Tobias Michael Carel Asser

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tobias Asser
Black and white photo of the head of a man
Tobias Asser, 1911
Kelahiran Tobias Michel Karel Asser
28 April 1838
Amsterdam, Belanda
Kematian 29 Julai 1913(1913-07-29) (umur 75)
The Hague, Belanda
Pusat pendidikan Universiti Amsterdam
Universiti Leiden
Pasangan Johanna Ernestina Asser (kahwin 1864) «start: (1864)»"Marriage: Johanna Ernestina Asser to Tobias Michael Carel Asser" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Tobias_Michael_Carel_Asser)
Anugerah Hadiah Keamanan Nobel (1911)

Tobias Michel Karel Asser (Sebutan Belanda: [ˈtoːbiɑs miˈʃɛl ˈkaːrəl ˈɑsər]; 28 April 1838 – 29 Julai 1913) merupakan peguam dan sarjana undang-undang Belanda. Beliau telah dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1911 bersama-sama Alfred Fried atas sumbangannya mengasas Mahkamah Tetap Timbang Tara di Persidangan Hague pertama (1899).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tobias Michel Karel Asser dilahirkan pada 28 April 1838 in Amsterdam, Belanda.[1] Beliau merupakan anak kepada Carel Daniel Asser (1813–85), dan cucu kepada Carel Asser (1780-1836). Beliau mempelajar undang-undang di Universiti Amsterdam dan Universiti Leiden. Beliau turut menjadi profesor undang-undang di Universiti Amsterdam.

Asser mengasaskan Revue de Droit International et de Législation Comparée bersama-sama John Westlake dan Gustave Rolin-Jaequemyns. Beliau turut mengasaskan Institut de Droit International.[2] pada tahun 1873. Pada tahun 1880, Asser menjadi ahli kepada Akademi Seni dan Sains Diraja Belanda.[3]

Asser turut menjadi wakil Belanda untuk Persidangan Keamanan Hague 1899 dan 1907; [2] dan sumbangan beliau dalam mewujudkan Mahkamah Tetap Timbang Tara pada persidangan pertama tersebut telah melayakkan beliau untuk menerima Hadiah Keamanan Nobel bagi tahun 1911.

Beliau turut menyumbangkan dalam membangunkan Akademi Undang-Undang Antarabangsa Hague, meskipun beliau tidak sempat melihat akademi itu dibangunkan ketika hayatnya.[2]. Asser meninggal dunia pada 29 Julai 1913 di The Hague.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Belanda) C. G. Roelofsen, "Asser, Tobias Michel Karel (1838-1913)", Biografisch Woordenboek van Nederland, 2013. Retrieved on 5 May 2015.
  2. ^ a b c "In Memoriam: T. M. C. Asser". American Journal of International Law. American Society of International Law. 8 (2): 343–44. April 1914. 
  3. ^ "Tobias Michaël Carel Asser (1838 - 1913)". Royal Netherlands Academy of Arts and Sciences. Dicapai pada 26 July 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]