Hans Vanaken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hans Vanaken
Maklumat peribadi
Nama penuh Hans Vanaken
Tarikh lahir (1992-08-24) 24 Ogos 1992 (umur 31)
Tempat lahir Neerpelt, Belgium
Ketinggian 1.94 m (6 ka 4 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Club Brugge
Nombor 20
Kerjaya remaja
2002–2008 PSV Eindhoven
2008–2010 Lommel United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Lommel United 80 (21)
2013–2015 Lokeren 76 (19)
2015– Club Brugge 218 (68)
Pasukan kebangsaan
2012 Belgium B20 2 (0)
2013–2014 Belgium B21 3 (0)
2018– Belgium 11 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:49, 20 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:53, 21 Jun 2021 (UTC)

Hans Vanaken (lahir 24 Ogos 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pemain tengah menyerang untuk Club Brugge dan pasukan kebangsaan Belgium.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Vanaken memulakan kariernya bersama kelab belia Lommel United sebelum beliau pergi menyertai akademi PSV Eindhoven pada tahun 2002 apabila kelab lamanya itu diisytiharkan bankrap. Beliau kembali semula ke Lommel yang telah pulih semula pada tahun 2008. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada tahun 2010 yang ketika itu pasukannya beraksi di Divisyen Kedua Belgium. Beliau telah menarik minat beberapa kelab utama dari divisyen satu selepas mempamerkan persembahan yang meyakinkan bersama Lommel dan akhirnya beliau menyertai Lokeren pada tahun 2013.

Beliau melakukan kemunculan sulungnya bersama Lokeren pada 28 Julai 2013, di mana beliau juga menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya mengatasi juara bertahan, Anderlecht 3-2. Vanaken memainkan peranan sebagai tonggak utama pasukannya untuk mara ke final Piala Belgium, yang mana beliau telah beraksi dalam 6 daripada 7 perlawanan pasukannya. Beliau telah menjaringkan gol ketika menentang Zulte Waregem sekali gus membantu pasukannya meraih kejuaraan. Vanaken seterusnya mempamerkan prestasi cemerlang pada musim keduanya di divisyen tertinggi, iaitu sebanyak 8 jaringan liga telah dihasilkan selain beliau turut diundi di tempat ketiga dalam anugerah Kasut Emas Belgium.

Club Brugge[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2015, Lokeren diumumkan telah mencapai persetujuan dengan Club Brugge berhubung perpindahan Vanaken ke kelab itu melalui rundingan kontrak selama lima tahun.[2][3] Musim sulungnya di Club Brugge dilihat pentas beliau untuk mengisi ruang dalam kesebelasan utama pasukan serta membuktikan peranannya dalam membantu pasukannya meraih kejuaraan liga ke-14.[4]

Pada tahun 2018, Vanaken berjaya untuk mencatatkan 21 gol dan 21 hantaran jaringan sekali gus membolehkan pasukannya merangkul kejuaraan liga yang ke-15 kali serta menjuarai Piala Super Belgium. Pada 16 Januari 2019, Vanaken memenangi anugerah Kasut Emas Belgium selepas merangkul anugerah Pemain Terbaik Belgium pada Mei 2018.[5][6]

Vanaken telah menandatangani kontrak baru bersama Brugge pada 9 Ogos 2019 sekali gus menjadikannya beliau kekal bersama kelab itu sehingga tahun 2024.

Pada 11 Disember 2019, Vanaken menjaringkan gol penyamaan Brugge dalam aksi Liga Juara-Juara menentang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid; namun Brugge akhirnya tunduk akan kekalahan 1-3 sekali gus tersingkir ke saingan pusingan 32 Liga Europa.[7][8]

Pada 15 Januari 2020, Vanaken menjadi pemain pertama sejak Jan Ceulemans pada tahun 1986 yang meraih anugerah Kasut Emas Belgium buat kali kedua berturut-turut. Vanaken telah berjaya menjaringkan 20 gol dan melakukan 7 hantaran gol pada tahun 2019.[9]

Pada 20 Mei 2021, Vanaken menjaringkan dua gol ketika menentang musuh tradisi, Anderlecht bagi membantu pasukannya meraih gelaran liga buat kali keempat dalam masa enam tahun dan kali ke-17 secara keseluruhan. Kejayaan ini buat kali pertama dalam sejarah kelab sejak tahun 1973 di mana Club Brugge menjadi juara liga di gelanggang Anderlecht. Kejayaan ini juga menyaksikan Brugge menjuarai kejuaraan liga buat kali kedua berturut-turut sejak musim 1976–77 dan 1977–78.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Vanaken melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belgium pada 7 September 2018 selepas beliau menggantikan Eden Hazard dalam aksi menewaskan Scotland.[10][11]

