Penghubung udara (logistik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penghubung udara (airbridge) ialah laluan dan cara menyampaikan material dari tempat lain ketempat lain melalui angkut udara.[1]

Penghubung udara adalah satu cara yang mana tumpuan udara terus dibekalkan oleh kapal terbang yang merentasi wilayah jajahan musuh. Angkutan udara ke atas penghubung udara juga boleh digunakan apabila kebanyakan cara yang paling mudah adalah melalui udara, atau sebagai bahagian tambahan kepada lain-lain bentuk pengangkutan.

Semasa Perang Dunia Kedua, pihak Jerman menggunakan penghubung udara dalam dua pertempuran utama: iaitu Kelompok Demyansk dan Pertempuran Stalingrad. Setelah Demyansk bertukar menjadi kemenangan Jerman akibat kejayaan penghubung itu, Hermann Göring menyakinkan Hitler bahawa kaedah yang sama boleh digunakan untuk membekalkan Tentera Darat Keenam di Stalingrad. Walau bagaimanapun, Luftwaffe tidak mampu menghantar 800 tan bekalan yang diperlukan setiap hari.[2]

Dua daripada airbridge terbesar dalam sejarah ialah: The Hump, (nama yang diberikan oleh juruterbang tentera Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua kepada penghujung timur Banjaran Himalaya di mana mereka terbang dari India hingga China untuk membekalkan semula Flying Tigers dan Kerajaan China Chiang Kai-shek) dan Angkutan udara Berlin, untuk mengatasi Sekatan Berlin dari 24 Jun 1948 hingga 11 Mei 1949.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Penyeludup kepungan, sejenis penghantaran material melalui kapal ke pelabuhan didalam sekatan laut.
  • Angkut udara, sejenis penghantaran tersusun bekalan dan anggota melalui pesawat terbang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ House of Commons Hansard Written Answers for 9 Mar 1999 (pt 7) " Mr. Doug Henderson: The reduction in the number of RAF Tristar Airbridge flights to the Falkland Islands by one flight per calendar month was one of a range of efficiency proposals identified by the Strategic Defence Review. It represents a rationalisation of the use of Tristar aircraft, following technical improvements that allow them to carry an increased payload, rather than representing any significant reduction to the overall capacity of the Airbridge. Final arrangements for the implementation of this measure are still under consideration."
  2. ^ Hayward, Joel S. A. (1998). Stopped at Stalingrad: the Luftwaffe and Hitler's defeat in the east, 1942-1943. University Press of Kansas.