Ultraman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ultraman: A Special Effects Fantasy Series
256px
Format Cereka sains, aksi, pengembaraan
Pencipta Tsuburaya Productions
Dibintangi Susumu Kurobe
Shouji Kobayashi
Hiroko Sakurai
Negara asal  Jepun
Bilangan episod 39
Penerbitan
Tempoh siaran 24 minit (per episod)
Penyiaran
Saluran asal TBS
Siaran asal 17 Julai 19669 April 1967

Ultraman (ウルトラマン Urutoraman?) ialah watak fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan televisyen tokusatsu atau "kesan khas". Ultraman membuat kemunculan sulungnya dalam siri TV SF/kaiju/adiwira tokusatsu, Ultraman, sebagai susulan kepada siri televisyen Ultra Q. Rancangan ini diterbit oleh Tsuburaya Productions, dan disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai 17 Julai 1966 hingga 9 April 1967, dengan sejumlah 39 episod (40, jika diambil kira rancangan istimewa sebelum tayangan perdana pada 10 Julai 1966).

Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang kedua; Ultra Q adalah yang pertama. Rancangan ini menjadi fenomena budaya pop yang besar di Jepun dan telah menarik berpuluh-puluh rancangan tiruan seumpamanya serta juga banyak sekuel dan bikinan semula, yang kekal popular hingga kini.

Untuk membezakannya daripada wira-wira Ultra yang lain, Ultraman digelar "Ultraman yang asli" (初代ウルトラマン Shodai Urutoraman?), Ultraman pertama, Ultraman Hayata (iaitu nama perumahnya) atau cuma Man.

Cerita[sunting | sunting sumber]

Jalan ceritanya bermula di zaman akan datang yang terdekat, dalam konteks pertengahan 1960-an. Pada episod 22, adalah ditentukan bahawa siri ini berlatarkan awal 1990-an, kerana sebuah plak yang ditunjukkan pada babak akhir episod memaparkan 1993 sebagai tahun semasa. Makhluk asing durjana dan raksasa gergasi mengancam tamadun manusia tanpa henti-henti pada masa ini. Satu-satu pertubuhan Bumi yang dilengkapkan untuk menangani malapetaka ini ialah SSSP (科学特別捜査隊 Kagaku Tokubetsu Sōsatai?, Science Special Search Party), seangkatan polis khas yang banyak cayangannya di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh. Cawangan SSSP yang diberi tumpuan dalam siri ini terletak di Tokyo, Jepun. Pasukan peronda yang diketuai Kapten Muramatsu ini sentiasa bersedia melindungi Bumi daripada raksasa yang bermaharajalela, tetapi kadang-kala pasukan ini kelihatan tidak setanding dengan raksasa-raksasa. Apabila situasi kian mendesak, Hayata, iaitu ahli yang paling berupaya dalam pasukan, memegang kunci kepada penyelamatan dalam bentuk Kapsul Beta yang dipasangnya untuk bertukar rupa (secara rahsia) menjadi gergasi berkuasa luar biasa yang mengagumkan dari angkasa lepas - Ultraman.

Apabila mengambil bentuk Ultraman, badan manusia Hayata mengalami suatu koma yang panjang, dan bangkit hanya selepas ancaman telah dihapuskan dan Ultraman meninggalkan tapak dengan sendiri. Bagaimanapun, kemenangan tidak pernah sesekali dijamin kerana kuasa Ultraman - kuasa hidup sendirinya - datang dari kuasa matahari simpanan yang cepat habis. Pada permulaan setiap penukaran dari Hayata ke Ultraman, lampu amaran pada dada gergasi ini mengeluarkan warna biru dan tenang. Namun apabila Ultraman bersungguh-sungguh, lampu itu bertukar merah dan berkelip - mula-mula perlahan, kemudian beransur-ansur cepat - semasa simpanan tenaganya makin kehabisan. Seperti yang diingatkan suara latar pengisah dalam setiap episod mulai episod 2 - jika Ultraman sesekali kehabisan kuasa sepenuhnya, dia "tidak akan bangun lagi".

