Toussaint Louverture

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toussaint Louverture
A painting of Louverture in a military uniform holding a document
Potret anumerta Toussaint Louverture
Presiden Haiti
Dalam jawatan
7 Julai 1801 – 6 Mei 1802
Dilantik olehPerlembagaan 1801
Didahului olehPemangku terulung
Digantikan olehJean-Jacques Dessalines (Republik Haiti)
Gabenor Jeneral Saint-Domingue
Dalam jawatan
1797–1801
Dilantik olehÉtienne Maynaud
Didahului olehPemangku terulung
Digantikan olehJawatan dihapuskan
Butiran peribadi
LahirToussaint Bréds
20 Mei 1743
Saint-Domingue
(kini Haiti)
Meninggal dunia7 April 1803(1803-04-07) (umur 59)[1]
Fort-de-Joux, Perancis
KerakyatanHaiti
Nama samaranNapoléon Noir ("Napoleon Hitam")[2]
Spartacus Hitam[3][4]
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan France
 Haiti
PerkhidmatanTentera Darat Perancis
Tentera Revolusi Perancis
Armée Indigène[5]
PangkatJeneral
PertempuranRevolusi Haiti

François-Dominique Toussaint Louverture (Perancis: [fʁɑ̃swa dɔminik tusɛ̃ luvɛʁtyʁ], [fran-swa do-mi-nik tu-sé lu-vér-tur]; 9 Mei 1743 – 7 April 1803), juga dikenali sebagai Toussaint Louverture atau Toussaint Bréda, adalah pemimpin Revolusi Haiti yang paling terkenal.[6] Kebijaksanaannya dalam aturan ketenteraan dan politik memenangkan pihak bekas hambanya dalam pemberontakan pada bulan November 1791. Beliau mula-mula berjuang untuk pihak Sepanyol menentang Perancis, kemudiannya untuk pihak Perancis melawan Sepanyol dan Great Britain, dan akhirnya, untuk Saint-Domingue melawan Maharaja Napoleon. Beliau kemudiannya membantu merubah pemberontakan menjadikan suatu pergerakan revolusi, lalu membebaskan Saint-Domingue sebagai suatu masyarakat pertama yang jelas menolak bangsa sebagai dasar status sosial.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Toussaint dipercayai lahir dalam ladang Bréda milik Comte de Noé dan kemudiannya Bayon de Libertat di Haut de Cap, Saint-Domingue.[7] Nama beliau barangkali menunjukkan tarikh kelahiran beliau pada Hari Para Orang Kudus. Beliau dikatakan berusia 50 tahun apabila revolusi tersebut dimulakan pada 1791.[8]

Beliau dikatakan telah dididik dengan baiknya oleh Pierre Baptiste, bapa pembaptisannya. Para sejarawan cuba meneliti latar belakang pendidikan beliau daripada surat-surat tulisannya: beliau tampak fasih berbahasa Perancis dan Kreol Haiti, serta juga arif akan fahaman (filsuf) Epiktetos serta Machiavelli.[9]

Toussaint dibebaskan daripada perhambaan pada usia 33 tahun 1776 berdasarkan suatu sijil perkahwinan pada tahun 1777, barangkalinya sebagai saksi. Beliau bagaimanapun tetap mempunyai pekerjaan penting dalam ladang tersebut sebabagi seorang pekerja bergaji;[10] mulanya sebagai penjaga ternakan,[11] tetapi kemudiannya sebagai pemandu kepada tuan de Libertat, serta menguruskan tenaga pekerja hamba.[12] Toussaint mengumpul banyak harta hasil pekerjaannya sehingga mampu menyewa sebuah ladang kopi yang dikerjakan hamba[13] antara lainnya, serta juga beberapa hamba dan harta tanah yang dipegang beliau di Ennery.[14]

Penglibatan dalam revolusi[sunting | sunting sumber]

Beliau mula terlibat dengan Revolusi Haiti yang tercetus hasil dorongan Revolusi Perancis sebagai seorang doktor kepada angkatan pimpinan Georges Biassou.[15] Dokumen-dokumen yang masih terselamat membuktikan penglibatan beliau dalam mengetuai pemberontakan, membincangkan strategi perang serta merunding dengan orang Sepanyol untuk mendapatkan bekalan perang.[16]

Ketika perang saudara berlangsung pada November 1799, Napoleon Bonaparte memegang tampuk kekuasaan dengan perlembagaan baru yang mengenakan undang-undang istimewa untuk jajahannya.[17] Banyak jajahan yang mengesyaki bahawa amalan perhambaan mungkin akan diteruskan, namun Napoleon mengesahkan kedudukan Louverture serta berjanji mengekalkan kemerdekaan bekas golongan hamba.[18] Beliau mengenakan syarat kepada Louverture agar tidak menyerang Santo Domingo milik Sepanyol.[19]

Pada Mac 1801, Louverture mewujudkan suatu barisan penggubal perlembagaan untuk Saint-Domingue. Perlembagaan ini dimaktubkan pada 7 Julai 1801 lalu merasmikan penguasaannya ke atas keseluruhan pulau Hispaniola.

