Sharifah Shahirah
Sharifah Shahirah | |
|---|---|
شريفه شهيرح | |
| Kelahiran | Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar 14 Oktober 1974 |
| Nama lain | Kak Shira, Kak Rara |
| Pekerjaan | Pelakon, Model, Pelawak, Pengacara, Penyampai Radio |
| Tahun aktif | 1993–kini |
| Majikan |
|
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 5 (1 bersama Jatt Ali & 4 bersama Ijoy Azhari) |
| Keluarga |
|
| Hubungan | Maria Arshad (ibu mertua) |
Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah (lahir 14 Oktober 1974)[1] merupakan pelakon, model, pelawak, pengacara dan penyampai radio di Malaysia. Beliau mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini, sezaman dengan Didie Alias, Nina Juren, Ahmad Idham, Azhar Sulaiman, Zamarul Hisham, Rusdi Ramli dan ramai lagi.
Kerjaya lakonan
[sunting | sunting sumber]Beliau bermula sebagai aktres pada tahun 1993 selepas menamatkan zaman persekolahan. Beliau mengikut jejak langkah kakaknya, Sharifah Haslinda atau Lynn yang lebih dahulu popular di kaca TV. Penampilan pertama Shiera di layar perak menerusi filem Imigran pada 1993 memegang watak pelayan restoran makanan Indonesia.[2] Kemudian dilamar Aziz M. Osman untuk memegang salah satu watak sokongan dalam filem Femina pada tahun yang sama.
Sejak itu Shiera sering diberi peranan pembantu dalam filem dimana kebanyakan watak-watak yang diberikan tidak cukup mencabar. Hanya pada tahun 2002 apabila Othman Hafsham menawarkan watak komedi kepada beliau dalam filem Soalnya Siapa? barulah Shiera mula mencipta nama sebagai seorang aktres komedi yang mula memintas kedudukan komedian-komedian senior. Shiera juga bertuah apabila diberi peluang untuk memegang watak yang agak menarik dalam filem Afdlin Shauki yang pertama iaitu Buli pada tahun 2004.
Biarpun sinar Shiera di layar perak tidak segermerlapan aktres-aktres komedi lain, namun nama Shiera meniti bibir peminat menerusi aksi nya di kaca TV. Drama Mat Despatch yang dibintanginya sejak 1996 hingga 2001 ternyata menjadi fenomena selain kemunculan Shiera dalam sitkom Ada Ada Aje pada tahun 2004 yang memberi tuah kepada beliau apabila dinobatkan sebagai Aktres Komedi TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Biarpun tidak cenderung kepada watak-watak dramatik, namun Shiera pernah diberi peluang untuk memegang watak-watak serius. Antara yang paling berkesan adalah menerusi watak utamanya dalam drama bersiri Salam Terakhir bersama Zul Yahya pada tahun 2002. Ironinya, Zul Yahya juga adalah aktor komedi yang sering digandingkan bersama-sama Shiera.
Kerjaya pengacaraan
[sunting | sunting sumber]Shiera menjadi bidan terjun bersama kakaknya, Lynn ketika diberi peluang untuk mengacarakan siaran langsung Anugerah Media Hiburan 2002 di Angkasapuri pada Januari 2003.[3] Sebetulnya, Afdlin dan Amy Mastura adalah gandingan pengacara yang sebenar namun mereka berdua tidak dapat menyertai penganugerah itu. Biarpun sekadar pengacara bidan terjun, gandingan Shiera dan Lynn mendapat pujian ramai.
Sejak itu Shiera diberi peluang untuk mengacarakan pelbagai majlis-majlis anugerah di Malaysia. Selain sudah beberapa kali menjadi pengemudi acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2005, 2008, 2009, 2010, dan 2011); beliau juga pernah mengacarakan siaran langsung Festival Filem Asia Pasifik ke 50 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2005.
Menariknya mengenai Shiera, beliau bermula sebagai pengacara majlis anugerah sebelum berkecimpung sebagai pengacara TV. Antara rancangan TV yang diacarakan oleh beliau adalah Nasi Lemak Kopi O, Mangkuk Tingkat serta rancangan bual bicara Gedik Santai.
