Tirana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tirana
Tiranë
Perbandaran Tirana
Dataran Skanderbeg pada waktu malam

Bendera

Lambang
Lokasi Tirana di Albania
Koordinat: 41°19′48″N 19°49′12″E / 41.33000°N 19.82000°E / 41.33000; 19.82000
Negara  Albania
Kaunti Kaunti Tirana
Daerah Daerah Tirana
Diasaskan 1614
Kerajaan
 • Datuk bandar Erion Veliaj[1]
Keluasan
 • Jumlah 41.8 km2 (16.1 sq mi)
Ketinggian 110 m (360 ft)
Populasi (2015)
 • Jumlah 610,070
Zon waktu CET (UTC+1)
 • Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Poskod 1000[2]
Kod kawasan 04
Plat kereta TR
Laman web www.tirana.gov.al

Tirana Dengari/tɨˈrɑːnə/ (Standard Bahasa Albania: Tiranë; bahasa Gheg Albania: Tirona) adalah ibu negara dan kota terbesar di Albania. Ia juga merupakan pusat pentadbiran, budaya, ekonomi dan industri di Albania. Berdasarkan bancian pada tahun 2015, penduduk Tirana berjumlah 610,070 orang[3] dan perbandaran Tirana, yang diwujudkan pada tahun 2015, memiliki jumlah penduduk seramai 800,986 orang.[4] Ini bermakna Tirana adalah kawasan metropolitan terbesar di Albania, dan satu-satunya kota dengan jumlah penduduk melebihi 500.000 orang. Kota ini juga mempunyai banyak institusi dan universiti awam dan swasta.

Bandar ini didirikan pada tahun 1614 dan menjadi ibu negara Albania pada tahun 1920.


Pemandangan Tirana dari Gunung Dajti.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tirana memiliki beberapa institusi akademik seperti Universiti Tirana, Politeknik Universiti Tirana, Universiti Pertanian Tirana, Akademi Pendidikan Fizikal dan Sukan, Universiti Seni (Akademi Seni Albania), Akademi Sains Albania, dan Universiti Tentera Skanderbeg, institusi penyelidikan akademik kebangsaan dan antarabangsa seperti NGO. English Base adalah sekolah Bahasa Inggeris di Tirana.

Tirana juga memiliki institusi pendidikan swasta seperti Universiti Albania (U.F.O - Universitas.Fabrefacta Optime), Universiti Epoka, Universiti New York, Tirana, Universiti Eropah Tirana, Universiti Luarasi, Akademi Filem dan Multimedia "Marubi".

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat Telekom Albania

Tirana merupakan jantung ekonomi bagi Albania. Ia adalah pusat kewangan dan industri Albania yang utama. Sejak tahun 1920-an, ia melalui perkembangan yang pesat dan mewujudkan banyak industri bagi produk-produk pertanian, mesin, tekstil, pharmaseutikal, logam dan perkhidmatan.[petikan diperlukan]

Tirana mula membangun pada awal kurun ke-16, apabila sebuah bazaar telah dibuka, dan para kraftangannya mengeluarkan fabrik sutera dan kapas, kulit, seramik dan besi, perak dan barang kemas. Tirana terletak di kawasan yang subur. Ia mengeksport 2,600 tong minyak zaitun dan 14,000 pakej tembakau ke Venice pada tahun 1769.[petikan diperlukan] Pada tahun 1901, ia mempunyai 140,000 pokok zaitun, 400 buah kilang minyak, dan 700 buah kedai.[petikan diperlukan]

Pusat Perniagaan ABA, Menara Hijau 4ever dan Menara TID, sebuah menara perniagaan setinggi 80-meter (260-kaki) telah dibina di kota ini. Tirana juga memiliki pasar raya seperti City Park, QTU dan Pintu Timur Tirana.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bas[sunting | sunting sumber]

Terminal TIA

Sistem pengangkutan tempatan dalam Tirana adalah bas atau teksi. Teksi-teksi rasmi memiliki plat berwarna kuning dengan huruf berwarna merah dan biasanya bermeter.

Perkhidmatan koc dan bas mini (furgon) juga boleh didapati ke laluan pantai, utara dan selatan Albania daripada Tirana. Perkhidmatan koc antarabangsa ke Greece, melalui Korçë atau Kakavije, ke Kosovo[note 1] melalui Lebuhraya Durrës-Morine, dan ke Republik Macedonia melalui Struga.

Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Tirana adalah satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Albania dan ia terletak dekat dengan ibu negara di Tirana. Lapangan terbang ini terletak di kampung Rinas sekitar 11 kilometer (6.9 batu) ke barat laut Tirana.

Laut[sunting | sunting sumber]

Tirana boleh dihubungi melalui pelabuhan Durrës, 36 km (22 bt) jauh dari ibu negara. Para penumpang feri daripada Durrës berlayar ke Trieste, Ancona, Otranto, Brindisi, Bari, Genoa (Italy), Zadar, Dubrovnik (Croatia), Koper (Slovenia), Bar (Montenegro), Corfu (Greece) dan lain-lain. Kavaja juga termasuk dalam Kaunti Tirana.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Bandar berkembar[sunting | sunting sumber]

Tirana merupakan bandar kembar bagi;

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Erion Veliaj shpall fitoren në Tiranë". www.evropaelire.org. Dicapai pada 2015-06-23. 
  2. Templat:Sq icon Kodi postar Posta Shqiptare. www.postashqiptare.al. Dicapai pada 2008-11-13
  3. [1]
  4. [2]
  5. http://www.ankara.bel.tr/en/foreign-relations-department/sister-cities-of-ankara#.V649oGVvfxt

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan