Epiktetos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Epiktetos
A line drawing of Epictetus writing at a table with a crutch draped across his lap and shoulder
Gambaran Epiktetos dengan tongkatnya
Lahirc. 55 AD
Hierapolis, Phrygia
(presumed)
Meninggal dunia135 (berumur 79–80)
Nikopolis, Achaea
ZamanFalsafah purba
AliranStoikisme
Minat utamaEtika

Epiktetos (Bahasa Yunani: Ἐπίκτητος, Epíktētos; s. 55  – 135 AD) atau Epictetus adalah seorang filsuf Yunani berfahaman Stoikisme. Beliau dilahirkan sebagai seorang hamba di Hierapolis, Phrygia (kini Pamukkale, Turki) dan tinggal di Roma sehingga masa pembuangannya, di mana beliau pergi ke Nikopolis di barat laut Yunani pada senja hidupnya. Ajaran-nya telah ditulis dan diterbitkan oleh muridnya Arrian dalam karya-karya Epiktētou diatribai dan Enkhiridion.

Beliau mengajarkan bahwa falsafah adalah sebuah cara hidup dan bukan hanya sebuah teori disiplin semata-mata. Menurutnya, semua peristiwa di luar jangkauan berada di luar kawalan kita, maka kita harus menerimanya dengan tenang tanpa dipengaruhi perasaan apapun yang terjadi. Walau bagaimanapun, individu yang bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri, di mana mereka boleh memeriksa dan mengawal melalui disiplin diri yang ketat.

Pemikiran[sunting | sunting sumber]

Pemikiran Epictetus berpijak pada peranan etika seseorang berkaitan dunia sosialnya, yang ditujukan dalam tiga tahap program etika amalan:

  1. Peneilitan akan keinginan dan keengganan manusia untuk mencari hal-hal yang secara brretika adalah baik, dan menghindari yang secara beretika adalah buruk.[1]
  2. Penilikan tindakan itu dalam perkaitannya kepada keluarga dan masyarakat.[1] Apa yang difikirkan pada tahap pertama diuji dan dipraktikkan pada tahap kedua.
  3. Pengujian hubungan logik antara keyakinan etika yang diterapkan pada dua tahap pertama tadi, untuk memastikan ketekalannya, dan dengan pemahaman akan kebenaran.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Christoper Rowe, Malcolm Schofield, Simon Harrison, and Melissa Lane., Sejarah Pemikiran Politik Yunani Romawi, Jakarta: PT. Grafindo Persada, 2001, hlmn. 718-723

Pautan luar[sunting | sunting sumber]