Tönnies Holding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tönnies Holding ApS & Co. KG
Dinamakan sempenaBernd Tönnies Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriMakanan dan perkhidmatan
Ditubuhkan1971
PengasasBernd Tönnies Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatRheda-Wiedenbrück Sunting ini di Wikidata, Jerman Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanSedunia
KeluaranPemprosesan daging
Hasil6,820,000,000 euro (2022) Sunting ini di Wikidata
PemilikClemens Tönnies
Bilangan kakitangan19,640 (2021) Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatZur-Mühlen-Gruppe Sunting ini di Wikidata
Tapak webtoennies.de
Twitter: ToenniesGruppe Instagram: toennieskarriere LinkedIn: tönnies-holding-gmbh-co-kg Youtube: UC4BZpNhgWwYk51kL5hkelcw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tönnies Holding ialah perniagaan keluarga Jerman dalam industri daging yang ditubuhkan pada 1971, yang juga beroperasi di peringkat antarabangsa. Syarikat ini dengan kira-kira 16,500 orang pekerja menjana penjualan tahunan sebanyak EUR 6,65 bilion pada 2018 (7,5 bilion pada 2019).[1] Perniagaan utamanya adalah memproses daging babi dan daging lembu. Untuk daging babi, Tönnies adalah peneraju utama bagi pasaran Jerman.[2] Tönnies beribu pejabat di Rheda-Wiedenbrück di Westphalia Timur, Jerman. Tönnies terbahagi kepada lapan segmen perniagaan: Daging Babi & Lembu, Kemudahan, Sosej, Bahan, Logistik, Perkhidmatan Antarabangsa dan Pusat. Tönnies meneruskan strategi pengantarabangsaannya dengan 25 buah pejabat di negara asing, tempat pengeluaran Jerman dan antarabangsa. Bahagian eksport adalah sekitar 50 peratus.[3]

Pemilik utama ialah jutawan Clemens Tönnies dengan bahagian 45% syarikat gergasi industri makanan.[4] Pada 2019, Clemens Tönnies digantung sementara dari jawatannya sebagai ketua lembaga penyelia pasukan bola sepak Jerman FC Schalke 04 kerana tuduhan kenyataan rasisme.[5]

Persatuan Sekutu Pekerja, Makanan, Pertanian, Hotel, Restoran, Katering, Tembakau dan Antarabangsa (IUF) mengkritik Tönnies kerana "keadaan tempat kerja yang menyedihkan", dengan lebih daripada 70% pekerja di kilang utama bekerja di bawah kontrak kerja sementara.[6][7]

Pada 17 Jun 2020, aktiviti pekerjaan diberhentikan di rumah penyembelihan Tönnies di Rheda-Wiedenbrück kerana jangkitan COVID-19 yang berasal dari sana. Pada tarikh itu, 657 orang pekerja telah diuji positif untuk virus tersebut.[8] Petang itu, daerah Gütersloh menutup semua sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak sehingga cuti musim panas. Ia juga menutup semua pejabat pos dan membatalkan latihan untuk FC Gütersloh 2000 serta demonstrasi Black Lives Matter yang akan datang.[9] Canselor Angela Merkel turut mengumumkan larangan perhimpunan awam sehingga Oktober.[10]

Pada 20 Jun 2020, jumlah jangkitan telah melebihi 1,000 orang.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Umsatz von Tönnies bis 2019". Statista (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 27 April 2020.
  2. ^ "Führende Schweineschlachtereien in Deutschland 2019". Statista (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 27 April 2020.
  3. ^ "Tönnies Lebensmittel GmbH & Co. KG". Agrobrain (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 27 April 2020.
  4. ^ "Clemens Toennies & family". Forbes (dalam bahasa Inggeris). 14 Ogos 2019. Dicapai pada 27 April 2020.
  5. ^ https://www.welt.de/themen/clemens-toennies/ (dalam bahasa Jerman)
  6. ^ http://www.iuf.org/w/?q=node/7057
  7. ^ http://www.iuf.org/w/?q=node/5193
  8. ^ https://www.dw.com/en/coronavirus-over-600-people-test-positive-at-german-slaughterhouse/a-53846038 (dalam bahasa Inggeris)
  9. ^ https://www.tagesspiegel.de/wissen/7000-menschen-unter-quarantaene-toennies-stoppt-schlachtbetrieb-nach-corona-ausbruch-mit-ueber-600-infizierten/25923896.html (dalam bahasa Jerman)
  10. ^ "Jerman berdepan gelombang baharu jangkitan Covid-19". Sinar Harian. 18 Jun 2020. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  11. ^ https://www.dw.com/en/coronavirus-german-slaughterhouse-outbreak-crosses-1000/a-53883372 (dalam bahasa Inggeris)

Pautan[sunting | sunting sumber]