Tok Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hassan bin Mohd Ghazali, nama samaran Tok Perak dan tuti, adalah seorang kartunis Malaysia. Beliau mula mencebur dalam bidang perkartunan dalam majalah Gema RTM tahun 1975. Kemudian banyak melukis dalam majalah hiburan seperti Majalah Kisah Cinta, [URTV], Majalah Filem dan Varia Pop. Pada peringkat awal nama samaran beliau ialah 'tuti'. Kemudian beliau membuat cerita kartun bersiri dalam majalah Mat Jenin sekitar tahun 1983 dengan tajuk 'Mat Jenin'. Kemudian aktif melukis dalam majalah Gelihati dengan cerita bersiri cerita Hikayat Sulung Muda yang mempunyai siri cerita yang panjang, Di Gelihati beliau adalah seangkatan Namron, Gayour, Kartekana, Yusof Osman YO di majalah tersebut pada pertengahan 1970-an hingga 1980-an.

Beliau melukis kartun adalah secara sambilan, sebenarnya beliau adalah seorang guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tg. Malim, Perak 1980-81. Beliau juga terlibat dengan Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) sebagai bendahari dalam tahun 1985 dan terlibat dengan pameran lukisan. Dalam tahun 1987 beliau menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) dalam diploma pendidikan seni. Di MPIK beliau mendapat cemerlang dan terus menyambung ke USM (Universiti Sains Malaysia) dalam bidang Seni Halus hingga tamat dalam tahun 1991. Tamat sahaja diperingkat Ijazah, beliau terus ditawarkan menjawat jawatan pensyarah Maktab di [Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)] sebagai pensyarah Pendidikan seni. Hingga tahun 1997 beliau menyambung pelajaran diperingkat sarjana dalam bidang Multimedia Pendidikan di USM. Dalam tahun tahun 1999 beliau bertugas sebagai pensyarah pendidikan seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hingga sekarang.

Beliau juga banyak terlibat dengan kementerian pelajaran sebagai pengubal kurikulum, pengubal soalan dan mengajar guru-guru dalam bidang komputer grafik. Di samping itu beliau telah menerbitkan buku Pendidikan Seni Visual untuk kegunaan sekolah. Blog rasminya ialah Seni Visual.