Sherry Alhadad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sherry Al Hadad
Sherry pada 2016.
Kelahiran
Shariffah Ferry Mariam Sri binti Karisma Syed Abdullah Al Hadad

(1984-11-17) 17 November 1984 (umur 39)
PendidikanIjazah Seni Persembahan Teater
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara
Tahun aktif2004–kini

Shariffah Ferry Mariam Sri Karisma binti Syed Abdullah al-Haddad (Jawi: شريفة مريم بنت سيد عبد الله الحداد; lahir 17 November 1984) atau lebih dikenali sebagai Sherry Al Hadad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara televisyen Malaysia.[1][2][3]

Beliau juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater.[4] Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin menerusi telefilem Sutun pada tahun 2006. Sejak itu beliau bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi. Beliau begitu popular bersama Zulin Aziz yang sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu Diva.

Sherry datang daripada keluarga yang menceburi bidang seni. Anak-anak saudaranya (yang lebih berusia darinya, kerana arwah ayah beliau adalah adik-beradik kepada nenek Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah & Sharifah Sakinah) terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dramatis tersohor 90-an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Setelah itu seorang lagi anak saudaranya (yang lebih muda), Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sherry Alhadad berdarah keturunan Terengganu di sebelah bapa dan Sarawak di sebelah ibu, menetap di Taman Melati Selangor dari semenjak kecil sehingga kini. Sherry mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Dua, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati dan Akademi Seni Kebangsaan di peringkat Diploma.

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Seni Persembahan Teater dengan kepujian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan kini beliau salah seorang tutor di akademi itu.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awalnya dalam bidang seni bermula menerusi teater Atap Genting Atap Rumbia (2004) arahan Marlia Musa ketika melanjutkan pengajiannya.[7][8] Teater sudah diakuinya sebagai makanan penting.[9] Sherry pernah beraksi dalam teater yang pecah panggung seperti watak penting sebagai Nyonya dalam Mak Dara Nyonya (2011) dan Nyonya & The Gang (2012). Bekerja bersama pengarah Rosminah Tahir, beliau bekerja bersama penyanyi terkenal Misha Omar dan Amy Mastura dalam beberapa lagi siri pementasan serupa. Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk beliau menukarkan namanya itu selepas tamat pementasan teater Mak Dara Nyonya. Selain itu beliau juga muncul dalam teater Asmara-ra All Stars (2014) bersama Sharifah Amani dan Siti Saleha. Projek teaternya yang paling ikonik ialah siri teater Projek Disko Baldi bersama ensembel seperti Redza Minhat, Iedil Putra, Sharmaine Othman, Tuan Faisal, Asyraf Zain, Megat Shahrizal dan Farah Rani yang kemenangan manis di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-10 sebagai pemenang Anugerah Pilihan Penonton Kakiseni bagi kategori teater.[10] Bersama Disko Baldi mereka pernah menjayakan pementasan Projek Disko Baldi (2012), PBD: Dreams (2013) dan PBD: Muzikal, Boleh Tinggi Lagi (2014). Produksi ini malahan diundang oleh stesen 8TV untuk menerbitkan rancangan serupa sebanyak 13 episod pada tahun 2013.

Di kaca TV, Sherry berkembang dari pelakon sampingan dalam Sutun kepada pelakon komedi yang lebih dikenali. Beliau muncul dalam telefilem Rampas (2008), Seratus Harijadi (2010), Nostalgila (2014), sitkom Oh My English (2014) dan siri TV Misiku Kuza (2013-2014). Pada tahun 2014, Sherry bersama Zulin mengorak langkah bergelar pengacara TV apabila diundang oleh stesen TV3 untuk mengacarakan majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014. Tak lama selepas itu mereka berdua bergabung tenaga bersama Awal Ashaari mengacarakan program Melodi selama enam bulan. Pada Januari 2015, Sherry dan Zulin diberi kepercayaan mengendalikan rancangan bual bicara sendiri iaitu Diva-Kelakarama setiap malam minggu. Beliau menceburi nyanyian sambil berlawak dan memparodikan iaitu rancangan realiti Juara Parodi di (Astro Warna) yang mana beliau bergandingan bersama Zulin Aziz dan Zahid iaitu kumpulan Skru.

