Lebuhraya Maju
Lebuhraya ![]() E20 | |
---|---|
![]() Fail:Putralogo.png Maju Expressway Sdn Bhd (Sebelum ini dikenali sebagai Konsortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd (KLT)) | |
Panjang (kilometer) | 26 km |
Arah | Utara→Selatan |
Mula | Persimpangan Kampung Pandan |
Destinasi utama | Kuala Lumpur Salak Selatan Sri Petaling Bukit Jalil Putrajaya Cyberjaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ![]() |
Tamat | Persimpangan Putrajaya |
Tarikh pembinaan | 2004 - 2007 |
Lebuh raya disertai | Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Rangkaian Lebuh Raya Asia | tiada |
Spesifikasi teknikal | |
Jumlah lorong | 4-6 lorong |
Persimpangan | 4 |
Plaza tol | 3 |
P Hentian sebelah | none |
R&R Kawasan rehat | 2 |
R&R Restoran jejambat atas | tiada |
V Tempat pemandangan | tiada |
Terowong | tiada |
Jenis jalan | Tarmac |
Sistem tol | Sistem tol terbuka |
Lebuhraya Maju (MEX) (sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (KLPE) dan Lebuhraya Khusus KL-KLIA) merupakan sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 26 km (16 batu) ini menghubungkan pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan Putrajaya, dan seterusnya pada masa akan datang ia bakal dipanjangkan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Projek ini dicadangkan pada tahun 1995, tetapi telah digantung pada tahun 1997 berikutan Krisis Kewangan Asia 1997. Projek ini dihidupkan semula pada tahun 2004 dan siap pada Disember 2007. Laluan utama lebuh raya kini dibuka pada lalu lintas bermula 13 Disember 2007. Pada Mei 2008, Kosortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd (KLT) bertukar nama kepada Maju Expressway Sdn Bhd sementara Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya diubah namanya kepada Lebuhraya Maju.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
- Bahagian lurus yang panjang di bahagian Bukit Jalil dan Putrajaya.
- Had laju berubah-ubah antara 60 hingga 90 km/j.
- Dua kawasan rehat dan rawat (R&R) di Seri Kembangan.