Aksara Kawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laguna Copperplate Inscription

Tulisan kawi (juga dinamakan tulisan Jawa Kuno) ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baharu. Tulisan kawi asalnya adalah daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M beriringan dengan runtuhnya kemaharajaan yang menggunakan huruf itu iaitu Majapahit yang kemudiannya digantikan oleh Huruf Jawa (Carakan) yang dikembangkan daripada huruf kawi oleh Kekhalifahan Demak.

Dengan menggunakan huruf-huruf kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]