Pergi ke kandungan

Tukang sayap putih (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tukang sayap putih
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Eleothreptus
Spesies:
E. candicans
Nama binomial
Eleothreptus candicans
(Pelzeln, 1867)

Tukang sayap putih (Eleothreptus candicans) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Bolivia, Brazil, dan Paraguay.[2]

Taksonomi dan sistematik

[sunting | sunting sumber]

Ia dan dua tukang lain pernah disusunkan dalam genus Thermochalcis yang kemudiannya digabungkan ke dalam Caprimulgus. Sejak awal 2010-an, ia telah diletakkan dalam genus terkininya, Eleothreptus, yang dikongsi bersama dengan Eleothreptus anomalus. Ia ialah ekajenis.[3][4][2]

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Panjangnya ialah 19 hingga 23 cm (7.5 hingga 9.1 in). Jantan dewasa mempunyai berat 46 hingga 55 g (1.6 hingga 1.9 oz) dan betina 46 hingga 55 g (1.6 hingga 1.9 oz). Bahagian atas jantan dewasa perang-kelabu pucat dengan tompok kehitaman tebal pada gombak dan jalur, sorot, dan bintik perang pada bahagian selebihnya. Sebahagian besar mukanya perang, dengan supersilium putih dan "misai". Dadanya perang-kelabu dengan sedikit berangan dan sorot serta bintik perang; bahagian bawah selebihnya berwarna putih. Dalam penerbangan, jantan memaparkan sayap keputihan dan ekor yang kebanyakannya putih. Betina dewasa mempunyai bahagian bawah kuning pucat dan tiada putih pada buluannya. Juvenil lebih perang berbanding kelabu.[4][5][6]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Ia dikenali dari tapak yang terpisah secara meluas di utara Bolivia, selatan-tengah Brazil, dan timur Paraguay. Terdapat juga laporan sejarah dari tapak di selatan Brazil. Ia mendiami padang rumput terbuka dengan pokok dan semak bertaburan seperti savana dan cerrado. Dalam ketinggian, julatnya dar aras laut hingga 210 m (690 ka).[4]

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Pergerakan

[sunting | sunting sumber]

Ia mungkin menghijrah dalam sekurang-kurangnya sebahagian daripada julatnya.[4]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Ia kebanyakannya meramu dalam penerbangan rendah yang berterusan, namun pernah juga telah dirakamkan menangkap mangsa dari tenggeran rendah. Penerbangannya "biasanya perlahan dan kerap diselangi oleh luncuran". Ia memakan serangga termasuklah kumbang dan rama-rama.[4]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Sarang pertama ditemui pada tahun 1997. Dua biji telur sesangkak diltelurkan terus ke atas tanah. Di Paraguay, peneluran didokumenkan dari pertengahan September hingga pertengahan November. Betina sahaja mengeram telur. Jantan membuat penerbangan paparan yang menunjukkan putih sayap dan ekornya; paparan tersebut nampaknya bersifat wilayah dan untuk tarikan pasangan.[4][6]

Vokalisasi

[sunting | sunting sumber]

Jantannya membuat seruan wilayah lembut "tsyere-sye-syo" semasa berkejaran. Penerbangan paparan juga mempunyai bunyi sayap kekok. Seruan penggeranya ialah "iik" mendadak.[4][7]

IUCN pada asalnya menilainya sebagai Terancam (T), kemudian pada tahun 1994 sebagai Terancam Genting (CR), dan pada tahun 2000 sebagai Terancam (EN). Sejak 2019, ia telah dinilai sebagai Terjejas (VU). Ia mempunyai populasi yang sangat kecil dan diketahui hanya dari beberapa tapak yang berselerak. Ancaman utama termasuklah penukaran habitat kepada pertanian (padang rumput, tanaman baris, dan ladang Eucalyptus) dan kebakaran.[1]

  1. ^ a b BirdLife International (2019). "White-winged Nightjar Eleothreptus candicans". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019. Dicapai pada 9 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  4. ^ a b c d e f g Cleere, N., G. M. Kirwan, and E. de Juana (2020).
  5. ^ López Lanús, B.; Clay, R.P.; Lowen, J.C. (1998). "A new plumage of the white-winged nightjar Caprimulgus candicans (Aves: Caprimulgidae)". Bulletin of the British Ornithologists' Club. 118 (3): 183–187.
  6. ^ a b Pople, R.G. (2003) The Ecology and Conservation of the White-winged Nightjar Caprimulgus candicans.
  7. ^ Clay, R.P.; López Lanús, B.; Tobias, J.A.; Lowen, J.C.; Mazar Barnett, J. (2000). "The display of the white-winged nightjar". Journal of Field Ornithology. 71 (4): 619–626.