Tom De Sutter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tom De Sutter
Tom-de-sutter-1311799883-cr.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhTom De Sutter
Tarikh lahir (1985-07-03) 3 Julai 1985 (umur 34)
Tempat lahirGhent, Belgium
Ketinggian1.92 m (6 ka 3+58 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniClub Brugge
Nombor9
Kerjaya remaja
1992–1997KVV Balegem
1997–2001Standaard Wetteren
2001–2005Club Brugge
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2005–2006KM Torhout26(10)
2006–2009Cercle Brugge61(20)
2009–2013Anderlecht97(33)
2013–Club Brugge31(12)
Pasukan kebangsaan
2006–2008Belgium B214(0)
2008–2009Belgium14(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 13 Disember 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 29 Februari 2012

Tom De Sutter (lahir 3 Julai 1985]) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk kelab Club Brugge. Beliau bermain di posisi penyerang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

De Sutter mula bermain aktiviti bola sepak di kelab bola sepak tempatan, KVV Balegem. Beliau kemudian ditarik minat oleh kelab Standaard Wetteren. Dari situ, beliau berpindah Club Brugge dan beliau tidak menadapat tempat ketika bersama kelab itu. Jadi, beliau kembali semula ke kelab divisyen ketiga, KM Torhout 1992. De Sutter menjadi antara penjaring terbanyak dan beliau dibeli oleh Cercle Brugge selepas satu perlawanan persahabatan di mana beliau menjaringkan hatrik.

Pada 27 November 2007, De Sutter menjaringkan empat gol daripada 21 minit pada perlawanan Piala Belgium. Beliau kemudian menarik minat dari kelab Anderlecht dan Trabzonspor.

Pada 1 Februari, Cercle Brugge melaporkan bahawa selepas aksi Piala Belgium menentang Standard Liège di mana De Sutter menjaringkan gol akhir untuk memastikan kemenangan 4-1, beliau telah menerima bidaan tertinggi iaitu sebanyak 7.5 juta euro dari kelab Zenit Saint Petersburg tetapi ketua jurulatih, Dick Advocaat menolak. Pada penghujung Januari 2008, jurulatih kebangsaan, Rene Vandereycken memasukkan De Sutter dalam skuad perlawanan persahabatan tidak rasmi menentang Standard Liège. Sehari sebelum perlawanan, beliau mengalami kecederaan lutut menyebabkan beliau terpaksa berehat selama enam bulan. Beliau kembali semula pada musim 2008–2009 untuk bermain bersama Cercle.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

R.S.C. Anderlecht

Pautan luar[sunting | sunting sumber]