Dalam episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang merosakkan lampu amarannya, sekaligus menyukarkan wira ini untuk menganggar bekalan kuasanya. As a result, Ultraman kekal dalam bentuk gergasinya terlalu lama lalu pengsan dan kekal pendam. Mujurlah sungguhpun kalah, SSSP mampu menewaskan Zetton sendiri. Apabila Zoffy, orang atasan Ultraman, tiba untuk mengambil wira yang gugur ini, Ultraman merayu demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani kehidupan normal. Zoffy kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan memberikan satu nyawa kepada Hayata. Kemudian Zoffy memisahkan mereka, sekaligus memperbaharui nyawa Hayata, manun Hayata kelihatan sudah kehilangan ingatannya antara masa dia terlanggar kapal angkasa Ultraman dan masa dia berdiri di luar ibu pejabat SSSP sambil memerhati Zoffy membawa Ultraman kembali.

Watak[sunting | sunting sumber]

SSSP[sunting | sunting sumber]

  • Shin Hayata (Susumu Kurobe), 26/Ultraman (Bin Furuya): Naib kepten pasukan yang berani dan tidak suka bermain-main. Kehidupannya berubah buat selamanya apabila kapal angkasa Ultraman terhempas dengan kapalnya lalu membunuhnya. Untuk membetulkan keadaan, Ultraman menggabungkan kuasa hidup dirinya dengan kuasa hidup orang Bumi ini lalu menghidupkannya semula. Ultraman kemudian memberi Hayata suatu peranti berbentuk mikrofon yang bernama Kapsul Beta, yang boleh digunakan Hayata untuk bertukar menjadi Ultraman dengan menekan butangnya.
  • Kapten Toshio Muramatsu (Akiji Kobayashi), 36: Ketua pasukan SSSP.
  • Daisuke Arashi (Sandayu Dokumamushi), 26: Penembak handal yang gemuk.
  • Mitsuhiro Ide (Masanari Nihei), 24: Pencipta yang suka berjenaka.
  • Akiko Fuji (Hiroko Sakurai), 21: Operator radio/komunikasi.
  • Isamu Hoshino (Akihide Tsuzawa), 11: Adik lelaki nakal kepada Fuji yang selalu berpeluang berjumpa dengan pasukan SSSP.
  • Dr. Iwamoto (Akihiko Hirata), 40: Seorang profesor dari Pusat Penyelidikan Saintifik dan "pakar raksasa" SSSP. (Kadang-kala peranan Hirata dilakonkan oleh pelakon gantian: Hisaya Ito (ep 33) dan Bin Morizuka (ep 36))

Statistik Ultraman[sunting | sunting sumber]

  • Tinggi: 40 m (130 kaki)
  • Berat: 35,000 tan
  • Umur: 20,000 tahun Bumi
  • Kelajuan terbang: Mach 5
  • Ketinggian lompatan maksimum: 800 m (2,600 kaki)
  • Kelajuan larian: 450 km/h (280 bsj)
  • Kelajuan renang: 200 knot (230 bsj)
  • Kekuatan fizikal: boleh mengangkat sebuah kapal tangki 100,000 ton (raksasa Skydon dua kali beratnya)
  • Pekerjaan: Guru di Universiti Angkasa; Ketua Pejabat Bima Sakti Garison Angkasa (宇宙警備隊銀河系局 Uchū Keibitai Gingakei Kyoku?)
  • Struktur keluarga:
    • Bapa: Pengarah Lembaga Keselamatan Angkasa
    • Ibu: Guru di Sekolah Ultra
  • Bentuk manusia: Shin Hayata (perumah)
  • Alat Penukaran: Beta Capsule

Raksasa[sunting | sunting sumber]

Dalam urutan abjad:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]