Michel Preud'homme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Michel Preud'homme
Michel Preud'homme.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuhMichel Georges Jean
Ghislain Preud’Homme
Tarikh lahir (1959-01-24) 24 Januari 1959 (umur 59)
Tempat lahirOugree, Belgium
Ketinggian1.83 m (6 ft 0 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniClub Brugge (pengurus)
Kerjaya remaja
1969–1977Standard Liège
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1977–1986Standard Liège240(0)
1986–1994Mechelen263(0)
1994–1999Benfica147(0)
Jumlah650(0)
Pasukan kebangsaan
1979–1994Belgium58(0)
Pasukan diurus
2001–2002Standard Liège
2006–2008Standard Liège
2008–2010KAA Gent
2010–2011Twente
2011–2013Al-Shabab
2013–Club Brugge
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Michel Georges Jean Ghislain Preud’Homme (lahir 24 Januari 1959) ataupun dikenali sebagai Michel Preud'homme, merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang kini merupakan sebagai pengurus bola sepak bagi pengurus Club Brugge. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Beliau merupakan penjaga gol terbaik di dunia ketika kerjayanya. Beliau berjaya menampan bola dengan baik selain menerima Anugerah Yashin ketika Piala Dunia 1994.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Preud'homme telah bersama kelab remaja Standard Liège ketika berusia 10 tahun pada 1969. Beliau dipanggil ke skuad senior pada 1977. Preud'homme berpindah ke kelab KV Mechelen pada 1986.

Preud'homme berpindah ke Benfica pada 1994 membuatkan beliau menjadi pemain penjaga gol asing pertama dalam sejarah kelab Benfica. Beliau membuat debut pada 21 Ogos menentang Beira-Mar. Pada 18 Mei 1996, beliau menjuarai trofi pertamanya bersama Benfica selepas menewaskan Sporting 3–1 dalam perlawanan akhir Piala Portugal.

Disebabkan beliau cekap menampan bola, beliau digelar "Saint Michel" oleh peminat Benfica. Pada 10 Ogos 1999, Preud'homme bermain pada perlawanan terakhirnya menentang Bayern Munchen pada perlawanan persahabatan. Selepas bersara, beliau menjadi Direktor Hubungan Antarabangsa Benfica.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Preud'homme membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan Belgium pada 2 Mei 1979 ketika seri 0-0 menentang Austria pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 1980..[1] Preud'homme menjadi penjaga gol ketiga dibelakang Jean-Marie Pfaff dan Theo Custers pada UEFA Euro 1980 di mana Belgium menduduki tempat naib juara selepas tewas kepada Jerman.

Beliau juga mewakili skuad kebangsaannya dalam dua edisi Piala Dunia iaitu pada 1990 dan 1994. Pada Piala Dunia 1994, beliau menerima Anugerah Yashin untuk penjaga gol terbaik kejohanan.

Penampilan terakhir beliau bersama Belgium pada 17 Disember 1994 ketika tewas 4-1 kepada Sepanyol pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 1996.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Standard Liège[sunting | sunting sumber]

Preud'homme menjadi ketua jurulatih Standard Liège sebanyak dua kali iaitu dari Januari 2001 sehingga Jun 2002 dan pada Ogos 2006 sehingga penghujung musim 2008. Di bawah Preud'homme, Standard Liège memenangi trofi liga buat kali pertama dalam masa 25 tahun.

Gent[sunting | sunting sumber]

Preud'homme berpindah ke KAA Gent pada 27 Mei 2008. Di bawah beliau, Gent menduduki tempat kedua pada Liga Pro Belgium dan menjuarai Piala Belgium.

Twente[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2010, Preud'homme disahkan akan menggantikan tempat Steve McClaren sebagai ketua jurulatih bagi kelab FC Twente.[2]

Pada 31 Julai 2010, Preud'homme berjaya membawa skuadnya menjuarai Perisai Johan Cruijff selepas menewaskan Ajax 1-0. Pada 8 Mei 2011, beliau sekali lagi membawa anak buahnya memenangi Piala KNVB selepas menewaskan Ajax 3-2 pada masa tambahan di Rotterdam.

Al-Shabab Riyadh[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Jun 2011, beliau berpindah ke kelab Arab Saudi, Al-Shabab Riyadh. Beliau membawa pemain Fernando Menegazzo dan Server Djeparov ke Riyadh.

Pada 10 September 2011, Al-Shabab menang 3-1 ke atas Al-Faisaly pada perlawanan pertama Preud'homme sebagai jurulatih Al-Shabab. Pada 14 April 2012, selepas seri 1-1 menentang Al-Ahli, Al-Shabab memenangi trofi liga buat kali pertama selepas 6 tahun kelab itu menang buat kali terakhir.[3]

Pada 10 Mei, beliau ditawarkan untuk melanjutkan kontrak sehingga 2016. Pada 18 September 2013, Preud'homme dan Al-Shabab bersetuju untuk membenarkan beliau ke Club Brugge sehari kemudian.

Club Brugge[sunting | sunting sumber]

Selepas Juan Carlos Garrido dipecat, Preud'homme menjadi ketua jurulatih Club Brugge mulai 19 September 2013.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Preud'homme memenangi trofi Piala Belgium bersama Gent.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Standard Liège
Mechelen
Benfica
Belgium

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Standard Liège
Gent
Twente
Al-Shabab Riyadh

Individu[sunting | sunting sumber]

Pemain
Pengurus

Rujukan[sunting | sunting sumber]