Louverture bertindak menyatakan kesetiaannya kepada pihak Perancis dan Napoleon. Beliau cube berutus surat dengan Napoleon namun tidak mendapat sebarang balasan.[20] Napoleon memutuskan menghantar suatu ekspidisi sebanyak 20,000 askar ke Saint-Domingue pada 1802 untuk mengembalikan kuasa jajahan Perancis tetapi juga untuk mengembalikan amalan perhambaan.[21]

Penahanan dan kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau ditahan seorang jeneral tentera Perancis, Jean Baptiste Brunet dan kemudiannya dibuang negeri ke Perancis, di mana beliau meninggal pada tahun 1803 sama ada daripada kelesuan, malnutrisi, apopleksi, pneumonia mahupun tuberkulosis.[22][23] Revolusi Haiti dilanjutkan oleh leftenan bawahannya, Jean-Jacques Dessalines yang mengisytiharkan kemerdekaan Haiti pada awal tahun 1804.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stephen, James (1814). The history of Toussaint Louverture. Butterworth and son. m/s. 82. 
  2. ^ Taylor, David (2002). "Martini". m/s. 95. ISBN 1930603037. 
  3. ^ Knight C., penyunting (1843). "The Penny Cyclopædia of the Society for the Diffusion of Useful Knowledge; Volume 25". m/s. 96. Dicapai 15 Disember 2015. 
  4. ^ Henri Christophe (King of Haiti) (1952). Griggs, Earl Leslie; Prator, Clifford H., para penyunting. "Henry Christophe & Thomas Clarkson: A Correspondence". University of California Press. m/s. 17. Dicapai 15 Disember 2015. 
  5. ^ Fombrun, Odette Roy, penyunting (2009). "History of The Haitian Flag of Independence" (PDF). The Flag Heritage Foundation Monograph And Translation Series Publication No. 3. m/s. 13. Dicapai 24 Diaember 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  6. ^ J. Clavin, Matthew (2012). Toussaint Louverture and the American Civil War: The Promise and Peril of a Second Haitian Revolution. University of Pennsylvania Press. m/s. 229. ISBN 9780812201611. 
  7. ^ Bell, pp.59–60, 62
  8. ^ Bell, p.60
  9. ^ Bell, p.61
  10. ^ Bell, pp.24–25
  11. ^ Bell, p.62
  12. ^ Bell, p.76,
  13. ^ Cauna, pp.63–65
  14. ^ Bell, pp.72–73
  15. ^ James, p.90; Bell, pp.23–24
  16. ^ Bell, pp.24–25
  17. ^ Bell, p.180
  18. ^ Bell, p.184
  19. ^ Bell, p.186
  20. ^ James, p.263
  21. ^ Philippe Girard, "Napoléon Bonaparte and the Emancipation Issue in Saint-Domingue, 1799–1803," French Historical Studies 32:4 (Fall 2009), 587–618.
  22. ^ John Bigelow: The last days of Toussaint Louverture
  23. ^ Pike, Tim. Toussaint Louverture: helping Bordeaux come to terms with its slave trade past (part 1) ~ Invisible Bordeaux

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bell, Madison Smartt. Toussaint L'Ouverture: A Biography, New York: Pantheon, 2007 (Vintage Books, 2008). ISBN 1-4000-7935-7
  • de Cauna, Jacques. "Toussaint L'Ouverture et l'indépendance d'Haïti. Témoignages pour une commémoration", Paris: Ed. Karthala, 2004
  • James, C. L. R. Toussaint Louverture: The story of the only successful slave revolt in history: A Play in Three Acts, 1934. (Duke University Press, 2013).
  • James, C. L. R. The Black Jacobins: Toussaint L'Ouverture and the San Domingo Revolution, Vintage Books, 1963. (Penguin Books, 2001) ISBN 0-14-029981-5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]