USS Harry S. Truman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
USS Harry S. Truman (CVN-75)
USS Harry S. Truman (CVN-75) underway in the Atlantic Ocean on 11 September 2018 (180911-N-EA818-2106).JPG
USS Harry S. Truman dalam satu pelayaran pada September 2018.
Sejarah
United States Navy ensignAmerika Syarikat
Nama: Harry S. Truman
Bersempena dengan: Harry S. Truman
Dipesan: 30 Jun 1988
Pembina: Newport News Shipbuilding
Kos: $4.5 bilion
Dibaringkan: 29 November 1993
Dilancarkan: 7 September 1996
Ditauliah: 25 Julai 1998
Pelabuhan asal: NS Norfolk, Virginia
Moto: The Buck Stops Here
Nama gelaran: HST, Lone Warrior
Status: dalam perkhidmatan aktif, sejak dari 2022
Lencana: USS Harry Truman CVN-75 Crest.png
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis:
Sesaran: 103,900 long ton (116,400 short ton)[1]
Panjang:
  • Keseluruhan: 1,092 kaki (332.8 m)
  • Garis air: 1,040 kaki (317.0 m)
Lunas:
  • Keseluruhan: 252 kaki (76.8 m)
  • Garis air: 134 kaki (40.8 m)
Draft:
  • Pengemudian maksimum: 37 kaki (11.3 m)
  • Had: 41 kaki (12.5 m)
Jana kuasa:
Halaju: 30+ knot (56+ km/j; 35+ bsj)
Jarak: Tiada had
Anak kapal:
  • Anak kapal: 3,200
  • Sayap udara: 2,480
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Kelengkapan pertahanan SLQ-32A(V)4
  • Pertahanan torpedo SLQ-25A Nixie
Persenjataan:
Perisai: Dirahsiakan
Pesawat yang dibawa: 90 buah pesawat kepak kaku dan helikopter

USS Harry S. Truman (CVN-75) adalah kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz ke-8 yang beroperasi dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena dengan nama Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman. Nama panggilannya adalah Lone Warrior, dan ia kini berpangkalan di Stesen Tentera Laut Norfolk, Virginia.

Harry S. Truman telah dilancarkan pada 7 September 1996 di Newport News Shipbuilding, Newport News, Virginia,[2] dan ditauliahkan pada 25 Julai 1998 di bawah arahan Kepten Thomas Otterbein. Presiden Bill Clinton telah memberi ucapan semasa perasmiannya. Antara para tetamu kehormat yang hadir adalah Perwakilan Missouri, Ike Skelton, Gabenor Missouri Mel Carnahan, Setiausaha Pertahanan William Cohen dan Setiausaha Tentera Laut John H. Dalton.

Harry S. Truman asalnya adalah kapal armada bagi Kumpulan Pengangkut Pesawat Dua dan bermula pada 1 Oktober 2004, bagi Kumpulan Serangan Kapal Pengangkut Kesepuluh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Polmar, Norman (2004). The Naval Institute guide to the ships and aircraft of the U.S. fleet. Naval Institute Press. m/s. 112. ISBN 978-1-59114-685-8.
  2. ^ "Aircraft Carrier Photo Index: USS HARRY S. TRUMAN (CVN-75)". www.navsource.org. Dicapai pada 16 August 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]