Beliau menjaringkan dua gol pertamanya untuk Belgium pada 30 Mac 2021 ketika pasukannya membelasah Belarus 8-0 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.[12]

Pada 17 Mei 2021, Vanaken bersama dengan rakan sepasukannya, Simon Mignolet terpilih ke dalam senarai 26 pemain untuk mewakili Belgium ke kejohanan UEFA Euro 2020.[13]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 Mei 2021.[14]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belgium Lommel United 2010–11 16 1 0 0 16 1
2011–12 32 10 2 0 34 10
2012–13 32 10 0 0 32 10
Jumlah 80 21 2 0 82 21
Belgium Lokeren 2013–14 39 11 6 1 45 12
2014–15 37 8 3 0 6[a] 0 1[b] 0 47 10
Jumlah 79 19 9 1 6 2 1 0 92 22
Belgium Club Brugge 2015–16 36 10 6 2 8[c] 0 1[b] 0 51 12
2016–17 39 9 2 1 6[d] 0 1[b] 0 48 10
2017–18 39 11 5 3 4[e] 0 0 0 48 14
2018–19 40 14 1 0 8[d] 2 1[b] 1 50 17
2019–20 29 13 6 0 12[f] 4 47 17
2020–21 35 11 3 2 6[d] 3 44 16
Jumlah 218 68 23 8 44 9 3 1 288 86
Jumlah kerjaya 374 108 34 9 50 11 4 1 462 129
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  2. ^ a b c d Penampilan di Piala Super Belgium
  3. ^ Empat penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, empat penampilan di Liga Europa UEFA.
  4. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  5. ^ Dua penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, dua penampilan di Liga Europa UEFA.
  6. ^ Sepuluh penampilan dan dua gol di Liga Juara-Juara UEFA, dua penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 21 Jun 2021.[14]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2018 2 0
2019 2 0
2020 4 0
2021 3 2
Jumlah 11 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
30 Mac 2021 Leuven, Belgium  Belarus
2–0
8–0
Kelayakan Piala Dunia 2022
2
8–0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lokeren
Club Brugge
Individu

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hans Vanaken". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 2021-06-28.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ "Club Brugge reached an agreement in principle to land Hans Vanaken". Club Brugge. 29 May 2015. Dicapai pada 27 January 2020.
  3. ^ "Prolonged contract for Hans Vanaken!". Club Brugge. 9 August 2019. Dicapai pada 26 January 2020.
  4. ^ name="ClubBruggeProfile">"Hans Vanaken Profile". Club Brugge. Dicapai pada 26 January 2020.
  5. ^ "Golden Boot goes to Hans Vanaken!". Club Brugge. 16 January 2019. Dicapai pada 26 January 2020.
  6. ^ "Club plunders Player of the Year Awards". Club Brugge. 14 May 2018. Dicapai pada 26 January 2020.
  7. ^ "Rodrygo, Real Madrid Beat Club Brugge 3-1 in Champions League". Bleacher Report. 11 December 2019. Dicapai pada 26 January 2020.
  8. ^ "Real Madrid's two Brazilian teenagers scored as they beat Club Bruges in a Champions League dead rubber match". BBC. 11 December 2019. Dicapai pada 26 January 2020.
  9. ^ "A second Golden Boot for Hans Vanaken!". Club Brugge. 15 January 2020. Dicapai pada 26 January 2020.
  10. ^ "Scotland 0-4 Belgium: Romelu Lukaku and Eden Hazard score". Sky Sports. 7 September 2018. Dicapai pada 26 January 2020.
  11. ^ "Timothy Castagne, Hans Vanaken, Leandro Trossard, Birger Verstraete: Who are Belgium's newcomers?". Sky Sports. 9 September 2018. Dicapai pada 26 January 2020.
  12. ^ "Belgium rout of Belarus puts reserves in the spotlight". ESPN. 30 March 2021.
  13. ^ "Selection of the Red Devils for EURO 2020 has been announced". Royal Belgian Football Association. 17 May 2021. Dicapai pada 17 May 2021.
  14. ^ a b Biodata Hans Vanaken di Soccerway. Capaian 26 January 2020.
  15. ^ TOM VAN AKEN (2018-05-13). "Club kampioen na een punt in Luik". www.sport.be. Dicapai pada 2018-05-13.
  16. ^ "Club Brugge clinch Belgian title". Reuters. 20 May 2021.
  17. ^ "Moroccan midfielder Mehdi Carcela receives the Belgian Lion Award". Yabiladi. 30 April 2019. Dicapai pada 26 January 2020.
  18. ^ "Hans Vanaken, un premier de classe sans la folie". RTBF (dalam bahasa Perancis). 15 January 2020. Dicapai pada 26 January 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]