Pada tahun 2017, Sherry membintangi drama Misteri Wan Peah yang disiarkan di TV3 dalam slot terbaru Seramedi. Selain itu, beliau juga mengacarakan Perang Bibir bersama Dennis Yin di TV9. Tambahan lagi, Sherry sudah mempunyai rancangan bual bicaranya sendiri yang dinamakan The Sherry Show yang bersiaran di TV3 bermula November 2017.[11] Kerjayanya pada 2018 bermula dengan beliau mengacarakan pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 bersama Alif Satar pada 11 Februari. Hal ini bakal menjadi kali kedua Sherry bergandingan bersama Alif selepas berjaya mengacarakan konsert Rockanova bersama pertengahan 2017 yang lalu. Pada tahun 2018 ini juga, Sherry sekali lagi digandingkan dengan Dennis Yin dalam rancangan yang masuk musim ke-2 yang diberi nama baru iaitu Drop The Beat yang sebelum ini dikenali sebagai Perang Bibir dan bersiaran di ntv7.

Sejak 2018 beliau bersama Alif menjadi pengacara rancangan pertandingan nyanyian untuk bakat baru, Big Stage. Beliau kini menggalas peranan sebagai pengacara rancangan All Together Now Malaysia yang bersiaran di Astro Ria bermula 6 Jun 2021.[12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Kolumpo Sherry Filem pertama
2015 Rembat Pembunuh
2016 My Stupid Boss Azizah
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Dekan Mardiah
2020 Bikin Filem Khaty
Saka Nan Sepi Zaiton
2021 Dendam Penunggu Makcik Tijah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 7 Ramadan Chah TV3
Tanah Kubur (Musim 2) Ferry Astro Oasis Episod: "Lelaki atau Perempuan"
2013 Misiku Kuza Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 8) Ruby Astro Oasis Episod: "Bahana Khunsa"
2014 Tanah Kubur (Musim 11) Shamsul Astro Oasis Episod: "Syasya/Dosa Pondan"
2015 Suami Sebelah Rumah Anis TV3
Cik Cinderella dan Encik Tengku Kak Tim
2016 Cinta 100kg Dian
Ahli Mesyuarat Tingkap Ira
2017 Bas Stop Julie Astro Warna Sitkom
Misteri Wan Peah Cikgu Zaiton TV3
Oh My English! Level Up Cikgu Bedah Astro TVIQ Sitkom
2021 The Maid Suhana Astro Ria
2022 The Maid 2
2023 Famili Yang Popular Maimun Astro Ceria
Tanah Kubur (Musim 16) P.A Ferry Astro Oasis Episod: "Aku Bukan Pondan"
Episod: "Suara Iblis"
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Agent M Astro Ria
2024 Khunsa Zaiton Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Sutun 2 Yam Astro Ria
2008 Rampas
2010 Seratus Hari Jadi Ida Astro Ria
2014 Oh My English!: Villa Isabellaaa! Cikgu Bedah Astro TVIQ
Pekerja Terbaik Miss Jue TV9
Nostalgila Astro Mustika HD
2015 Aku, Dia dan Tong Gas Pensyarah TV9
2017 Yam Melaram Mariam TV9
2018 Hantu Rumah Sakit Jiwa Nurse Molly Astro First Ekslusif Filem televisyen
2019 Geng Isabella
Geng Big Stage Beraya Anggerik Astro Ria
2020 Aku Benci Kpop Melati
Sally Boss Sally Awesome TV
2021 Diva Dari Jakarta Erin Astro Citra
Delen Jenny
2022 Peti Ais Mak Lola Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Melodi Pengacara TV3
2016 Extreme Roadtrip Astro Bella Beliau mengacara bersama Elfira Loy & Ardell Aryana
2017 Rockanova 2017 Astro Prima & Astro Maya HD mengacara bersama Alif Satar
2017–2021 The Sherry Show TV3
2018–2022 Big Stage Astro Ria mengacara bersama Alif Satar
2018 Drop The Beat ntv7 mengacara bersama Dennis Yin
2018–2019 Muzik Muzik TV3 mengacara bersama Haziq Hussni
2019 Anugerah Juara Lagu ke-33 mengacara bersama Alif Satar
Resepi Mak Esah Astro Ria mengacara bersama Mira Filzah
2020–kini MeleTOP Pengacara jemputan
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Pengacara TV3 mengacara bersama Awal Ashaari & Haziq Hussni
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 mengacara bersama Awal Ashaari & Haziq Hussni
Havoc Nak Raya mengacara bersama Haziq Hussni
2021–2023 All Together Now Malaysia Astro Ria
2022 Mystery Ranking Show Malaysia Astro Warna
Anugerah MeleTOP Era 2021 Astro Ria mengacara bersama Nabil Ahmad & Jihan Muse
Anugerah Industri Muzik ke-23 mengacara bersama Awal Ashaari & Azad Jasmin
Gegar Vaganza (musim 9) Pengacara jemputan
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Pengacara TV3 mengacara bersama Jihan Muse
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 mengacara bersama Sharifah Shahirah
Mega Spontan Astro Warna mengacara bersama Amir Raja Lawak
TikTok Awards Malaysia 2023 TV3 mengacara bersama Izzue Islam dan Amelia Henderson
Battleground Malaysia Astro Ria
2023–2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Juri Astro Warna
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Pengacara Astro Ria mengacara bersama Zizan Razak, Sean Lee & Amelia Henderson
Anugerah Juara Lagu ke-38 TV3 mengacara bersama Alif Satar
You Know Nothing About Cooking! Astro Ria

