phthiraptera
Suborder: Anoplura
Keluarga: Pediculidae
Genus: Pediculus
Spesies: P. humanus
Nama binomial
Pediculus humanus
L., 1758
Nama trinomial
Pediculus humanus humanus
L., 1758

Kutu badan (Pediculus humanus humanus, kadang-kadang dipanggil Pediculus humanus corporis)[1] merupakan sejenis kutu yang hidup secara bersembunyi. Keadaan seseorang mempunyai kutu kepala, kutu badan, atau kutu ari-ari dikenali sebagai Pediculosis.

Kawasan kegemaran pijat adalah di celah-celah tilam, bantal dan juga sofa. Ia hidup dengan menghisap darah manusia. Setelah digigit pijat, kita akan merasa gatal dan mengalami sedikit lebam di kawasan bekas yang digigit.

Entomologi dan pathologi[sunting | sunting sumber]

Pediculus humanus humanus (kutu badan) hampir tidak dapat dibezakan dengan kutu kepala Pediculus humanus capitus dan di bawah keadaan makmal mampu membiak silang. Bagaimanapun, dalam keadaan semulajadi kedua sub spesies tidak akan membiak silang dan menghuni habitat yang berlainan. Secara khusus kutu badan telah berubah untuk melekatkan telur mereka pada pakaian, sementara kutu kepala melekatkan telor mereka pada pangkal rambut.

Kutu badan merupakan ganguan kerana mereka menyebabkan kegatalan melampau. Selain itu, mereka juga merupakan vektor pemyebar penyakit lain seperti wabak tifus (epidemic typhus) dan demam berulang (relapsing fever) bawaan kutu.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Penyahkutu boleh dicapai dengan merebus semua pakaian dan cadar.[2] Malah, pada suhu 130° F atau 55° C selama 5 minit akan menghapuskan hampir kesemua kutu dewasa dan menghalang telor daripada menetas..[3] Sekiranya perkara ini tidak mampu dilaksanakan, menggunakan bedak 10% DDT, 1% malathion atau 1% permethrin juga turut berkesan.[2] Sekiranya racun serangga tiada, pakaian dan cadar dijangkiti kutu perlu dibakar menggunakan pembakaran terbuka.

Ubat biasanya tidak diperlukan, kerana masaalah biasanya hilang dengan mandi setiap hari dan memakai pakaian bersih.[3]

Ivermectin oral pada dos 12mg pada hari 0, 7 dan 14 telah digunakan bagi ujian kecil untuk 33 orang di Marseilles, tetapi tidak berjaya menghapuskan sepenuhnya, sungguhpun ia berjaya menurunkan dengan jelas jumlah parasit dan peratusan orang yang dijangkiti.[4] Pada masa kini, ivermectin semata-mata tidak boleh dosyorkan sebagai rawatan kutu badan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Buxton, Patrick A. (1947). "The Anatomy of Pediculus humanus". The Louse; an account of the lice which infest man, their medical importance and control (edisi 2nd). London: Edward Arnold. m/s. 5–23. 
  2. 2.0 2.1 Raoult D, Roux V (1999). "The body louse as a vector of reemerging human diseases". Clin Infect Dis 29: 888–911. 
  3. 3.0 3.1 Page on website of CIGNA
  4. Foucault C, Ranque S, Badiaga S, et al.. "Oral ivermectin in the treatment of body lice". J Infect Dis 193 (3): 474–6.