Bill Clinton
Bill Clinton | |
---|---|
![]() | |
Presiden Amerika Syarikat ke-42 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1993 – 20 Januari 2001 | |
Naib Presiden | Al Gore |
Didahului oleh | George H. W. Bush |
Digantikan oleh | George W. Bush |
Gabenor Arkansas ke-40 dan 42 | |
Dalam jawatan 11 Januari 1983 – 12 Disember 1992 | |
Leftenan | Winston Bryant (1983-1991) Jim Guy Tucker (1991-1992) |
Didahului oleh | Frank D. White |
Digantikan oleh | Jim Guy Tucker |
Dalam jawatan 9 Januari 1979 – 19 Januari 1981 | |
Leftenan | Joe Purcell |
Didahului oleh | Joe Purcell |
Digantikan oleh | Frank D. White |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hope, Arkansas, A.S. | 19 Ogos 1946
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Hillary Rodham (k. 1975) |
Tandatangan | ![]() |
William Jefferson Clinton (lahir sebagai William Jefferson Blythe III; 19 Ogos 1946) juga dikenali sebagai Bill Clinton merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke-42, dan berkhidmat daripada tahun 1993 sehingga tahun 2001. Beliau juga berkhidmat sebagai Gabenor negeri Arkansas untuk lima penggal sebelum menjadi Presiden. Beliau adalah seorang ahli Parti Demokratik, dan di bawah pimpinan beliau, Parti Demokratik bergerak kepada "pertengahan" politik Amerika. Antara keutamaan kerajaan AS semasa beliau Presiden termasuk sistem kesihatan sejagat dan memperbaiki sistem pendidikan AS. Isteri beliau, Hillary Rodham Clinton merupakan bekas Senator dari negeri New York sehingga tahun 2009, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat dan calon presiden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016.
Kerja kebajikan[sunting | sunting sumber]
Sejak meninggalkan White House pada 2001 , Clinton aktif menjadi penyelaras bantuan kepada mangsa gempa bumi di Haiti.
Pembedahan arteri[sunting | sunting sumber]
Pada 12 Februari 2010, Bill Clinton selamat menjalani pembedahan jantung bagi membersihkan saluran darah arteri yang tersumbat. Selepas keluar dari Hospital New York Presbyterian , beliau berehat di Chappaqua, New York. Pada 2004, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung untuk merawat empat arteri tersumbat .[1]