Umberto I dari Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Umberto I
Raja Itali
Pemerintahan9 Januari 187829 Julai 1900
Didahului olehVictor Emmanuel II
Diikuti olehVictor Emmanuel III
PemakamanPantheon, Rom, Kerajaan Itali
Raja permaisuriMargherita dari Savoy
AnakandaVictor Emmanuel III
KerabatKerabat Savoy
AyahandaVictor Emmanuel II
BondaAdelaide dari Austria
AgamaKatolik Rom
TandatanganTandatangan Umberto I

Umberto I atau Humbert I (Itali: Umberto Ranieri Carlo Emanuele Giovanni Maria Ferdinando Eugenio di Savoia, 14 Mac 184429 Julai 1900), nama samaran beliau ialah yang Bagus (il Buono), merupakan salah seorang Raja Itali dari 9 Januari 1878 hingga tarikh kematian beliau.

Pemerintahan Umberto menyaksikan Itali cuba memperluaskan jajahannya ke Tanduk Afrika. Tentera Itali berjaya menrebut Eritrea dan Somalia tetapi tewas ketika bertempur dengan Habsyah di Pertempuran Adwa pada tahun 1896. Pada tahun 1882, beliau meluluskan Tiga Pakatan iaitu Itali pada ketika itu bersekutu dengan Empayar Jerman dan Austria-Hungary.

Beliau amat dibenci oleh anarkis yang telah melakukan pembunuhan ke atasnya pada tahun 1900. Beliau telah dibunuh oleh anarkis yang bernama Gaetano Bresci, dua tahun selepas pembunuhan beramai-ramai Bava-Bacharis.

Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dari Kesultanan Johor pernah mencemar duli menghadap beliau dan Pope Leo XIII di Rom selama 18-24 April 1885.[1]

Umberto I dari Itali
Tarikh keputeraan: 14 Mac 1844 Tarikh kemangkatan: 29 Julai 1900
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Victor Emmanuel II
Raja Itali
1878–1900
Diikuti oleh:
Victor Emmanuel III