Ubat gigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ubat gigi dikeluarkan daripada tiubnya dan dipakaikan pada berus gigi

Ubat gigi adalah pes atau gel pembersih gigi yang digunakan dengan berus gigi sebagai aksesori untuk membersihkan dan mengekalkan estetika dan kesihatan gigi. Ubat gigi digunakan untuk menjaga kebersihan gigi: ia berfungsi membantu mengeluarkan plak gigi dan sisa makanan dari gigi, mengurangkan halitosis serta membawa bahan-bahan aktif (paling biasanya fluorida) ke dalam gigi untuk membantu mencegah kerosakannya serta penyakit gusi (gingivitis).[1] Garam dan natrium bikarbonat (soda penaik) adalah antara bahan-bahan yang boleh menggantikan ubat gigi komersil.

Ubat gigi ini tidak sepatutnya ditelan disebabkan kandungan fluoridanya, namun ia tidaklah berbahaya sangat jika tertelan secara tidak sengaja dalam jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, bantuan perubatan perlu diambil dengan segera jika seseorang menelan fluorida dalam jumlah yang luar biasa.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ American Dental Association Description of Toothpaste"Toothpaste". 15 April 2010. 
  2. ^ "Toothpaste overdose". National Library of Medicine. National Institutes of Health. Dicapai 7 Februari 2014.