Total Airport Management Systems

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Skrin Maklumat Penerbangan adalah salah satu inisiatif bersepadu yang dibina dalam sistem TAMS

Sistem Pengurusan Lapangan Terbang Penuh atau dalam bahasa Inggeris; Total Airport Management System (TAMS) adalah sebuah sistem pengurusan lapangan terbang bersepadu dimana kini digunakan dalam operasi pengurusan penerbangan cekap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sistem interface dan berintegrasi ini rata-rata menggunakan perkakasan maklumat elektronik moden bagi menghubungkan antara lapangan terbang. Ini memastikan perjalanan maklumat adalah efisien dan berkelajuan tinggi dan segera selain menjaga keselamatan operasi dan ketelusan maklumat.

Sistem bersepadu ini turut membantu dalam menjaga sasaran perniagaan di KLIA selain mengekalkan tahap keefisienan, kos operasi yang munasabah selain merupakan salah satu nadi penggerak kepada kemajuan Koridor Raya Multimedia, dan membawa kegemilangan sistem pengurusan kelas pertama lapangan terbang di Malaysia ke mata dunia.

Komponen[sunting | sunting sumber]

TAMS merangkumi pelbagai sistem bebas seperti Passenger Check In System dimanan sistem ini dihubungkan dengan kabel optik berkelajuan tinggi kepada sistem TAMS. Antara komponennya:

  • Air Traffic Control Administrator System (ATCAS)
  • Over Flight Billing System (ATCBILL)
  • Real Time Apron Management System (RAMP)
  • Handling Agent System (HAS)
  • Airport Flight Information Display System (AFIDS 2000)
  • Gate Allocation System
  • Automated Warehouse System
  • Security Systems
  • Metrological Systems
  • Ground Services System (GSS)
  • Staff Information via Intranet
  • Airport Landing Dues Information System (ALDIS 2000)
  • Statistical and Financial Reports
  • Cash Invoicing System (CIS)
  • Non Aero Invoices
  • Passenger Check In System
  • Facility Management System
  • Point of Sale System
  • Apron Services Management System (ASMS)

Sistem ICT Bersepadu[sunting | sunting sumber]

Sitem TAMS berhubung terus dengan Pusat kawalan Krisis dan lain-lain bahagian dalam Koridor Raya Multimedia melalui Kabel gentian optik berkelajuan tinggi (megabit). Dimana ia direka untuk menjadi platform bagi membenarkan hubungan mudah secara bersepadu kepada lain-lain komponen dalam Koridor Raya Multimedia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kuala Lumpur International Airport