Komersial
[sunting | sunting sumber]Rezeki Shiera dalam bidang komersial juga melimpah ruah. Sheera dilantik menjadi duta kepada produk kecantikan Bio Essence selain menjadi jurucakap kepada produk Joy, Sunlight, Lipton, Mamil DuGrow dan banyak lagi.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1993, ketika baru bermula sebagai artis Shiera nekad mengahwini Jatt, vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berama Alisya. Jodoh tidak panjang, pasangan ini berpisah pada tahun 1999.
Ketika melalui zaman janda, Shiera sering digossipkan bercinta dengan pelakon dan pelawak Zul Yahya namun kedua-duanya menafikan. Dalam pada itu, ketika membintangi siri komedi Mat Despatch pada era lewat 90an, Shiera mula berkenalan dengan aktor remaja Ijoy Azahari. Kedua-duanya akhirnya mengaku bercinta pada tahun 2002 dan akhirnya Shiera menamatkan zaman janda pada tahun 2003 bersama Ijoy. Ijoy merupakan anak teruna kepada aktres popular 80an, Maria Arshad.[4]
Perkahwinan keduanya ini diserikan dengan kehadiran 4 orang cahaya mata, Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016). Audra yang dijadikan sebagai anak angkat kepada Datuk Siti Nurhaliza juga pernah membuat kemunculan istimewa di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang mana setahun sebelumnya, ketika masih mengandungkan anaknya itu, Shiera juga mengacarakan ABPBH 2008.
Sharifah Shahirah kini sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. beliau menyatakan niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT. Pada mulanya beliau bernazar, jika wabak ini ada penawar beliau akan bertudung dan bersopan. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. [5]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1993 | Imigran | Ida | Filem pertama |
| Azizah The Legend | Jarah | ||
| 1995 | Cinta Kita | Azimah | |
| 1997 | Azam | Izah | |
| 2002 | Soalnya Siapa? | Tina | |
| 2004 | Buli | Kak Illa | |
| 2005 | Gila-Gila Pengantin Popular | Pengacara | |
| 2006 | Buli Balik | Kak Ila | |
| Bujang Senang | Lily | ||
| 2008 | Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib | Dr. Suzana | |
| 2009 | Skrip 7707 | Perempuan Jelita | |
| 2012 | Baik Giler | Ibu Afiq | |
| Pontianak vs Orang Minyak | Ratu Pontianak | ||
| 2013 | Tanda Putera | Guru Besar | Penampilan khas |
| 2018 | Enjin No.9 | Leha | |
| 2019 | 7 Hari Kisah Cinta Langkawi | Mok Cik | |
| TBA | Kampung Boy The Movie | Bo (suara) | Dalam perancangan |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1998 | Keris Hitam Bersepuh Emas | Melur | TV1 | Pelakon undangan, episod 3 |
| 1996 | Cinta Korporat | Azah | TV3 | |
| 1996-2001 | Mat Despatch | Shima | TV1 | |
| 2002 | Salam Terakhir | |||
| 2003 | Kutub Utara Kutub Selatan | Azura | TV1 | |
| 2004-2005 | Ada-ada Aje | |||
| 2006 | Badai Pesona Ringgit | TV1 | ||
| 2007-2008 | Alamak Amy | Amylisa | TV3 | |
| 2010 | Mat Jaja | TV9 | ||
| 2017-2018 | My Coffee Prince | Zahara | Astro Ria | |
| 2008 | Puteri Salju | Kelly Chantek @ Khamsiah Tukiran | TV3 | |
| 2019 | KL Meroyan | Lola | TV2 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1994 | Dilema Kasih | TV1 | Telefilem pertama | |
| Pengantin Popular | Peminat | TV3 | ||
| 1995 | Orang Terbang | |||
| Kembali | ||||
| 2002 | Lambaian Mawar Putih | Iryn | VCD | |
| 2004 | Kelibat | Tanti/ Yanti | ||
| 2010 | Ibu Mee Segera | Syida | Astro Ria | |
| 2017 | Ooops! Terlajak Nikah | Zakiah | Astro Mustika HD | |
| Cinta Gred A | Kak Jai | TV3 | ||
| 2020 | Perang Dingin | Mona | Awesome TV |
Siri animasi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1997-1999 | Kampung Boy | Bo (Suara) | Astro Ria |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2001 | Terserah Anda | TV1 | ||
