Aksara Rejang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rejang
Jenis
BahasaRejang
Tempoh masa
?–20th century
Sistem penulisan induk
Sistem penulisan menjad
Balinese
Batak
Baybayin
Kulitan
Buhid
Hanunó'o
Javanese
Lontara
Old Sundanese
Rencong
Tagbanwa
PengarahanTemplat:ISO 15924 direction
ISO 15924Rjng, 363
Alias Unicode
Templat:ISO 15924 alias
U+A930–U+A95F

Aksara Rejang, dan dikenali nama tempatan Surat Ulu, ialah satu abugida keluarga tulisan Brahmi, dan berkait dengan aksara-aksara lain di kawasan itu, seperti aksara batak, aksara Bugis dan lain-lain. Aksara Rejang adalah ahli kepada kumpulan aksara-aksara Surat Ulu yang berkait rapat yang mengandungi varians aksara Bengkulu, Lembak, Lintang, Lebong dan Serawai. Aksara-aksara lain yang berkait rapat, dan kadang kala termasuk dalam kumpulan Surat Ulu adalah aksara Kerinci dan aksara Lampung. Aksara itu digunakan sebelum kedatangan Islam ke kawasan Rejang; dokumen terawal yang menjadi bukti adalah bertarikh pertengahan kurun ke-18M.

Aksara Rejang kadang kala dikenali sebagai aksara KaGaNga berikutan tiga huruf pertama dalam abjadnya. Istilah KaGaNga tidak pernah digunakan oleh pengguna komuniti aksara, tetapi ia dicipta oleh ahli antropologi Britain Mervyn A. Jaspan (1926–1975) di dalam bukunya Folk literature of South Sumatra. Redjang Ka-Ga-Nga texts. Canberra, The Australian National University 1964.

Aksara itu digunakan untuk menulis teks-teks dalam bahasa Melayu dan bahasa Rejang, yang kini dituturkan oleh sekitar 200,000 orang yang tinggal di tanah tinggi barat daya Sumatra, Bengkulu utara, sekitar Argamakmur, Muaraaman, Curup, dan Kepahiang, dan juga di kawasan Rawas di Sumatra Selatan berhampiran Muara Kulam.

Terdapat lima dialek utama bahasa Rejang: Lebong, Musi, Kebanagung, Pesisir (kesemuanya di dalam Bengkulu) dan Rawas (Sumatra selatan). Kebanyakan penggunanya tinggal di kawasan pedalaman yang agak terpencil, yang kurang separuh daripada mereka adalah celik huruf.

Korpus Rejang tradisional mengandungi teks-teks ritual, mantera dan puisi.

Abugida Rejang, dengan transliterasi

Unicode[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rejang (Unicode block)

Rejang script was added to the Unicode Standard in April, 2008 with the release of version 5.1.

The Unicode block for Rejang is U+A930–U+A95F:

Templat:Unicode chart Rejang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kawi family Templat:List of writing systems