Tumpuan udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tumpuan udara ialah kawasan yang ditetapkan di dalam wilayah yang bermusuhan atau diancam yang mana, setelah dirampas dan ditawan, membolehkan pendaratan udara oleh pasukan seterusnya dan material melalui penghubung udara, dan menyediakan manuver dan persiapan ruang yang diperlukan untuk pelancaran operasi. Biasanya ia adalah kawasan yang dirampas dalam fasa serangan operasi airborne. Ia juga boleh digunakan sebagai satu tempat persinggahan atau tempat mengisi bahan bakar bagi operasi kurang tetap.

Lazimnya, satu tumpuan udara didirikan oleh pendaratan helikopter atau askar payung terjun, dan sering mengambil tempat disebuah lapangan terbang (bagi membolehkan pengangkutan konvensional mendarat kemudian) atau disebuah kawasan akses helikopter atau peluncur angin.

Operasi tumpuan udara yang terkenal termasuklah Pertempuran Crete dan Operasi Market Garden semasa Perang Dunia II, dan Operasi Just Cause di Panama pada tahun 1989. Operasi Castor bertujuan untuk menubuhkan satu penyerangan tumpuan udara, tetapi dengan cepat merosot menjadi Pertempuran Dien Bien Phu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Mil-aviation-stub