| 2006-2007 | Gedik Santai | Pengacara | TV3 | bersama Raja Azura |
| 2007 | Raja Lawak (Musim 1) | Astro Ria | ||
| 2009 | Spontan (Musim 1) | Astro Warna | ||
| 2010 | Fesyenista Manja | Astro Ria | ||
| Kecoh Kenduri Sunlight | TV9 | |||
| 2010-2015 | Nasi Lemak Kopi O | |||
| 2011-2012 | Mangkuk Tingkat | |||
| 2016 | Betul ke Bohong Sayang? | Kumpulan Pasangan | Astro Warna | Episod 12 (Separuh Akhir) |
| Sepahtu Reunion Al-Raya | Isteri Pak Jailani | Artis Jemputan | ||
| 2020 | Masak Apa Tu? | Artis Jemputan | TV3 | |
| 2021 | Havoc Nak Raya | |||
| Mind Your Loghat | Astro Prima | |||
| Festival Filem Malaysia | Pengacara | TV2 | ||
| 2022 | Mega Lawak: Drama Queen | Artis Jemputan | Astro Warna | |
| Sembang Sahur 2022 | TV3 | |||
| 2023 | Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | Pengacara | bersama Sherry Alhadad | |
| 2024 | Malam Anugerah KNKV Awards 2024 | TV2 | bersama Tyzo Xander, Azhar Jalil dan Diana Rusdi | |
| 2025 | Talk To My Manager | Manager | Astro Ria | bersama Auddra Zulkifli |
Majlis Hiburan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk |
|---|---|
| 2002 | Anugerah Media Hiburan 2002 |
| 2005 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 |
| Festival Filem Asia Pasifik ke 50 (2005) | |
| 2006 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 |
| 2008 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 |
| 2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 |
| 2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 |
| 2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 |
Radiografi
[sunting | sunting sumber]Radio
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Stesen |
|---|---|---|
| 31 Januari 2011 – 30 Disember 2011 | Breakfast@Suria | Suria FM |
| 2013-2015 | Ultra Drive | Ultra FM |
| 6 Februari 2018 – 14 Februari 2025 | Suria Pagi, Suria Petang & Carta Rockmantika Suria | Suria |
| 17 Mac – 4 April 2025 | 3 Pagi Era | Era |
| 7 April 2025 – kini | Trio Petang Sinar | Sinar |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2004 | Anugerah Seri Angkasa | Aktres Komedi TV Terbaik | Ada-Ada Aje | Menang |
| 2006 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 | Artis Komedi Wanita Popular | Sharifah Shahirah | Tercalon |
| 2007 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 | Tercalon | ||
| 2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 | Tercalon | ||
| 2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011[6] | Tercalon | ||
| Penyampai TV Wanita Popular | Tercalon | |||
| Penyampai Radio Wanita Popular | Tercalon | |||
| 2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 | Artis Komedi Wanita Popular | Tercalon | |
| 2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Tercalon | ||
| 2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Penyampai Radio MeleTOP | Tercalon | |
| 2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024 | Penyampai Radio Popular | Tercalon | |
| 2025 | Anugerah MeleTOP Era 2025 | Artis Versatil MeleTOP | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sharifah Shahirah-Suria - versi cache.
- ^ Tuntutan kerja, bukan alasan Shira abai keluarga
- ^ Malam milik Erra, Yusry!
- ^ Sharifah Shahira Balas Komen - Media Hiburan.
- ^ Sharifah Shahirah kini bertudung , Harian Metro, Dicapai pada 8 April 2020
- ^ Sharifah Shahira Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2011
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1974
- Orang hidup
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon wanita Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Pelawak Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Penyampai radio Malaysia