Berus gigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Berus gigi biasa
Tiga batang berus gigi.

Berus gigi ialah sejenis alat yang terdiri daripada sebuah berus kecil dengan pegangan yang digunakan untuk membersihkan gigi dengan menggosok gigi. Pada kebiasaanya, ubat gigi yang selalunya mengandungi fluorida ditambahkan ke atas berus gigi bagi memudahkan lagi pembersihan gigi. Berus gigi datang dengan pelbagai tekstur berus, serta pelbagai saiz dan bentuk.

Kebanyakan doktor gigi menyarankan berus gigi yang dilabelkan "Soft" (maksud: berbulu lembut) kerana berus yang berbulu keras boleh merosakkan enamel gigi dan mencederakan gusi, walaupun berus gigi yang berbulu lembut kurang berkesan membersihkan sela-sela gigi. Berus gigi selalunya diperbuat daripada serat sintetik, namun terdapat juga berus gigi dengan bahan semula jadi. Berus gigi komersial pertama telah dicipta oleh Goldstein dan Hautman pada 1875.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berus gigi dianggarkan telah wujud sejak 3,500 SM oleh orang Babilonia dan Mesir. Berdasarkan penemuan sejarah ini, berus gigi dinyatakan sebagai salah satu alat tertua yang masih digunakan oleh manusia hingga kini. Orang Babilonia dan Mesir menggunakan chewingstick (stik kunyah atau stik kayu) sebagai berus gigi. Mereka mengambil stik kayu ini dari tanaman Salvadora persica atau yang kita kenal sebagai Siwak. Tumbuhan ini dipercayai bersifat perubatan dan mempunyai sifat antiseptik. Caranya adalah dengan menggigit salah satu hujung kayu sehingga lama-kelamaan serat kayu terbentuk seperti bulu. Mereka menggosok gigi menggunakan stik kayu tersebut.

Penggunaan siwak bahkan berterusan dalam peradaban Arab hingga sekarang, dan penggunaannya juga telah merebak ke negara-negara lain, terutama pada zaman kegemilangan Islam di mana pada masa itu sains berkembang pesat, termasuk di sektor kesihatan.

Dari peradaban Arab, sejarah berlanjutan ke Cina, di mana orang Cina mula mengembangkan berus gigi dalam bentuk yang lebih moden. Merekalah yang dianggap penemu berus gigi dengan bentuk yang kita lihat sekarang ini.

Pada abad ke-15, orang Cina menggunakan bulu dari babi hutan Siberia, kemudian melekatkannya pada batang buluh. Mereka kemudian menggunakan alat ini seperti berus gigi moden hari ini.[1]

Berus gigi dari Cina ini kemudian dibawa ke Eropah. Kerana bulu babi hutan memiliki tekstur yang terlalu kasar untuk gusi, beberapa orang mula mengubahnya dengan menggantinya dengan bulu yang terdapat di punggung kuda yang lebih lembut pada gigi dan gusi. Walaupun begitu, berus gigi yang menggunakan bulu babi hutan masih banyak digunakan kerana kuda adalah haiwan yang sangat berharga pada masa itu.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b [1],Sejarah Sikat Gigi.