Pergi ke kandungan

Treron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Treron
Punai lengguak jantan
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Treroninae
Genus: Treron
Vieillot, 1816[1]
Spesies jenis
Columba curvirostra
Gmelin, 1789
Spesies

Lihat teks

Treron ialah genus burung dalam keluarga merpati, Columbidae. Ahlinya biasa dipanggil punai. Ia tersebar di seluruh Asia dan Afrika. Genus ini mengandungi 30 spesies yang terkenal dengan warna hijaunya, yang terbit daripada pigmen karotenoid daripada diet mereka, sehingga disebut "green dove" dalam bahasa Inggeris. Punai memakan pelbagai jenis buah, kacang dan benih. Ia tinggal di atas pokok dan mendiami pelbagai habitat berkayu. Ahli genus ini boleh dikumpul mengikut spesies dengan ekor panjang, ekor sederhana panjang dan ekor berbentuk baji. Kebanyakan spesies punai memiliki dimorfisme seks, di mana burung jantan dan betina mempunyai perbezaan warna bulu.

Punai selalunya hidup berkumpulan tetapi boleh dijumpai berpasangan ketika mengawan. Burung ini gemar hidup di lingkungan liar yang jauh dari manusia. Namun hari ini, ia diperhatikan hidup di pinggiran bandar dan kota bersama-sama manusia.

Bersarang

[sunting | sunting sumber]

Sarangnya diperbuat daripada ranting dan dahan kecil mirip merpati dan dara. Tinggi sarangnya adalah sekitar 12–20 ka (3.7–6.1 m) di atas pokok yang menyamar dengan warna tubuh mereka. Sebuah sarang yang benar-benar sepadan dengan warna tubuhnya pernah dilihat di atas sepohon mambu di Rajasthan, India.

Telurnya dikeluarkan 4–5 hari selepas membuat sarang dan akan menetas dalam 15–17 hari. Selepas menetas, anaknya akan diberi makan oleh induk jantan dan betina.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Genus Treron telah diperkenalkan pada 1816 oleh seorang ahli ornitologi Perancis, Louis Jean Pierre Vieillot dengan punai lengguak (Treron curvirostra) sebagai spesies jenis.[2][3] Nama genusnya daripada perkataan Yunani Kuno trērōn yang bermaksud "merpati" atau "dara".[4]

Genusnya mengandungi 30 spesies:[5]

  1. ^ Vieillot, L. P. (1816). Analyse d'une nouvelle ornithologie élémentaire. Paris: A. Belin. m/s. 49.
  2. ^ Vieillot, Louis Jean Pierre (1816). Analyse d'une Nouvelle Ornithologie Élémentaire (dalam bahasa Perancis). Paris: Deterville/self. m/s. 49.
  3. ^ Peters, James Lee, penyunting (1937). Check-List of Birds of the World. 3. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 14.
  4. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 389. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  5. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2020). "Pigeons". IOC World Bird List Version 10.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  6. ^ "Species Updates – IOC World Bird List" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-18.