Pergi ke kandungan

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023
PeneranganMengiktiraf dan menghargai tenaga kerja penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama televisyen Malaysia.
PenajaKFC
Tarikh12 Mac 2023
LokasiPusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya
NegaraMalaysia
Pengacara
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
meWATCH (Singapura) [1]
Tempoh tayangan180 minit
Diterbitkan oleh
  • Nurhul Huda Khalid (eksekutif)
Tapak web
www.xtra.com.my/
anugerahdramasangat
Kronologi
 Anugerah Drama Sangat 2021 Tonton Anugerah Drama Sangat 2026 
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 ialah sebuah majlis anugerah anjuran TV3 melalui jenama Drama Sangat. Berlangsung pada 12 Mac 2023 di PICC, Putrajaya, anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai warga penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama tempatan di Malaysia. Anugerah Drama Sangat Julung Kali Diadakan pada 2023, Gandingan 2 Pengacara Hebat! Pada anugerah tahun ini, rakan digital adalah XTRA dan rakan media adalah BH dan Harian Metro

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Acara berprestij Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) bakal berlangsung pada 12 Mac 2023 (Ahad) bersiaran secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 9.00 malam di TV3 dengan menampilkan hos gandingan Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

Sebanyak 15 kategori dipertandingkan iaitu Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton. Lapan kategori melalui undian peminat dan selebihnya melalui penilaian juri professional.

Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam tersebut termasuk Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Acara malam kemuncak TADS itu bakal dimeriahkan dengan persembahan oleh Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.

Saksikan Tonton Anugerah Drama Sangat pada 12 Mac 2023 (Ahad) jam 9 malam di TV3. Bukan itu sahaja, anda juga boleh strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Persembahan

[sunting | sunting sumber]
Senarai persembahan
Artis Lagu
Stacy
Mimifly
"Bosan"
"Superfly"
Amir Masdi
Rahmad Mega
"Pejam"
"Sejati" oleh Faizal Tahir
"Azura" oleh Dato' Jamal Abdillah
Zaki Yamani
Yamani Abdillah
"Kong Kali Kong" oleh Floor 88 dan Namie
"Santai" oleh Faizal Tahir
Afieq Shazwan
Haqiem Rusli
"Di Alam Fana Cintamu"
Wani Kayrie
Bella Astillah
Ayda Jebat
Fyna Jebat
"Vroom Vroom" oleh Nabila Razali
"Caramu" oleh Nikki Palikat (bersama Zahid)
"Watch Me Glow" oleh Dolla
Misha Omar
Ernie Zakri
Liza Hanim
"Semakin" oleh Siti Sarah
"Sehati dan Sejiwa" oleh Haslinda
Hael Husaini "Hajat"
"Hati"
"Jampi"
"Kelentang-Kelentong"

Penyampai anugerah

[sunting | sunting sumber]

Pemenang dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Undian untuk enam kategori iaitu Drama Popular, Drama Adaptasi Novel Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pasangan Drama Terbaik dan OST Terbaik bermula pada 2 Disember hingga 30 Disember 2022.[2] Undian dibuka semula pada 1 Februari hingga 26 Februari 2023 dengan penambahan dua kategori baharu iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.[3] Bagi kategori Oppa Pilihan Tonton, 30% undian adalah daripada peminat, manakala 70% pula adalah permarkahan juri profesional.[4][5]

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu dan diserlahkan dalam teks tebal.[6][7]

Pelakon Antagonis Terbaik Penulis Skrip Terbaik
Drama Adaptasi Novel Terbaik Anugerah BBNU Tonton
Pasangan Drama Terbaik OST Terbaik
Drama 8TV Terbaik
  • My Dream My Wish
Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik
Oppa Pilihan Tonton Pelakon Lelaki Popular
Pelakon Wanita Popular Drama Popular
Pengarah Terbaik Drama Terbaik

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://www.instagram.com/p/Cprg5RIPCMc/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
  2. ^ "Tonton Anugerah Drama Sangat 2023". Drama Sangat (Facebook). 2 December 2022. Dicapai pada 12 September 2025.
  3. ^ "Tempoh undian Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 dilanjutkan". Berita Harian. 10 Februari 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
  4. ^ "Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023)". FUH.MY. 21 Februari 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
  5. ^ "Info Penuh & Senarai Calon Kategori Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023". Iluminasi. 11 Mac 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
  6. ^ "Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat 2023 - Tonton (TADS) TV3". Iluminasi. 12 Mac 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
  7. ^ "Senarai Penuh Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 TADS2023". Budiey. 13 Mac 2023. Dicapai pada 12 September 2025.