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Catatan
2004 Atap Genting Atap Rumbia

Video Klip[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi
2018 "Hajat" Hael Husaini

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kategori/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Dirinya sendiri Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Menang
Pengacara TV Popular Menang
Anugerah MeleTOP Era 2020 Hos MeleTOP Big Stage 2 Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (6 Februari 2015). "Kebimbangan Sherry Alhadad terhadap watak Nyonya". Berita Harian. Dicapai pada 8 Jun 2015.
  2. ^ Nurfarhana Mohamed (4 Mei 2016). "Saiz bukan penghalang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 206. Dicapai pada 8 Jun 2016.
  3. ^ Rudy Imran Shamsudin (23 Oktober 2019). "Balas kasih sayang peminat - Sherry". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2020.
  4. ^ Ruhaya Abd. Hamid (18 April 2017). "Ceritera Sherry Alhadad". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2017. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  5. ^ Rudy Imran Shamsuddin (19 September 2019). "Sherry miliki kelebihan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2020.
  6. ^ Nor Khalilah Gusti Hassan (10 Jun 2016). "Sherry Al-Hadad lali ejekan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2016. Dicapai pada 10 Jun 2016.
  7. ^ Noe Atieyah Yusoff (24 September 2015). "Sherry Alhadad pengganti Adibah Nor". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 8 Jun 2016.
  8. ^ Wawann Mohd (24 Disember 2018). "Sherry AlHadad rindu pentas teater". Karangkraf. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2018. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  9. ^ "Sherry Alhadad sahut cabaran jadi pelawak". Sinar Harian. 24 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2015. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  10. ^ Muzzafar Mustapa (28 Jun 2013). "Projek Disko Baldi, mimpi jadi kenyataan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2018. Dicapai pada 8 Jun 2014.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 November 2017). "Impian Sherry jadi nyata". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  12. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 Mei 2021). "Sherry gugup kendali program realiti 50 juri". Berita Harian. Dicapai pada 8 Jun 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]