Timus
Thymus | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Thymus |
MeSH | D013950 |
TA | A13.1.02.001 |
FMA | FMA:9607 |
Terminologi anatomi |
Timus adalah satu organ khusus dalam sistem imun. Timus "mendidik" T-limfosit (sel T) iaitu antara sel terpenting dalam sistem imun adaptif.
Setiap sel T menyerang bahan asing yang dicamnya dengan reseptornya yang dihasilkan dengan merombak segmen-segmen gen secara rawak. Setiap sel T menyerang satu antigen yang berbeza. Sel T yang menyerang protein badan sendiri disingkirkan dalam timus. Sel epitelium timus menyampaikan protein-protein utama dari mana-mana anggota lain dalam badan, dan sel T yang membalas kepada protein itu disingkirkan secara kematian sel terprogram (apoptosis).
Timus terdiri daripada dua kuping yang seiras dan terletak mediastinum anterior atas, di hadapan jantung dan belakang sternum.
Timus adalah paling besar dan paling aktif sewaktu baru lahir dan zaman praremaja. Menjelang awal belasan tahun, timus mula mengecil dan stroma timus diganti oleh tisu adipos (lemak). Namun demikian, saki-baki limfopoiesis T kekal sepanjang usia dewasa.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Sistem endokrin (timus adalah #4)
-
Sistem limfa
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Artikel ini menggabungkan teks di dalam domain awam daripada page 1273 of edisi ke-20 Gray's Anatomy (1918)